🌹Seksanya orang yang memakan riba.Maka Allah Taala berfirman:
🌹(Maksudnya):Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda(SURAH ALI IMRAN , AYAT 130)
🌹Orang yang memakan riba dianggap melawan Allah Taala.Maka sesiapa yang melawan berperang dengan Allah Taala dan Rasulnya maka Allah Taala melawan berperang dengannya.Kerana sekalian orang yang mengerjakan yang ditegah oleh Allah Taala maka orang itu adalah orang yang melawan berperang dengan Allah Taala.Maka akan beroleh seksaanlah orang yang berperang antaranya dan antara Allah Taala.
🌹Dan lagi firman Allah Taala dalam Al-Quran:(Maksudnya):Hai orang-orang yang beriman,bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba(yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.(SURAH AL-BAQARAH,AYAT 278).
🌹Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Pada malam mikraj aku dibawa ke langit.Aku mendengar diatas kepalaku guntur(guruh) dan petir dan aku lihat beberapa orang yang perut mereka terbonjol ke hadapan mereka seperti sebuah rumah dan didalam perutnya itu ada beberapa ekor ular dan kala.Aku bertanya Jibril:Siapa itu?Maka jawab Jibril inilah orang yang memakan riba didalam dunia.
🌹Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Sesiapa yang memakan riba setali(25 sen-duit lama) maka sesungguhnya seperti ia telah berzina dengan ibunya selama-lamanya.
🌹 Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Allah Taala melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberikannya, orang yang menjadi saksi kepadanya, orang yang menyuratkannya, orang yang meminta dituliskannya, dan orang yang tidak memberi zakat.
🌹 Dan lagi sabda Rasulullah Saw;(Maksudnya):Lagi akan nyata(timbul) pada akhir zaman empat perkara iaitu:
1-Orang yang memakan riba.
2-Orang yang berzina.
3-Orang yang bersumpah.
4-Orang yang mengurangkan sukatan gantang dan timbangan dacingnya.
🌹Maka apabila nyatalah yang demikian itu maka dijatuhilah padanya segala penyakit dan bala oleh Allah Taala terhadap mereka dengan pedang(peperangan)setengah dengan sesetengahnya.
🌹Dan lagi firman Allah Taala;(Maksudnya):Pada hari itu(hari kiamat)manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam.(SURAH AL-MUTAFFIFIN,AYAT 6).
🌹Dan sabda Nabi Saw:(Maksudnya):Sekalian manusia bangkit melainkan orang yang memakan riba ia bangkit seperti kelakuan orang yang gila.
🌹Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Sesiapa yang memakan riba akan dipenuhkan oleh Allah Taala dalam hatinya dengan api neraka Jahannam.Dan orang yang memakan riba itu sentiasalah dimurkai Allah Taala selagi ada padanya harta riba itu seberat satu siku(kerak nasi).
🌹Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Orang yang berjual emas dengan emas hendaklah sama-sama timbangannya demikian juga berjual perak dengan perak hendaklah sama-sama timbangannya,Jika ada salah satunya lebih maka ia menjadi riba.Dan riba itu meruntuhkan salah satunya lebih maka ia menjadi riba.
🌹Dan riba itu meruntuhkan kebajikannya dan membesarkan kesalahannya dan membatalkan segala ketaatannya.Sesiapa yang berpuasa maka ia berbuka dengannya tiada diterima puasanya oleh Allah Taala.Sesiapa yang bersembahyang tetapi didalam perutnya ada makanan riba tiada diterima oleh Allah Taala sembahyangnya.Dan sesiapa yang bersedekah daripadanya maka tiada diterima oleh Allah Taala sedekahnya.Sesungguhnya Allah Swt murka atasnya.
🌹 Dan lagi satu riwayat dari Rasulullah Saw ia bersabda:(Maksudnya):Hai sekalian manusia!Takutlah pada Allah iaitu Tuhan kamu pada lima perkara sebelum datangnya lima perkara:
1-Tiada mana-mana pihak yang mengurangkan gantangnya melainkan dibalaskan keatas mereka oleh Allah Taala dengan mahalnya harga makanan didalm negeri itu dan dikurangkan oleh Allah Taala buah-buahan kayunya.
2-Tiada ada suatu kaum yang mengubahkan perjanjiannya melainkan dikerasi oleh Allah Taala keatas mereka akan seterusnya.
3-Dan tiada ada suatu kaum yang menegahkan pemberian zakat melainkan ditegahkan oleh Allah Taala daripada mereka akan turunnya hujan.Dan jikalau tiada binatang dalam negeri mereka nescaya tiada diturunkan oleh Allah Taala setitik air hujan keatasnya didalam negeri mereka.
4-Dan tiada menzahirkan perzinaan pada suatu kaum melainkan dikerasi oleh Allah Taala keatas mereka penyakit TA'UUN pada negeri mereka.
5-Dan tiada menghukumkan oleh suatu kaum dengan hukuman yang bukan hukum didalam Al-Quran melainkan dikerasi mereka oleh Allah Taala dengan kezaliman dan dikerasi dengan setengah mereka menyakiti setengahnya yang lain.
🌹Dan sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Bahawasanya atas Shirath Mustakim itu ada beberapa banyak pengait daripada api neraka.Maka sesiapa yang memakan dengan harga setali(25 sen duit lama) yang haram,nescaya bergantunglah pengait api neraka itu pada kakinya hingga dipulangkan kepada empunyanya serta diambil daripada kebajikannya jika cukup dengan haknya itu.Dan jikalau tiada mencukupi maka disuruh yang menzalimkan itu menanggungkan dosanya kemudian dijatuhkannya kedalam api neraka.
No comments:
Post a Comment