Thursday, 15 December 2016

SEKSAAN ORANG YANG MELIWAT.

🌋Seksaan yang ditanggung oleh orang yang  meliwat.

🌋Meliwat ialah  perzinaan antara lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan.Seperti firman Allah Taala;(Maksudnya);Apakah patut kamu mendatangi jenis lelaki dari kalangan manusia.(SURAH ASY-SYU'ARAA',AYAT 165)
 

🌋Dan lagi firman Allah yang menceritakan kaum Nabi Luth yang suka sesama lelaki:(Maksudnya):Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu(kepada mereka),bukan kepada wanita,malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas(SURAH AL-A'ARAF,AYAT 81).
   

🌋Dan lagi sabda Nabi Saw:(Maksudnya):Sesiapa yang kamu dapati berbuat perbuatan kaum Nabi Luth maka hendaklah dibunuh orang yang berbuatnya dan orang yang diperbuatkannya.
   

🌋Dan kata Sayidina Abdullah Bin Abas Radhia Allah Anhuma:Seksaan orang yang meliwat itu dijatuhkannya daripada tempat yang tinggi,kemudian dilontarkannya hingga mati,kerana Allah Taala melontar kaum Luth dengan batu dari langit.Dan jikalau orang yang meliwat itu dimandikannya dengan air yang dibumi sekaliannya dia tetap didalam najis hingga ia mati.

🌋Dan lagi syaitan apabila ia melihat lelaki atas lelaki nescaya ia lari kerana takut kepada Allah Taala dengan disekohkan atasnya.Dan apabila lelaki naik keatas lelaki maka bergegarlah Arasy dan hampirlah 7 lapis langit itu jatuh atas bumi,maka sekalian malaikat memegang sekalian tepinya sambil membaca surah Al-Ikhlas hingga kemurkaan Allah Taala Tuhan yang Amat Keras itu berhenti.
 

  🌋Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Tujuh orang dilaknat oleh Allah Taala dan ia tiada menilik kepada mereka dengan tilikan kasihan pada hari kiamat, lagi tiada diampuni bagi mereka ,bahkan diseksa dengan seksaan yang amat pedih dan dikatakan kepada mereka:Masuklah kamu sekalian kedalam neraka bersama orang-orang yang masuk(iaitu orang-orang kafir)

1-Orang yang meliwat.

2-Orang yang mewatikan perempuan pada duburnya.

3-Orang yang mewatikan binatang.

4-Orang yang mengeluarkan mani dengan tangannya.

5-Orang yang mewatikan anak perempuannya.

6-Orang yang berzina dengan orang yang sekampung dengannya.

7-Orang yang menyakiti orang sekampungnya.Melainkan mereka bertaubat daripada sekalian yang tersebut.
   

🌋Dan satu riwayat dari Nabi Allah Sulaiman Bin Daud AS bagi iblis.Ceriterakan kepadaku apakah suatu pekerjaan yang lebih engkau kasihi kepadanya.Maka iblis menjawab:Tiada yang lebih aku kasihi daripada liwat dan mengumpat-umpat orang.Maka Nabi Allah Sulaiman AS berkata kepadanya:Celakalah engkau!Bagaimana hal yang demikian itu?Maka iblis menjawab:Tiada seorang yang diadatkan baginya dengan yang dikuasai maka diperbuatlah dengan maksiat itulah yang terlebih besar dosanya.
 

 🌋Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Orang yang bermain-main dengan melontarkan dengan batu adalah daripada perbuatan kaum Nabi Luth dan juga berlumba-lumba diatas keldai dan mengadu burung merpati,mengadu anjing,mengadu kibas,mengadu burung dan ayam dan masuk ke dalam bilik mandi bertelanjang dan mengurangkan timbangan.

🌋Maka tiap-tiap yang tersebut itu perbuatan kaum Nabi Allah Luth.Dan seksaan yang dikenakan kepada orang-orang yang berbuat yang tersebut itu memadai dengan perempuan sesamanya tiada berkehendak kepada lelaki, dan lelaki sesamanya tiada berkehendak kepada perempuan.Maka pada ketika itu mereka tiada malu dengan Allah Taala dan mengekali atas melawan Allah Taala dengan maksiat yang tersebut itu.

🌋Maka Allah Taala balikkan atas kepala mereka dan dibalikkan negeri mereka oleh Jibril,diangkatkan ke langit kemudian dibalikkan yang diatas kebawah dan yang dibawah keatas,kemudian dilontar oleh malaikat dengan batu yang dibakar dengan api neraka daripada langit hingga hari kiamat.
 

 🌋Dan lagi hadis dari Ibnu Abas Rasulullah Saw bersabda:(Maksudnya):Allah Taala melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.
   

🌋Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Sesiapa yang mati sedangkan ia berbuat seperti perbuatan kaum Nabi Allah Luth ia tiada duduk didalam kuburnya melainkan seketika,kemudian disuruh oleh Allah Taala kepadanya malaikat yang menyerupai dirinya itu seperti burung helang maka ia menyambarkannya dengan dua kakinya dan dicampakkannya pada neraka kaum Nabi Allah Luth dan disuratkan atas dahinya orang yang terputus daripada rahmat Allah Taala.
 

🌋 Dan lagi sabda Rasulullah Saw:(Maksudnya):Didatangkan pada hari kiamat dengan kanak-kanak yang belum baligh tiada kepala baginya.Maka Allah Taala berfirman kepada mereka:Siapa ini?Maka mereka menjawab kami orang yang teraniaya.Maka Allah Taala berfirman kepada mereka :Siapa yang menganiayai kamu?Maka mereka menjawab:Bapa kami yang menganiayai kami,mereka mencampakkan kami pada tempat orang yang suka mewatikan pada duburnya.
 

No comments:

Post a Comment