🌟Seksaan yang akan ditanggung oleh orang yang meratapi kematian dan pahala yang diperolehi oleh orang yang bersabar bila ditimpa musibah.
🌟Firman Allah Taala didalam Al-Quran:(Maksudnya);Dan sesungguhnya kamilah(Tuhan) yang menghidupkan dan mematikan dan kami(pulalah) yang mewarisi.(SURAH AL-HIJR,AYAT 23).
🌟Dan lagi firman Allah Taala didalam Al-Quran:(Maksudnya):Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu.(SURAH AL-FURQAAN, AYAT 72).
🌟Kata sesetengah ulama maknanya ialah orang yang tiada meratapi.
🌟Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Orang yang meratapi itu keluar daripada kuburnya dengan kusut musut dirambutnya lagi berdebu-debu atasnya, dipakaikan atasnya baju rantai daripada belirang dan diliputi dengan kemurkaan Allah Taala dan dipakaikan baju daripada minyak tanah dalam keadaan menghantarkan kedua tangannya atas kepalanya dalam keadaan ia menyeru dengan katanya:Hai kebinasaanku!Sangat seksanya aku.Maka disahut oleh malaikat yang menunggu neraka dengan perkataan 'Aamiin'.Kemudian jika ia mengambil upah itulah bahagiannya daripada api neraka.
🌟Kata sesetengah ulama:Aku bertanyakan Hasan Al-Basri, adakah perempuan para sahabat yang Muhajirin pada masa Nabi Saw melakukan ratapan ini.Maka katanya:Tiada seorang pun yang mengerjakan yang demikian.Demi Allah!Sesungguhnya seorang perempuan berlalu pada Rasulullah Saw yang bapanya, saudaranya dan anaknya telah mati berperang pada perang sabil Allah dalam keadaan menangis.Maka Rasulullah bersabda kepadanya:(Maksudnya):Apakah ada sesuatu yang menyebabkan engkau menangis?.Maka katanya:Telah habislah mati lelaki bagiku.Maka Nabi Saw bersabda kepadanya:(Maksudnya):Bersabarlah engkau! Dan bagi engkau adalah syurga.Maka ia berkata:Demi Allah!Aku tiada menangis lagi selepas hari ini,apabila aku mendapat syurga dengan sebab meninggalkan menangis ini.
🌟Sesungguhnya perempuan dizaman ini menangis dengan mengaru mukanya,mencarik leher bajunya,mencabut rambutnya dan membunyikan bunyian seruling syaitan(meratap).
🌟Dan lagi Rasulullah Saw:(Maksudnya):Yang terlebih dibencinya pada Allah Taala itu beberapa suara iaitu dua orang.
1-Suara orang yang meratap.
2-Suara seruling dan bunyiannya didalam kesukaan.Dan tiada seorang diseksakan dengan dosa seseorang melainkan orang yang mati diseksa sebab menangis dengan meratap dan menangis atas rumahnya apabila disebutkan oleh mereka itu segala sifatnya dan perangainya semasa ia hidup.Maka tatkala disebutnya maka malaikat Zabaniyah yang menunggu neraka memukulnya hingga bercerailah segala sendinya.Maka malaikat Zabaniyah berkata kepadanya:Adakah kamu didalam dunia seperti sifat yang disebutkan itu?Maka mayat itu berkata:Aku tiada sebagaimana yang dikatakan itu.Sesungguhnya aku adalah seorang yang lemah.Maka para malaikat itu berkata kepadanya;Mengapa engkau tiada benci mereka?Janganlah ia buat perkataan itu.
🌟 Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Allah Taala menjadikan orang yang meratap itu didalam api neraka dua baris.Satu baris disebelah kanan isi neraka dan satu baris disebelah kiri mereka.Kemudian menyalaklah mereka atas orang isi neraka seperti salakan anjing.
🌟Dan riwayat dari Sayidina Umar bin Al-Khattab Radhia Allah Anhu katanya:Seorang perempuan itu banyak meratapnya maka ia memukulnya dengan pemukul hingga terbuka tudung kepalanya.
🌟Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Bukan orang yang mengikut jalanku sesiapa yang kematian anaknya maka ia menampar pipinya dan mencarik leher bajunya serta menyeru seperti seruan orang kafir Jahiliyah.
🌟 Dan riwayat daripada Rasulullah Saw bahawa ia bersabda :(Maksudnya):Apabila pada hari kiamat maka menyerulah penyeru daripada hadrat Allah Taala:Sesiapa yang ada baginya berpiutang atas Allah Taala maka hendaklah ia bangkit.Maka kata malaikat orang yang berpiutang kepada Allah Taala:Sesiapa yang dibalakan oleh Allah Taala didalam dunia dengan sesuatu yang menyusahkan hatinya kemudian ia bersabar kerana Allah Taala maka hendaklah ia bangkit mengambil upahnya daripada Allah Taala.Maka ramailah makhluk yang bangkit daripada orang yang terkena bala didalam dunia.Maka berkatalah malaikat:Tiada diterima dakwaan seseorang tanpa saksi.Lihatlah sekalian suratanmu.Maka sesiapa yang ada dalam suratannya itu marah dan perkataannya yang jahat tatkala ia kena bala itu.Kemudian para malaikat itu berkata lagi:Duduklah pada tempat kamu.Kemudian para malaikat di bawah Arasy mengambil orang yang bersabar dari kalangan lelaki dan perempuan,kemudian mereka berkata:Wahai Tuhan kami!Inilah sekalian hambamu yang bersabar.
🌟Maka Allah Taala berfirman baginya:(Maksudnya):Kembalikan mereka itu kepada pokok kayu Syajarah Al-Balwa.
🌟 Maka dikembalikan mereka kepada pokok kayu itu.Pokok kayu itu diperbuat daripada emas dan daunnya segala pakaian dan naungannya adalah seluas perjalanan orang yang menunggang kuda yang cepat padanya 100 tahun perjalanan.Maka mereka itu duduk dibawahnya dan mereka ditajalikan kepada Al-Hak Allah Swt dan dia memberi salam kepada mereka seorang lepas seorang.Kemudian Allah Taala meminta uzur kepada mereka seperti seorang lelaki meminta uzur pada taulannya.
🌟Dan Allah Taala berfirman:(Maksudnya):Hai sekalian hambaku yang bersabar!Tiada aku balakan kamu kerana kamu menghinakan aku melainkan aku balakan kamu supaya kamu jadi mulia padaku.Aku ingin menaruhkan bala keatasmu kerana banyak dosamu,supaya aku gugurkannya daripadamu dan supaya aku sampaikan kamu pada darjat yang tinggi.Maka bersabarlah keranaku dan malulah padaku.Oleh kerana kamu tiada marah dengan sebab hukumku maka aku malu padamu dan aku tiada berikan amalan kamu bagi timbangan bahkan aku tiada bukakan suratanmu pada hari ini.Seperti firman Allah Taala dalam Al-Quran;(Maksudnya):Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka dengan tidak terkira.(SURAH AZ-ZUMAR ,AYAT 10).
🌟Kemudian Allah Swt meminta uzur kepada sekalian orang yang fakir.Maka Allah Taala berfirman;(Maksudnya):Hai sekalian hambaku yang fakir aku tiada balakan kamu dengan sebab kefakiranmu itu,dan kerana hinanya diri kamu berbanding denganku dan bukan kerana untuk memuliakan daku,akan tetapi adalah aku hukumkan dengan hukumku:Dimana setiap orang yang mengambil sesuatu harta dunia aku hisabkannya atasnya dan aku tanyakannya dari mana engkau perolehinya dan kepada apa engkau belanjakannya.
🌟 Wahai sekalian saudara!Tanyakanlah pada harta dunia itu dengan dua pertanyaan.
1-Dari manakah engkau memperolehinya.
2-Kemanakah engkau membelanjakannya.Maka aku suka jika kamu menjadi orang yang fakir supaya meringankan hisab atasmu.Dan seperti bahagiannya kamu didalam akhirat.Sesiapa yang memberi minuman kepadamu atau memberi makan kepadamu atau memberi pakaian kepadamu maka orang itu didalam syafaatmu.
🌟 Kemudian Allah Taala meminta uzur kepada perempuan yang mati anaknya, sedangkan ia sabar atas hukum Allah.Maka Allah Taala berfirman baginya:(Maksudnya):Hai hambaku yang perempuan jikalau aku tiada hukumkan ajal anak kamu didalam Luh Mahfuz nescaya aku tiada sakiti hati kamu.Sekarang aku tiada sepikan hatimu, maka pada hari ini engkau bersuka-sukalah dengan kesukaan bagimu dan aku himpunkan kamu didalam negeriku syurga yang tiada mati didalamnya dan tiada berpindah padanya dan mereka tiada susah didalamnya dan tiada gundah padanya.
🌟 Kemudian Allah Taala meminta uzur kepada orang yang banyak susah rasa(mati rasa), orang yang kedal(balar), dan orang yang juzam(kusta), dan kepada sekalian orang yang kena penyakit.Maka tersangat sukalah mereka dengan pahala yang amat besar yang diperolehi oleh mereka.Kemudian diperoleh pula benderang(pasukan pembawa tombak) dan pengawal raja-raja didalam dunia.Maka sesiapa yang sabar atas sesuatu bala daripada mana-mana bala maka diperbuat baginya satu benderang.Kemudian ia diusung oleh malaikat dan benderang dihadapan mereka.Mereka pergi masuk kedalam syurga.Maka sekalian manusia melihat kepada mereka masing-masing bertanya:Orang yang berjalan ke syurga itu adakah mereka itu anbiaa?Maka jawab para malaikat:Inilah seksaan kaum yang sabar atas kepayahan didalam dunia.Maka berkata sekalian manusia itu:Hai! Mudah-mudahan kami jatuh kedalam dunia dikenakan bala seperti mereka diguntingkan daging kami dengan gunting supaya kami beroleh bahagian yang serupa dengan mereka.
🌟Apabila mereka sampai ke pintu syurga maka malaikat Riduan bertanya:Siapakah mereka ini yang tiada dikenakan timbangan.Maka jawab para malaikat itu:Inilah sekalian orang yang sabar yang tiada dikenakan hisab keatas mereka.Maka dibukakan bagi mereka syurga dan mereka masuk kepadanya.Kemudian datanglah para malaikat dan para khadam serta 'wildan' dengan kesukaan,tahlil,dan takbir.Maka duduklah mereka diatas tempat yang tinggi didalam syurga lamanya 500 tahun disamping itu mereka dapat melihat segala makhluk yang dihisab.Maka beroleh kebajikanlah bagi orang yang bersabar.
🌟Dan riwayat dari Rasulullah Saw bersabda:(Maksudnya):Tiada mana-mana manusia mendapat titian Shirath Mustaqim itu terlebih halus daripada seurat rambut dan terlebih tajam daripada sebilah pedang dan tiada yang mendapat shirath itu atas rupa yang tersebut melainkan orang yang beroleh kebinasaan.Hanyasanya tiada yang didapatkan oleh manusia shirath itu melainkan menurut kadar amalan mereka.Dan setengah daripada mereka mendapat sehasta lebarnya dan setengah daripada mereka mendapatnya sedepa.Demikianlah hingga sampai beberapa rupanya menurut kadar cahaya amalan mereka.
🌟Dan setengah orang mendapatnya terlebih halus daripada sehelai rambut dan terlebih tajam daripada pedang.Maka berkatalah sekalian itu:Hal sekalian sanak saudara janganlah lalai dan lupa daripada berbuat segala amalan yang berkebajikan seperti sembahyang,beri zakat, puasa, dan lain-lain amalan yang soleh supaya jangan dijatuhkan kita daripada titian Shirath Mustaqim kedalam neraka.
🌟Dan sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Apabila matilah anak yang kecil maka naiklah beberapa malaikat yang membawa rohnya ke langit maka Allah Taala berfirman:Hai malaikatku!Kenapakah kamu tinggalkan hambaku yang perempuan yang kamu ambil roh daripada anaknya dan buah hatinya dan cahaya matanya sedangkan Allah lebih mengetahuinya maka kata malaikat:Hai Tuhan kami!kami tinggalkannya dalam keadaan ia bersabar atas hukummu dan lagi ia bersyukur bagi segala nikmatmu.Maka Allah Taala berfirman:Perbuatkanlah baginya rumah didalam syurga daripada emas dibawah 'Arasyku' dan namakannya 'Bait As-Shabr' dan menurut riwayat yang lain 'Bait Al-Hamd Wa As-Syukr'.
🌟Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya);Sesiapa yang bersabar atas kematian satu anak daripada beberapa orang anaknya adalah diberi pahala baginya oleh Allah Taala seperti Bukit Uhud.Dan sesiapa yang bersabar atas kematian tiga orang anaknya sesungguhnya Allah Taala telah menutup pintu neraka baginya.Dan sesiapa yang bersabar atas kehilangan matanya maka dialah seawal-awal orang yang dapat melihat zat Allah Taala yang Maha Besar.
🌠Dan sesiapa yang bersabar atas kesejukan mandi junub dan wuduk kerana memeliharakan sembahyangnya maka Allah Taala menyuratkan baginya kebajikan dengan sebanyak bulu yang ada pada tubuhnya.Dan Allah Taala menjadikan setiap titik daripada air mandiannya dan wuduknya itu satu malaikat yang membaca tasbih kepada Allah Taala hingga hari kiamat dan pahala tasbihnya itu diberikan oleh Allah Taala kepada orang yang bersabar atas mandi dan wuduk.
🌠Dan lagi sesiapa yang bersabar atas apa yang disakiti oleh manusia dan bersabar pada Allah Taala maka orang yang menyakiti itu diseksa dengan api neraka Jahannam.Dan sesiapa yang kematian anaknya yang kecil maka ia berkata:Kematian anakku ini pada jalan Allah Taala dan aku fikir bagi Allah Taala jua dan aku akan kembali kepadanya jua,tiada daya upaya bagi kami melainkan Allah Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, maka ia dianugerahi oleh Allah Taala rahmat atasnya dan disukai daripadanya dan anaknya itu menjadi pertaruhan pada hari kiamat yang memberi minuman kepadanya di telaga Al-Kausar kerana pada hari kiamat itu tersangat dahaga.
🌠Dan sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Pada hari kiamat sekalian manusia bangkit daripada kuburnya dalam keadaan lapar dan dahaga.Maka sesiapa yang ada puasa kerana Allah Taala maka baginya Allah Taala memanggilkan malaikat kepadanya membawa makanan.Dan puasanya itu datang mencelahi manusia di Telaga Kausar itu hingga ia memberi minum kepadanya.Dan sesiapa yang anaknya mati sebelum baligh maka diperbuatkan dengan anak itu seperti yang demikian itu jika ia bersabar atas kematiannya dan tiada amarah maka sabdanya:Sekalian anak orang Islam berkeliling pada Telaga Kausar dalam keadaan memakai baju sutera dan beberapa lampu daripada cahaya dan pada tangannya ada beberapa cerek daripada perak dan batil(bekas daripada tembaga atau perak berbentuk tempurung) daripada emas mereka memberi minum kepada ibubapa mereka melainkan ibubapanya melawan berperang dengan Allah Taala(iaitu orang yang menamparkan mukanya dan mencarikkan leher bajunya dan marah tatkala anaknya itu mati,maka ia tiada memberi minum kepada mereka.
🌠Dan tersebut didalam hadis bahawa sekalian anak orang islam mereka telah berhimpun pada hari kiamat.Maka Allah Taala berfirman kepada beberapa malaikat:(Maksudnya):Pergilah kamu dengan sekalian kanak-kanak itu kedalam syurga.
🌠Maka malaikat yang menunggu dipintu syurga itu berkata 'Marhaban 'bagi sekalian kanak-kanak orang islam.Masuklah kamu tanpa dihisab atas kamu.Maka mereka bertanya:Dimanakah ibubapa kami?Maka malaikat yang menunggu di pintu syurga itu berkata:Bagi ibubapa kamu tidak seumpama kamu.Bagi mereka sama ada amalannya atau sesuatu yang dituntut daripada mereka akan dihisab atas perbuatan mereka.
🌠Maka mereka berkata:Ibubapa kami itu sabar atas kematian kami kerana mengharapkan pahala pada hari ini.Kemudian mereka berteriak dipintu syurga dengan sekali teriakan.
🌠Maka Allah Taala berfirman(sedangkan dia terlebih mengetahui siapa yang berteriak itu):(Maksudnya):Siapa yang berteriak itu?.Maka sembah sekalian malaikat:Wahai tuhan kami yang berteriak itu adalah kanak-kanak bagi sekalian orang islam mereka berkata:Kami tidak akan masuk kedalam syurga melainkan dengan ibubapa kami.Maka Allah Taala berfirman bagi mereka:(Maksudnya):Ambillah kedua tangan ibubapa kamu dan masuklah dengan sekalian mereka kedalam syurga.
🌠Maka beroleh kebajikanlah sekalian orang yang bersabar dan beroleh kejahatanlah sekalian orang yang marah.Mereka akan mendapat kerugian dan penyesalan.Dan mereka tidak mendapat kebajikan dengan kemarahan mereka sewaktu kematian anaknya.
🌠Hai sekalian saudara!Janganlah berbuat seperti perbuatan orang yang kafir dan orang yang mendurhaka,apabila mati anaknya maka ia menampar mukanya, mencabut rambutnya dan mencarik leher bajunya.
No comments:
Post a Comment