Wednesday, 14 December 2016

SEKSAAN ORANG YANG BERZINA.

 🌌Seksanya orang yang berzina.Antara seksaan orang yang berzina telah disebut dalam Al-Quran.
(Maksudnya):Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.(SURAH AL-ISRAA',AYAT 32).

  🌌🌌Dan lagi firman Allah Taala dalam Al-Quran.
(Maksudnya):Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina,maka hendaklah tiap-tiap seorang 100kali sebatan ,dan janganlah kamu belas kasihan kepada keduanya dalam(menjalankan) agama Allah.(SURAH AN-NUR, AYAT 2).
 

🌌🌌 Janganlah menaruh kasihan belas kepada mereka kerana bahawasanya Allah Taala telah memurkai mereka.Sekiranya mereka tidak dipukul didalam dunia ini,nescaya dipukul dalam akhirat dengan pukulan daripada api neraka dihadapan sekalian makhluk di Padang Mahsyar.
 

 🌌🌌Dan lagi firman Allah Taala:(Maksudnya):Dan hendaklah(pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.(SURAH AN-NUR,AYAT2).
   

🌌🌌Allah Taala menyeksakan orang yang berzina itu dengan pukulan sedemikian dengan hukumannya itu supaya orang yang merasa takut pada menanggung malu dan menakutkan orang yang hadir daripada berbuat demikian.Tatkala dipukul seratus kali itu hendaklah dihadirkan ramai manusia.
   

🌌🌌Dan satu riwayat dari Ali Bin Abu Talib Radhia Allah Anhu Rasulullah Saw bersabda:(Maksudnya):Pada perbuatan zina itu terdapat 6 perkara:3 perkara didunia,3 perkara diakhirat
Didunia iaitu: 1-Menghilangkan seri mukanya..
                         2-Membawa kepada kepapaan.
                         3-Mengurangkan keberkatan umur

Diakhirat iaitu:1-Allah Taala memurkainya.
                         2-Diperhalusi hisabnya.
                         3-Kekal didalam neraka.
 

 🌌🌌 Dan lagi sabda Nabi Saw:(Maksudnya):Sesungguhnya orang yang berzina itu didatangkan pada hari kiamat dengan keadaan bernyala-nyala api neraka pada faraj mereka dan ditarik atas muka mereka kedalam neraka.Maka sekalian makhluk mengetahui dengan bau busuknya faraj mereka serta ditarik atas muka mereka kedalam api neraka.

🌌🌌Apabila mereka dimasukkan kedalamnya maka mereka diberi pakaian oleh malaikat beberapa baju rantai dari api neraka.Jikalau dihantarkan baju rantai itu sebahagiannya keatas gunung nescaya terbakarlah gunung itu menjadi abu.

🌌🌌Kemudian malaikat Zabaniyah itu disuruh memakukan kedua matanya dengan paku daripada api neraka kerana ia menilik kepada yang haram dan dibelenggukan kedua tangan mereka seperti tangannya mencapai kepada yang haram dan dirantai kedua kakinya seperti ia berjalan kepada yang haram.Maka semua itu diperbuatkan oleh malaikat.
   

🌌🌌Dan satu riwayat dari Rasulullah Saw bersabda:(Maksudnya):Sesiapa yang memenuhkan kedua matanya dari yang haram maka Allah Taala memenuhkan kedua matanya pada hari kiamat dengan bara api neraka Jahannam.Sesiapa yang berzina dengan seorang perempuan yang haram maka dibangkitkannya oleh Allah Taala dari kuburnya dalam keadaan dahaga,bertelanjang,serta menangis.

🌌🌌Dan keadaannya didalam kesusahan,hitam mukanya,lehernya dirantai daripada api neraka,bajunya daripada belirang.Allah Taala melaluinya sambil berkata yang dia tidak akan mengampuninya dan diseksakannya dengan seksaan yang amat pedih.
   

🌌🌌Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Sesiapa yang berzina dengan perempuan yang bersuami adalah seksaan keatas lelaki dan perempuan itu amat pedih.Maka apabila pada hari kiamat Allah Taala menghukumkan keatas lelaki itu sekalian kebajikannya diserahkan kepada suaminya,maka ia mengambilnya dan disuruhnya menanggung sekalian dosanya kemudian dia dihalau kepada api neraka.
   

🌌🌌Sekalian yang tersebut itu jika tiada diketahui oleh suaminya.Jika ia mengetahui bahawa isterinya berbuat zina sedangkan ia diam sahaja,maka Allah Taala mengharamkan syurga bagi suaminya kerana Allah Taala telah pun menyuratkan diatas pintu syurga itu 'Engkau wahai syurga diharamkan masuk padamu bagi orang yang mengetahui perbuatan jahat isi rumahnya'.Dan jika ia menyukai perbuatan itu maka ia tidak akan masuk syurga selama-lamanya.Kerana 7 lapis langit dan 7 lapis bumi dan sekalian gunung ganangnya melaknat orang yang berzina dan orang yang dayus.
 

🌌🌌 Dan satu riwayat dari Rasulullah Saw bersabda:(Maksudnya):Pada malam aku dibawa mikraj kelangit,aku lihat didalam api neraka dipanaskan suatu bekas daripada tembaga yang sempit mulutnya dan didalamnya beberapa orang lelaki dan perempuan.Dan mereka terpenjara didalamnya berserta dengan ular dan kala yang menggigitnya padahal mengalir daripada faraj mereka danur dan berteriaklah neraka daripada bau busuknya.Aku bertanya:Siapa mereka itu wahai Jibril?Maka jawab Jibril:Mereka itulah orang yang berbuat zina.
   

🌌🌌Dan sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Sesiapa yang berjabat tangan dengan seorang perempuan yang haram maka ia datang pada hari kiamat dalam keadaan tangan mereka dibelenggukan kepada tengkuknya dengan rantai daripada api neraka.Maka jika ia menciumnya dengan mulutnya maka malaikat Zabaniyyah menggunting dua bibir mulutnya dengan gunting api neraka.

🌌🌌Jika ia mewatikannya(menjimakkannya) maka kedua pahanya sekaliannya berkata dihadrat Allah Taala:Aku berbuat yang demikian pada tempat yang demikian dan pada bulan yang demikian.Maka Allah Taala menilik kepadanya dengan kemurkaan kemudian maka jatuhlah sekalian dagingnya daripada mukanya dan tinggallah pada mukanya itu tulang jua tanpa dagingnya.

🌌🌌Maka kata Tuhan 'Jalla Jalaluh' kepada dagingnya itu:Kembalilah engkau ketempatmu dengan keizinanku.Maka kembalilah dagingnya itu dan tinggallah mukanya itu hitam.Maka ia berkata:Wahai Tuhanku!Aku tiada sekali-kali melakukan maksiat.
   

🌌🌌 Maka sekalian anggotanya berkata dengan keizinan Allah Taala:Wahai Tuhanku!Akulah yang memegang yang haram.Dan kedua kakinya berkata:Akulah yang berjalan kepada yang haram.Dan farajnya berkata:Akulah yang berbuat bagi yang haram.Dan kedua matanya berkata:Akulah yang melihat bagi yang haram.

🌌🌌Dan kedua telinganya berkata:Akulah yang mendengar bagi yang haram.Dan malaikat Kiraman Katibiin berkata:Akulah yang menyuratnya.Dan bumi berkata:Aku yang melihatnya.Dan Allah Taala berfirman:Aku yang menilik dan aku tawaqufkannya.Wahai malaikatku!Ambillah dia dan taruhkannya didalam penyeksaanku dan kemurkaanku.

🌌🌌Sesungguhnya sangatlah keras kemurkaanku ke atas orang yang sedikit malunya daripada aku.
     

🌌🌌Inilah rupanya orang yang tiada bertaubat kepada Allah Taala daripada berzina.Adapun orang yang bertaubat kepada Allah Taala dan berharap akan diampuni oleh Allah Taala maka apabila diteriam taubatnya Allah Taala akan melepaskannya daripada sekalian dosanya yang tersebut itu kerana Allah Taala Tuhan yang Maha Mengampuni dan Mengasihani.

No comments:

Post a Comment