Saya berbual dihalaman rumah seseorang penduduk kg ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin anak saya. Tiba-tiba anak lelakinya yang datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kepada emaknya dan berkata,"Mak,ni duit upah mengasuh bulan ni."Dia berlalu sambil senyum pada saya. Ibunya berkata pada saya,"Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja. Sayalah kena mengasuh." Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga, tetapi rasa tak sesuai. Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yang teruk, tetapi banyak orang yang tidak terasa.
Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kepada anak,ibu melahirkan tuannya. Teringat saya satu hadis yang panjang tapi saya petik sebahagian Daripada Umar bin al-Khattab r.a., ………… Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim) Berapa ramai kini kita yang menjadikan ibubapa sebagai pekerja dengan berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yang kata susah dapat pengasuh yg dipercayai,ada yang kata emak bapa pandai mengasuh, emak bapa tak kerja apa.
Hakikatnya kerana isteri nak kerja,nak tambah pendapatan.Sedangkan tanggungjawab mengasuh,mendidik dan membesarkan anak terletak kepada isteri dan isteri tidak dituntut untuk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kepada anak.Bila ditinggal anak kepada ibubapa,berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kepada anak dan pengabaian tanggungjawab kepada ibubapa yang sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya.
Jika ibu kita boleh memelihara kita dengan tidak membuat kerja lain,menjadi surirumah sepenuh masa,dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya,kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja. Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan untuk meninggalkan anak di rumah pengasuh,jangan ada yang berpatah balik menjadikan ibubapa sebagai pengasuh,tetapi pertimbangkanlah untuk mengorbankan jawatan demi anak.Rezeki ditangan tuhan,jika niat kita baik demi anak yang diamanahkan,tetaplah kita perolehi apa yang ditentukan tuhan.
Ingatlah,tuhan memberi kepada kita anak sebagai amanah,dan bukan amanah itu diberi kepada ibubapa kita atau orang lain.Kita yang akan ditanya dihadapan tuhan,bukan ibubapa atau pengasuh anak kita.
Bagaimana akhlak anak kita nanti,kita yang akan menanggungnya. Rehatkanlah ibubapa kita.Berilah ruang untuk mereka mempersiap diri dipenghujung usia,meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kepada ibu,lapangkan hidupnya, ringankan bebannya.
No comments:
Post a Comment