Wednesday, 26 July 2017

Adab Silaturrahim Di Hari Raya

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين    
ADAB SILATURRAHIM DI HARI RAYA AIDIL FITRI.

Di sini saya ingin mengulas sedikit tentang adab-adab bersilaturrahim dalam Islam. Hal ini bertujuan untuk memperolehi keberkatan dari silaturrahim yang kita lakukan dan yang pentingnya tidak melanggar batasan syariat Islam yang sedia ada. Silaturrahim adalah usaha seorang muslim untuk menyambung tali persaudaraan dengan cara yang benar dengan memberikan kebaikan kepada saudaranya da menolak keburukannya dengan segala kemampuan yang dimilikinya seperti, berkunjung ke rumahnya, menolong kesusahannya, membantu dengan harta dan tenaga, mendoakan, menolak keburukan padanya dan lainnya .

Hal ini dilakukan dengan syarat bahawa saudaranya tersebut adalah seorang muslim yang taat dan istiqamah dalam beramal ibadah . Adapun jika saudaranya adalah seorang kafir atau orang yang fasik, maka silaturrahim yang dilakukan dengan cara memberi nasihat agar kembali ke pangkal jalan serta mengajak kepada kebenaran dan mendoakannya agar Allah SWT memberikan hidayah. Silaturrahim dan saling menziarahi merupakan akhlak Islam yang mulia. Rasulullah SAW sentiasa melakukannya dan memberi contoh yang terbaik kepada sahabatnya dan umatnya. Bahkan silaturrahim dan ziarah memiliki hubungan yang erat dengan keimanan. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA: “مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ؛ فَلْيَصِلْ رَحِمَه” Ertinya : “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir; hendaklah ia bersilaturrahim”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Silaturrahim juga dapat melapangkan rezeki dan memanjangkan umur. Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda dari hadis riwayat Anas bin Malik: “مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ؛ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ”. Ertinya : “Barang siapa menginginkan untuk diluaskan rezekinya serta diundur ajalnya; hendaklah ia bersilaturrahim”. (HR. Bukhari dan Muslim). Dari sebab kelebihan di atas, amalan silaturrahim perlulah mengikuti adab dan etika dalam Islam yang ditetapkan.

Adab-Adab dalam bersilaturrahim Dan Ziarah menurut pandangan Islam  antaranya adalah:

1. Memperhatikan hari dan jam yang sesuai untuk bersilaturrahim dan ziarah. (Jangan bersilaturrahim pada hari bekerja atau jam yang sibuk atau waktu istirehat).

2. Dianjurkan membawa hadiah atau buah tangan atau sesuatu yang bermanfaat baik berupa kewangan atau berbentuk hadiah lainnya.

3. Memberi tahu terlebih dahulu sebelum datang. Hal ini bertujuan untuk memastikan keberadaan tuan rumah yang akan kita datangi.

4. Sangat digalakkan menziarahi saudara mara yang terdekat terlebih dahulu atau jiran tetangga atau sahabat handai yang sakit atau yang sedang terkena musibah.

5. Mengutamakan silaturrahim kepada orang-orang alim dan orang-orang sholeh untuk mengambil keberkatan daripada mereka.

6. Sebaiknya orang-orang yang lebih muda mendatangi rumah orang-orang yang lebih tua terlebih dahulu .

7. Saling memberi nasihat dan wasiat kepada kebaikan, dan jika dilakukan dalam acara rasmi maka sebaiknya mengundang penceramah untuk memberi ceramah agama untuk keberkesanan silaturrahim tersebut.

8. Dalam bersilaturrahim tidak boleh mengatakan dan melakukan sesuatu ucapan atau perbuatan yang tidak disukai dan berusaha menjauhkan diri dari perbuatan ghibah (mengumpat) dan dusta.

9. Memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas dalam bersilaturrahim. Bagi laki-laki dianjurkan memakai wangi-wangian.

10. Menjauhi pemborosan dan pembaziran dalam memberikan hidangan berupa makan, minum dan lainnya.

11. Menjauhi kemaksiatan serta perkara yang lagho, seperti; lalai dalam mengerjakan solat, bercampur aduk antara lelaki dan perempuan dan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, menghidangkan lagu-lagu dan muzik yang kotor dan tidak islamik, tidak menutup aurat yang boleh mendatangkan fitnah dan nafsu syahwat.

12. Dianjurkan berjabat tangan atau bersalaman sama ada dengan berpelukan, cium tangan atau bersalaman biasa (antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan), mengucapkan salam pada waktu bertemu dan berpisah serta saling mendoakan kebaikan. Aku Ya Allah berkatilah kami di bulan Syawal yang mulia ini serta berkatilah silaturrahim kami dengan saudara-saudara kami, sahabat handai serta umat islam umumnya, mudah -mudahan persaudaraan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat di dunia dan di akhirat nanti. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!! Wallahu A'lam.

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

                        بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ    

Setiap kali meraikan sesuatu perayaan terutama hari raya, tentunya ramai yang mendapat jemputan untuk menghadiri ke majlis-majlis rumah terbuka sama ada yang dianjurkan oleh para pemimpin masyarakat, rakan taulan mahupun jiran tetangga. Rasulullah ﷺ sendiri menunjukkan kepada kita contoh mengenai keindahan dalam hubungan kemasyarakatan.

Sikap keterbukaan Baginda ﷺ sangat terserlah dengan sering menziarahi ahli keluarga dan jiran berlainan agama apabila ada kematian, menghadiri jamuan makan mereka dan menziarahi orang sakit.

Allah سبحانه وتعالى berfirman: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُواۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣ “Wahai umat manusia! Sesungguhnya KAMI menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan KAMI menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Surah Al-Hujurat; Ayat 13). . .

9 Adab Menghadiri Rumah Terbuka .

Mereka yang menghadiri majlis-majlis rumah terbuka perlu menjaga adab sopan dan etika supaya majlis berjalan dengan lancar, tidak terganggu dan menyenangkan hati tuan rumah. Sebagai peringatan bersama,  9 adab apabila menghadiri rumah terbuka. .

1-Betulkan Niat Dan Tujuan .

Memenuhi undangan adalah baik dalam kehidupan bermasyarakat kerana dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga. Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti untuk menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas dan mahal yang dipakai. Jagalah niat dan iman agar tidak terpesong. . .

2-Mematuhi Masa .

Masa amat penting dimana kita harus tahu waktu Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Maka hadirlah pada waktu yang tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur / tuan rumah. Anda perlu bertimbang rasa dan jangan pula tiba apabila tuan rumah sudah siap mengemas. Menyusahkan tuan rumah pula untuk melayan anda yang baru sampai sedangkan tuan rumah sudah kepenatan dan perlu solat dan berehat. . .

3-Menjaga Aurat .

Hormatilah orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi Muslim ketika menghadiri rumah terbuka. Golongan lelaki biasanya tiada masalah dari segi aurat, tetapi bagi perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat, janganlah memakai pakaian yang menjolok mata sehingga mengundang perasaan tidak selesa tuan rumah dan para tetamu yang lain. Dan bagi yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalaman. . .

4-Hormati Tuan Rumah .

Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk ambal menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman serta bertanya khabar. Begitu juga apabila pulang nanti, janganlah terus pergi begitu sahaja, bertemulah tuan rumah terlebih dahulu untuk meminta izin berundur dan bagi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan serta mendoakannya supaya murah rezeki dan diberkati usia mereka sekeluarga. . .

5-Menjaga Akhlak Dan Tingkah Laku .

Akhlak dan tingkah laku haruslah dijaga semasa berada di majlis rumah terbuka. Sewajarnya dielakkan daripada bersikap bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, riyak, dan takabbur. Rendahkanlah suara ketika bercakap agar tidak menganggu perbualan tetamu yang lain. Di samping itu kawallah pandangan mata semasa berkunjung ke rumah terbuka. Janganlah pula melilau-lilau memandang dan meneroka rumah tuan rumah ikut sesuka hati sahaja sehingga ke bilik tidur mereka. Peliharalah diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu ketenteraman atau tidak disenangi oleh tuan rumah. . .

6-Jaga Adab Makan .

Setiap kali menghadiri rumah terbuka, pastinya disediakan pelbagai juadah. Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingatkan orang yang ating kemudian dan jangan suka membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya anda mempunyai penyakit dan alahan, makanlah makanan yang sihat dan tidak melanggar pantang. . .

7-Memendekkan Tempoh Ziarah .

Pendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka. Jangan duduk terlalu lama berjam-jam ketika berkunjung ke majlis tersebut hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad. . .

8-Jangan Mengata .

Selepas pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan. . .

9-Utamakan Solat .

Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga melalaikan untuk tunaikan solat. Singgahlah terlebih dahulu di masjid/surau berhampiran setelah masuk waktu solat. Usah sayangkan make-up untuk berwuduk. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara. Rasulullah ﷺ menjelaskan dalam hadisnya: “Sesiapa meninggalkannya (solat), maka sesungguhnya ia telah kufur (mengerjakan perbuatan orang kafir).” (Riwayat Ibnu Hibban; At-Targhib 1:348). . .

Demikianlah perkongsian 9 tips atau panduan ketika menghadiri majlis rumah-rumah terbuka agar kita menjaga adab-adab dengan sebaik mungkin. Apa yang penting ialah kunjungan dan kehadiran kita di majlis rumah terbuka akan menggembirakan tuan rumah dan sebagai satu jambatan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita selain mencari keberkatan, pahala dan keredhaanNYA pada hari yang penuh mulia ini. Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.) . Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya’Allah. . . والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam Bish Shawab (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar) . . وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه .

Adab Bertamu Dalam Islam

Namun pembahasan yang berkaitan dengan orang yang akan bertamu jarang kita dapatkan. Oleh kerana itu, pada kajian kali ini akan disajikan beberapa perkara yang hendak diperhatikan ketika bertamu.

Para pembaca rahimakumullah, bertamu merupakan kegiatan sosial yang telah diatur adab dan etikanya dalam Islam.

Di antara adab dan etika ketika bertamu adalah sebagai berikut:

1. Memilih Waktu Berkunjung

Bagi orang yang ingin bertamu hendaklah memilih waktu yang tepat untuk bertamu. Kerana waktu yang kurang tepat terkadang boleh menimbulkan perasaan yang kurang senang bagi tuan rumah bahkan terkadang mengganggunya. Dikatakan oleh sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah tidak pernah mengetuk pintu pada keluarganya pada waktu malam. Beliau biasanya datang kepada mereka pada waktu pagi atau petang .” (HR. al-Bukhari no. 1706 dan Muslim no. 1928)

2. Meminta Izin kepada Tuan Rumah

Hal ini merupakan pengamalan dari perintah Allah subhanahu wa ta’ala di dalam firman-Nya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu agar kamu selalu ingat.” (An-Nur: 27) Di antara hikmah yang terkandung di dalam permintaan izin adalah untuk menjaga pandangan mata. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Meminta izin itu dijadikan suatu kewajiban kerana untuk menjaga pandangan mata.” (HR. al-Bukhari no.5887 dan Muslim no. 2156 dari sahabat Sahl bin Sa’ad as-Sa’idi radhiyallahu ‘anhu) Rumah itu seperti penutup aurat bagi segala sesuatu yang ada di dalamnya sebagaimana pakaian sebagai penutup aurat bagi tubuh.

Jika seorang tamu meminta izin terlebih dahulu kepada penghuni rumah, maka ada kesempatan bagi penghuni rumah untuk mempersiapkan keadaan di dalam rumahnya. Di antara mudharat yang timbul jika seseorang tidak minta izin kepada penghuni rumah adalah bahawa hal itu akan menimbulkan kecurigaan dari tuan rumah, bahkan  dia akan dituduh sebagai pencuri, perompak, atau yang seangkatannya , kerana masuk rumah orang lain secara diam-diam merupakan tanda kebiadaban seseorang itu. Oleh kerana itu, Allah subhanahu wa ta’ala melarang kaum mukminin untuk memasuki rumah orang lain tanpa seizin penghuninya.

Antara tata cara meminta izin adalah sebagai berikut:

a. Mengucapkan salam

Seseorang yang bertamu diperintahkan untuk mengucapkan salam terlebih dahulu, sebagaimana ayat 27 dari surah An-Nur di atas. Pernah salah seorang sahabat dari Bani ‘Amir meminta izin kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang ketika itu sedang berada di rumahnya. Orang tersebut mengatakan, “Bolehkah saya masuk?” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun memerintahkan pembantunya dengan sabdanya, “Keluarlah, ajari orang itu tata cara meminta izin, katakan kepadanya, “Assalamu ‘alaikum, bolehkah saya masuk?” Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tersebut didengar oleh orang tadi, maka dia mengatakan, “Assalamu ‘alaikum, bolehkah saya masuk?” Akhirnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun mempersilakannya untuk masuk ke rumah beliau. (HR. Abu Dawud no. 5177) Perhatikanlah wahai pembaca rahimakumullah, perkataan “bolehkah saya masuk” atau yang semisalnya saja belum cukup, bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengucapkan salam terlebih dulu.

Bahkan mengucapkan salam ketika bertamu juga merupakan adab yang pernah dicontohkan oleh para malaikat (yang menjelma sebagai tamu) yang datang kepada Nabi Ibrahim ‘alaihis salaam sebagaimana yang disebutkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala di dalam firman-Nya (yang ertinya): “Ketika mereka (para malaikat) masuk ke tempatnya (Ibrahim) lalu mengucapkan salam.” (Adz–Dzariyat: 25)

b. Meminta izin sebanyak tiga kali

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Meminta izin itu tiga kali, jika diizinkan maka masuklah, jika tidak, maka pulanglah.” (HR. al-Bukhari no. 5891 dan Muslim no. 2153 dari sahabat Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu) Hadits tersebut memberikan bimbingan kepada kita bahawa batasan akhir meminta izin itu tiga kali. Jika penghuni rumah mempersilakan masuk maka masuklah, jika tidak ada jawapan atau keberatan untuk menemui pada waktu itu maka pulanglah.

Yang demikian itu bukan suatu aib bagi penghuni rumah tersebut dan bukan celaan bagi orang yang hendak bertamu, jika alasan penolakan itu dibenarkan oleh syariat. Bahkan merupakan penerapan dari firman Allah subhanahu wa ta’ala (yang artinya): “Jika kamu tidak menemui seorang pun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu, “Kembalilah, maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (An-Nur: 28)

c. Jangan mengintip ke dalam rumah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Barang siapa mengintip ke dalam rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka sungguh telah halal bagi mereka untuk mencungkil matanya.” (HR. Muslim no. 2158 dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu) Dalam hadis ini, terdapat ancaman keras dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bagi seseorang yang bertamu dengan mengintip atau melongok ke dalam rumah yang ingin dikunjungi.


Maka bagi tuan rumah berhak untuk mengamalkan hadis ini ketika ada seseorang yang berbuat demikian tanpa harus memberi peringatan terlebih dahulu pada seseorang tersebut dan tidak ada baginya keharusan untuk membayar diyat (harta tebusan) ataupun qishash (hukuman balas) terhadap apa yang dia lakukan terhadap orang tersebut. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Hibban dan yang lainnya juga dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa melongok ke dalam rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka mereka boleh mencungkil matanya, tanpa harus membayar diyat dan tanpa qishash.” (Lihat Syarh Shahih Muslim dan Fathul Bari)

3. Mengenalkan Diri Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang kisah Isra` Mi’raj, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kemudian Jibril naik ke langit dunia dan meminta izin untuk dibukakan pintu langit. Jibril ditanya, “Siapa anda?” Jibril menjawab, “Jibril.” Kemudian ditanya lagi, “Siapa yang bersama anda?” Jibril menjawab, “Muhammad.” Kemudian Jibril naik ke langit kedua, ketiga, keempat, dan seterusnya di setiap pintu langit, Jibril ditanya, “Siapa anda?” Jibril menjawab, “Jibril.” (Muttafaqun ‘alaihi) Dari kisah ini, al-Imam an Nawawi rahimahullah dalam kitabnya yang terkenal, Riyadhush Shalihin membuat bab khusus, “Bab bahawasanya termasuk sunnah jika seorang yang minta izin (bertamu) ditanya namanya, “Siapa anda?” maka harus dijawab dengan nama  (panggilan dengan abu fulan/ ummu fulan) yang sudah dikenal, dan makruh jika hanya menjawab, “Saya” atau yang semisalnya.” Ummu Hani` radhiyallahu ‘anha, salah seorang sahabiyah mengatakan, “Aku mendatangi Nabi ketika beliau sedang mandi dan Fathimah menutupi beliau.


Beliau bersabda, “Siapa ini?” Aku katakan, “Saya Ummu Hani`.” (Muttafaqun ‘alaihi) Demikianlah bimbingan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang langsung dipraktikkan oleh para sahabatnya, bahkan beliau pernah marah kepada salah seorang sahabatnya ketika kurang memperhatikan adab dan tata cara yang telah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bimbingkan ini.

Sebagaimana dikisahkan oleh Jabir radhiyallahu ‘anhu, “Aku mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian aku mengetuk pintunya, beliau bersabda: “Siapa ini?” Aku menjawab, “Saya.” Maka beliau pun bersabda, “Saya, saya.” Seolah-olah beliau tidak menyukainya.” (Muttafaqun ‘alaihi)


4. Menyebutkan Keperluannya

Di antara adab seorang tamu adalah menyebutkan urusan atau keperluan dia kepada tuan rumah supaya tuan rumah lebih perhatian dan menyiapkan diri ke arah tujuan kunjungan tersebut, serta dapat mempertimbangkan dengan waktu dan keperluannya sendiri. Hal ini sebagaimana kisah para malaikat yang bertamu kepada Nabi Ibrahim ‘alaihis salaam. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (yang artinya): “Ibrahim bertanya, “Apakah urusanmu wahai para utusan?” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang berdosa.” (Adz-Dzariyat: 32)

5. Memintakan izin untuk tamu yang tidak diundang.

Jika bertamu dalam rangka memenuhi undangan, namun ada orang lain yang tidak diundang ikut bersamanya, maka hendaknya mengabarkan kepada tuan rumah dan memintakan izin untuknya. Hal ini pernah dialami oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana kisah sahabat Abu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, “Di kalangan kaum Anshar ada seseorang yang dikenal dengan panggilan Abu Syu’aib. Dia mempunyai seorang budak penjual daging. Abu Syu’aib berkata kepadanya, “Buatlah makanan untukku, aku akan mengundang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersama empat orang lainnya.

Maka dia pun mengundang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersama empat orang lainnya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datang bersama 4 orang lainnya, ternyata ada seorang lagi yang mengikuti mereka, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya anda mengundang kami berlima, dan orang ini telah mengikuti kami, jikalau anda berkenan anda dapat mengizinkannya dan jika tidak anda dapat menolaknya.” Maka Abu Syu’aib berkata, “Ya, saya mengizinkannya.” (HR. al-Bukhari no. 5118 dan Muslim no. 2036)


6. Tidak Memberatkan Tuan Rumah dan Segera Kembali ketika Urusannya Selesai.

Bagi seorang tamu hendaknya berusaha tidak membuat bising atau menyusahkan tuan rumah dan segera kembali ketika urusannya selesai. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman (yang artinya): “…tetapi jika kalian diundang maka masuklah, dan bila telah selesai makan kembalilah tanpa memperbanyak percakapan…” (Al-Ahzab: 53) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Jamuan tamu itu tiga hari dan perjamuannya (yang wajib) satu hari satu malam. Tidak halal bagi seorang muslim untuk tinggal di tempat saudaranya hingga menyebabkan saudaranya itu terjatuh dalam perbuatan dosa. Para sahabat bertanya, “Bagaimana dia boleh menyebabkan saudaranya terjatuh dalam perbuatan dosa?” Beliau menjawab, “Dia tinggal di tempat saudaranya, padahal saudaranya tersebut tidak memiliki sesuatu yang boleh disumbangkan kepadanya.” (HR. Muslim no. 48 dan Abu Dawud no. 3748 dari sahabat Abu Syuraih al-Khuza’i radhiyallahu ‘anhu) Disebutkan oleh para ulama bahawa perjamuan yang wajib dilakukan tuan rumah kepada tamu hanya satu hari satu malam (24 jam).

Jamuan tiga hari berikutnya hukumnya mustahab (sunnah) dan lebih utama. Adapun jika lebih dari itu maka sebagai sedekah. Maka dari itu, bagi tamu yang menginap kalau sudah lewat dari tiga hari hendaknya meminta izin kepada tuan rumah. Kalau tuan rumah mengizinkan atau menahan dirinya maka tidak mengapa bagi si tamu tetap tinggal, dan jika sebaliknya maka wajib bagi si tamu untuk pergi. Kerana keberadaan si tamu yang lebih dari tiga hari itu boleh mengakibatkan tuan rumah terjatuh dalam perbuatan ghibah, atau berniat untuk menyakitinya atau berburuk sangka. 

7. Mendoakan Tuan Rumah

Seseorang tamu hendaklah mendoakan tuan rumah atas jamuan yang dihidangkan kepadanya. Di antara doa yang diajarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيْ مَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَ ارْحَمْهُمْ “Ya Allah berikanlah barakah untuk mereka pada apa yang telah Engkau berikan rezeki kepada mereka, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka.” (HR. Muslim no. 2042 dari sahabat Abdullah bin Busr radhiyallahu ‘anhu) Wallahu a’lam bish shawab.

Tuesday, 25 July 2017

Fasiq.

Fasiq/Fasik (Bahasa Arab: فاسق‎) berasal dari akar kata fasaqa-yafsiqu/yafsuqu-fisqan-fusûqan. Secara etimologis (bahasa), dalam ungkapan Arab, fasiq maknanya adalah keluar dari sesuatu atau keluar/menyimpang dari perintah. Secara terminologis (istilah), orang fasiq adalah orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan.

Ia juga bermaksud melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar. Fasiq juga bererti menyimpang dari agama dan cenderung pada kemaksiatan; sebagaimana iblis melanggar (fasaqa) perintah Allah, yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya. Atau orang yang mengaku beragama Islam akan tetapi senantiasa berbuat dosa/kemaksiatan.

Allah SWT berfirman: ““Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.” (TMQ al-Kahfi [18]:50)” Dalam ayat di atas, frasa berbuat fasiq terhadap perintah Tuhannya ertinya keluar dari ketaatan kepada-Nya.

Fasiq juga bererti keluar dari kebenaran. Kerana itu, fasiq kadang-kadang bererti syirik dan kadang-kadang bererti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasiq jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasiq juga bererti keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Kerana itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat disebut orang fasiq.

Ciri-ciri Orang yang Fasiq

Tidak berhukum dengan hukum Allah ““Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (TMQ al-Maidah [5]: 47)

” Mempersoalkan perbandingan Allah ““Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq”. (TMQ al-Baqarah [2]:26)

” Larangan Mempercayai Orang yang Fasiq“

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (TMQ al-Hujurat [49]:6)” Allah tidak akan memberi petunjuk hidayahSunting ““(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka.

Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada kaum yang fasiq.” (TMQ At-Taubah [9]:80)

” Azab Neraka Balasan Orang yang Fasiq “

“(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasiq? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan). Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Dan sebaliknya orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.” (TMQ As-Sajadah [32]:(18-20)”

Muslim.

Muslim (Arab: مسلم) ialah gelaran bagi orang yang beragama Islam dan bermaksud seseorang yang telah berserah kepada Allah. Sebaik sahaja seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia akan secara langsung menjadi seorang Muslim.

Muslim mempercayai bahawa terdapat hanya satu Tuhan, iaitu Allah, serta juga bahawa agama Islam telah wujud sebelum Nabi Muhammad, dengan agama tersebut berkembang dengan berlalunya masa. Al-Quran memerihalkan banyak nabi-nabi dan Rasul-Rasul sebagai Muslim, termasuk Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Musa a.s., serta juga Nabi Isa a.s. dan hawari-hawarinya.

Al-Quran menyatakan bahawa tokoh-tokoh tersebut adalah Muslim kerana mereka berserah kepada Allah, berkhutbah tentang ajaran-Nya dan mendukung nilai-nilai-Nya. Misalnya, dalam Surah 3:52 Al-Quran, pengikut Nabi Isa memberitahu Nabi Isa as: "saksikanlah bahawa kami ialah orang-orang Muslim".

Muslim bersembahyang sebanyak lima kali sehari, dengan sembahyang tersebut dikenali sebagai Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib, dan Solat Isyak. Terdapat juga sembahyang Jumaat yang khusus yang dikenali sebagai Solat Jumaat.

Peratusan populasi Muslim di dunia berdasarkan (Pew Research Center, 2009) Berdasarkan kajian pada tahun 2010, bilangan Muslim di seluruh dunia kini dianggarkan sebagai sekitar 1.62 bilion bersamaan lebih daripada 23% dari populasi dunia, dan populasinya terus meningkat.Ini sekali gus meletakkan agama Islam sebagai agama kedua paling ramai penganutnya selepas Kristian.

Murtad.

Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme). Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama.

Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai musyrik.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1. Lemah pegangan agama.

2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.

3. Menyedari tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.

4. Faktor perkahwinan.

Munafik.

Munafik atau Munāfiq (kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman. Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.

[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.

[3] Ciri-ciri orang munafiq:
Ciri-ciri orang munafik‎‎ Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan : “ "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.

<Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

<Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.

<Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".

” Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam.

~Dusta

~Khianat

~Fujur dalam pertikaian

~Ingkar janji

~Malas beribadah

~Riya'

~Sedikit berzikir

~Mempercepat solat

~Mencela orang-orang yang taat dan soleh

~Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan   Rasulullah s.a.w.

~Bersumpah palsu

~Enggan berinfak

~Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin

~Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian

~Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.

~Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh

~Sering meninggalkan solat berjamaah

~Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan 'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir

~Takut terhadap kejadian apa saja

~Beruzur dengan dalih dusta

~Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan

~Bakhil dalam masalah kebajikan

~Lupa kepada Allah s.w.t.

~Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya

~Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin

~Sombong dalam berbicara

~Tidak memahami masalah-masalah agama

~Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa

~Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang

Nuzul Al-Quran.

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.


Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Ad-Din.

Ad-Din (Bahasa Arab: الدين‎) atau "Agama" yang berasal dari asal kata "da ya na" mempunyai banyak erti dalam bahasa Arab. Dari berbagai makna "dayana" ada 4 pengertian yang mempunyai hubung kait dengan agama menurut persepsi Islam:

1. Dain / Qardh bermakna hutang. Dalam hal ini ia berkait rapat dengan kewujudan manusia yang merupakan suatu hutang yang perlu dibayar (lihat Surah Al-Baqarah ayat 245), manusia yang berasal dari tiada kemudian dicipta dan dihidupkan lalu diberi berbagai nikmat yang tidak terhingga (wa in ta waddu). Sebagai peminjam, manusia sebenarnya tidak memiliki apa-apa, akan tetapi Pemilik sebenar adalah Allah S.W.T, manusia hanyalah diamanahkan untuk dipergunakan dalam ibadah. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, manusia tidak dapat membayar hutangnya maka satu-satunya jalan untuk membalas budi adalah dengan beribadah, dan menjadi hamba Allah yang mana adalah tujuan daripada penciptaan manusia(Surah Adz-Dzariyaat ayat 56).

2. Maddana juga berasal dari kata dana, dari kata ini lahirlah istilah madinah dan madani, maddana yang bermakna membangun dan bertamaddun, oleh itu madinah dan madani hanya boleh digunakan untuk masyarakat yang beragama dan bukannya masyarakat atheis dan sekular. Dari pengertian ini juga seseorang manusia itu perlu melihat ianya berhubung kait dengan konsep khilafah dimana manusia telah diamanahkan oleh Allah sebagai khalifahNya di muka bumi ini dengan tujuan untuk memakmurkan bumi dan membangun tamadun yang sesuai dengan keinginan Allah(Surah Al-Qasas:5, Surah An-Nuur:55).


3. Perkataan dana juga mempunyai erti kerajaan (judicious power). Konsep ini sangat berkaitan dengan Tauhid Uluhiyah yang merupakan perkara paling penting dalam aqidah umat Muslim. Seseorang itu tidak diterima imannya dengan hanya percaya kepada Allah sebagai Rabb akan tetapi ia hendaklah beriman kepada Allah sebagai Ilah. Ini bermakna Allah adalah satu-satunya Tuhan yang patut disembah, ditaati, Dialah Penguasa dan Raja. Tauhid Uluhiyah ini yang dapat membezakan musyrikin dengan mukminin. Dari sinilah lahirnya Istilah Al-Hakimiyah dimana seoarang Muslim harus menerima Syariat Allah dan tidak boleh tunduk kepada undang-undang buatan manusia. Kerana Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah menetapkan hukum syariah yang sesuai untuk manusia untuk ditegakkan dan dipatuhi(Surah Yusuf:40,Surah An-Nisaa’:65).


4. Pengertian yang lain ialah kecenderungan (inclination). Sudah menjadi fitrah manusia diciptakan mempunyai kecendrungan untuk percaya kepada perkara yang supernatural, percaya adanya tuhan yang mengatur alam semesta dan kuasa ghaib disebalik apa yang dicerna oleh indera manusia. Inilah yang dinamakan Din Ul Fitrah (Surah Az-Zukhruf:9, Surah Ar-Rum:30) Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan seorang bayi itu lahir sebagai seorang Muslim.


Dari beberapa definisi / maksud ad-Din menurut Islam seperti yang telah diterangkan diatas, maka jelaslah agama menurut sudut pandangan Islam sangat berbeza dengan persepsi Barat, agama dalam Islam adalah cara hidup, cara berfikir, berideologi, dan bertindak. Agama meliputi sistem-sistem politik, ekonomi, sosial, undang-undang dan ketata-negaraan. Agama berperanan besar dalam membentuk peribadi insan yang kamil disamping juga membentuk masyarakat yang ideal, agama menitik beratkan pembentukan moral dan kerohanian sesebuah masyarakat tetapi tidak lupa juga agama turut dapat membangunkan nilai ketamadunan dan seterusnya membina empayar yang kukuh dan berwibawa dimata dunia.



Inilah yang dinamakan agama atau Ad-Din menurut Islam, jadi apa yang dianggap agama oleh barat adalah bukan agama(tidak lengkap) dari pandangan Islam, ataupun Islam bukan hanya sekadar agama dalam pengertian Barat yang sempit. Islam berasal dari kata as la ma yang dari segi bahasa bermakna berserah diri. Ini tidak berarti setiap orang yang berserah diri dan percaya adanya tuhan termasuk dalam Islam, oleh kerana berserah diri sahaja tidak cukup untuk masuk Islam.


Al-Quran menerangkan bahawa ada dua jenis berserah diri/tunduk (Surah Ali Imran:83):

(a). Seluruh ciptaan Allah tunduk kepada hukum Allah dengan terpaksa dan menurut suatu kewajipan yang bersifat neutral.

(b) Ada juga yang berserah diri dengan keinginan sendiri (tau’an) mereka adalah orang mukmin(Surah Al-An’aam ayat 162,163). Agama selain Islam tidak diterima oleh Allah (Surah Ali Imran:19,85) Keislaman seseorang itu bergantung kepada kefahamannya terhadap kalimah Syahadah La Ilaha Illallah Muhammadar Rasulullah, Lailaha Illallah merumuskan konsep Tauhid Uluhiyyah yang mana orang musyrikin dan kafirin terkeluar daripada Islam, demikian juga orang yang menuhankan hawa nafsu dan tidak mahu tunduk kepada hukum Allah.

Adapun dengan kalimah Muhammadar Rasulullah terkeluarlah orang-orang yang tidak mengakui Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul, tunduk dan Iman kepada Allah tidak diterima apabila mengingkari Nabi. Sunnah yang dibawanya adalah wajib dipegang, ibadah seorang Muslim itu tidak akan diterima apabila sesuatu perkara yang dilakukan itu, tidak disyariatkan dan disunnahkan serta melanggari batasan keimanan agama Islam tersebut.

Mihrab.

Mihrab (dalam bahasa Parsi مهراب atau محراب, dalam bahasa Arab ألمحراب pl. محاريب), adalah sebuah ceruk di dinding sebuah Masjid yang menunjukkan Kiblat, iaitu arah Kaabah dimana orang Islam harus menghadapnya sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat.

Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Makkah. Ia berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud pada era pemerintahan khalifah Umayyad al-Walid I (705–715).Mihrab di sebuah masjid di Kaherah Mihrab sering kali disalah anggap sebagai Mimbar. Namun pada hakikatnya Mimbar merupakan tempat untuk khatib menyampaikan khutbahnya. Perkataan mihrab asalnya datang dari pengertian bukan berunsur keagamaan dan hanya dilambangkan sebagai sebuah bilik khas di sebuah rumah; sebuah ruangan takhta di dalam istana atau sebagai suatu permisalan.

Fath al-Bari (p. 458), dalam karya "tentang kuasa orang lain", telah mencadangkan mihrab adalah "tempat termulia bagi Raja" dan "lokasi utama, bahagian depan dan yang paling terhormat." Masjid dalam Islam (The Mosques in Islam) (p. 213), dalam tambahan ke sumber Arab mengatakan, bandar-bandar Theodor Nöldeke dan yang lain dianggap mempunyai mihrab yang awalnya ditandakan mempunyai ruangan singgahsana. Istilah ini kemudian digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk menunjukkan ruangan doa peribadinya.


Bilik tambahan yang diberikan akses kepada Masjid yang berdekatan, dan Nabi akan memasuki Masjid melalui ruangan ini. Ini adalah maksud sebenar mihrab - i.e. sebagai sebuah bilik didalam rumah - penyataan tersebut terus dipertahankan dalam beberapa bentuk Yahudi di mana mihrab adalah bilik yang digunakan untuk penyembahan/peribadatan peribadi.


Dalam Al-Quran , perkataan mihrab merujuk pada sebuah tempat perlindungan / tempat ibadah. Semasa era pemerintahan Uthman Ibn Affan (r. 644-656), khalifah memerintahkan suatu tanda yang akan ditampal pada dinding Masjid di Madinah jadi para penziarah akan mudah mengetahui arah kedudukan Kiblat sebenar yang terus menghadap ke Makkah.


Namun tanda itu hanya sebuah tanda di dinding, dan tembok itu sendiri tetap dalam keadaan mendatar. Selanjutnya, pada masa pemerintahan Al-Walid ibn Abd al-Malik (Al-Walid I, r. 705-715), Masjid Nabi iaitu - Masjid Nabawi - telah direnovasi/diubahsuai dan gabenor (wāli) Madinah, Umar Ibn Abdul Aziz, memerintahkan untuk ceruk dicipta pada dinding dalaman Masjid bagi tujuan pengarahan Kiblat yang terus mengacu arah kepada Kaabah di Makkah, dan dalam ceruk ini ada tanda bahawa Uthman yang mula-mula mengarahkan Mihrab ditempatkan di Masjid di Madinah.


Akhirnya, ceruk-ceruk Mihrab telah hadir secara menyeluruh dalam Masjid-masjid, Surau, Musolla dan bilik-bilik Solat, lalu ia difahami untuk mengidentifikasikan sebagai dinding kiblat, dan ia telah diadopsi sebagai sebuah fitur di dalam Masjid. Maka dari saat itu, sebuah tanda tidak lagi diperlukan.

Penggunaan Mihrab pada hari ini .Mihrab dalam Masjid Hagia Sophia, Istanbul. Mihrab in Bou Inania Madrasa, Fes, Morocco Kini, Mihrab datang dalam pelbagai saiz dan dekorasi, ianya meriah serta biasanya dihiasi dan sering dirancang untuk memberikan kesan pintu melengkung yang terus menghadap ke Kaabah di Makkah. Dalam kes-kes luar biasa, yang mihrab dibina tidak mengikuti arah Kiblat.

Salah satu contohnya adalah Masjid dari Córdoba, Sepanyol yang menunjuk bukannya Selatan Tenggara. Di antara penjelasan yang dicadangkan, adanya penempatan Rom kuno cardo jalan yang bersebelahan dengan kuil tua dimana Mezquita dibina di atasnya.

Qada Dan Qadar.

Qada dan Qadar

Qada' (Bahasa Arab: قَضَاء‎, transl.: qaḍāʾ, Melayu: kehendak (Allah)
dan Qadar (Bahasa Arab: قدر‎, transl.: qadr, Melayu: keputusan; takdir)

[1] ialah takdir ketuhanan dalam Islam.

[2] Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.

[3]Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak zaman azali, sedangkan qadar adalah bagian-bagian dan perincian-perincian dari ketentuan tersebut"

(4)Dari Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Jibrail a.s bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w: apakah itu iman? Baginda s.a.w menjawab; Imam itu ialah kamu beriman kepada Allah S.W.T,kepada Hari akirat,kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya mati dan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Penghisaban dan timbangan dan beriman dengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail a.s bertanya jika aku buat demikian adakah aku beriman? rasulullah s.a.w menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman. Hadith Musnad Ahmad

[5] Sebagai seorang Islam, wajiblah Yakin bahawa segala apa yang kita hendak laksanakan tidak mampu untuk kita buat melainkan dengan adanya Izin Allah. Seseorang hendak buat baik atau buruk perlukan Izin dari Allah. Ataupun apa yang di rancangan Manusia hanya akan terlaksana jika di takdirkan oleh Allah. Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan apa yang kita hendak ada takdir yang selari dengan kehendak kita. Lahir di perut siapa keturunan apa dan sebagainya bukan sesuatu di atas pilihan kita. Ada takdir yang selari dengan kehenadak kita seperti pilihan buat baik atau jahat.

Kita berkehendak buat jahat kadang Allah izinkan dan kadang Allah tidak Izinkan. sebab itu ia dihisab sebab perbuatan itu atas pilihan kita dan dengan Izin Allah sebab itu juga buat baik dapat pahala dan buat jahat dapat dosa. Percakapan biasa dalam Bahasa Melayu "kita hanya merancangn Tuhan yang menentukan". Namun yakini baik dan buruk dari Allah adalah Rukun Iman.

Masalah Qada dan Qadar dengan Usaha

Segala sesuatu berjalan sesuai dengan takdir dan kehendak-Nya, sedangkan kehendak-Nya itu pasti terlaksana. Tidak ada kehendak bagi hamba-Nya melainkan memang apa yang dikehendaki-Nya. Apa yang Dia kehendaki, pasti terjadi. Dan apa yang tidak Dia kehendaki tak akan terjadi

[6] Hadith:- عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.

Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. Hadis riwayat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

[7] Maka segala perbuatan telah ditakdirkan tidak akan berlaku perubahan sedikitpun di atas apa yang tertulis di Lauhul Mahfuz. Maka usaha (ikhtiar) itu adalah perkara asing, manusia perlu berusaha bukan sebab usaha itu akan mengubah takdir tetapi sebab tidak ada orang yang mengetahui apa yang ditakdirkan oleh Allah. Usaha adalah anugerah Allah kepada manusia. Yakin usaha boleh mengubah sesuatu tampa izin Allah juga termasuk syirik. Jadi Usaha itu perlu tetapi dengan yakin yang betul yang mengubah sesuatu adalah Allah. Allah berfirman:- وَاللهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ: “Allah menciptakan kalian dan Allah menciptakan perbuatan kalian”

[8] Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: إن الله صانع كل صانع وصنعته “Sesungguhnya Allah pencipta setiap pelaku perbuatan dan perbuatannya” (HR. Al Baihaqi, Syu’abul Iman, No. 188. Dishahihkan Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah No. 1637, Al Hakim juga menshahihkan, dan disepakati Adz Dzahabi) Allah juga berfirman lagi:- قُلْ فَلِلَّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ فَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ: “Katakan! Allah mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat, maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya.

[9] Maka boleh difahami disini ayat quran di atas bukan bererti secara mutlak usaha itu akan mengubah takdir tetapi usaha yang kita lakukan adalah apa yang Allah telah takdirkan dan juga hasil dari usahapun seperti apa yang Allah takdirkan. Boleh berlaku kita nak pergi menunaikan Haji tetapi Allah tidak takdirkan kita untuk pergi menunaikan Haji sedang kita dah berazam maka pada kedaan ini kita perlukan izin Allah untuk lakukan walaupun perkara baik.

Dalam kata lain Allah tidak takdirkan kita untuk pergi Menunaikan Haji sedang pahala bagi haji yang sempurna akan di perolehi kerana niat itu. Begitu juga dalam keadan satu orang yang berazam sunguh-sunguh untuk mencuri; tetapi Allah tidak takdirkan dia untuk curi maka dia tetap tidak akan dapat mencuri tetapi dari segi dosa dia tetap akan dapat dosa seolah-olah dia telah mencuri. Hadith:- Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.anhuma beliau berkata Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu.

Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu.

Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah :telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya). Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

[10] Jadi tanpa izin Allah tidak ada apapun yang akan berlaku. Maka disini akan timbul beberapa persoalan:- Adakah jadi jahat dan baik itu ditakdirkan oleh Allah juga? Maka jawapan adalah ia Allah tetapkan namun perlu diingat apa yang Allah takdirkan itu bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hamba itu. Maka satu orang jadi jahat dan baik kerana kehendak dia dan Allah takdirkan dia jadi jahat atau baik bersamaan dengan kehendak hamba-Nya itu.Pandangan selain Ahli Sunnah Waljama'ah
Di atas Adalah Akidah Ahli Sunnah Waljma'ah berkenan Qada dan Qadar. Manakalah golongan yang mengatakan Allah tidak tetapkan perbutan manusia adalah akidah Qadariyah(akidah ini ditentang oleh Imam Abu hanifah dan Imam syafie) dan

Akidah Muktazillah(ditentang oleh Imam Hambali dan beliau di penjarakan oleh pengusa yang berakidah Muktazilah) dan pada akhir zaman ini muncul gerakan Hizbut Tahrir

[11] yang mana mereka juga mengatakan perbuatan manusia bukanlah sesuatu yang Allah tetapkan. Imam Abu Ya'qub Yusuf B. Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi'i) pernah bertanya kepada Imam asy-Syafi'i: "Bolehkah aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?" Imam asy-Syafi'i berkata, "Jangan bersolat di belakang orang Syi'ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji'ah." Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku? Jawab imam asy-Syafi'i, "Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut murji'ah.

Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan 'Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi'ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut qadariyah."

[12] Manakala golongan yang serahkan semua pada Allah tampa ada sebarang usaha itu adalah Jabariyah (Aqidah yang salah menurut ulamak-ulamak muktabar) mereka juga mengatakan manusia jadi jahat atau baik kerana paksaan. Akidah-Akidah yang menyimpang ini adalah kerana menyalahfahami maksud Qada dan Qadar.

Siapakah Pembina Masjid Al-Aqsa?

Tidak terfikirkah kita siapakah jurutera Masjid suci Aqsa di Palestin ? Siapakah yang bertanggungjawab membinanya ? Bolehkah kita ruangkan sedikit waktu mencari siapakah jurutera tersebut ? atau kita terlalu sibuk ?
Kaum Zionis telah sampai ke kemuncak usaha mereka untuk merobohkan masjid al-Aqsa. Masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam, masjid ketiga suci umat Islam dan juga tempat Israk dan Mikraj Rasulullah SAW kini berada di ambang bahaya.

Bila-bila masa sahaja, bila-bila saat sahaja, bila-bila waktu sahaja, kaum Zionis akan merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina kuil (Haykal) mereka di atas runtuhan tersebut. Sayangnya majoriti umat Islam masih naif dan jahil terhadap bahaya yang menanti  Masjid al-Aqsa ini. Artikel ini ditulis demi meniti usaha yang kini hebat dilakukan oleh “Syeikh al-Aqsa”, Raed Salah, pemimpin Gerakan Islam di bumi Palestin 1948 untuk menyedarkan umat Islam tentang bahaya bahaya yang menanti  al-Aqsa.

Kempen “al-Aqsa fi Khatar” yang dilancarkan oleh beliau telah dapat menyedarkan sebilangan daripada umat Islam tentang bencana yang bakal menimpa al-Aqsa dari makar kaum Zionis. Sayangnya di Malaysia ini kempen ini tidak begitu dirasakan, mungkin kerana umat Islam di Malaysia terlalu sibuk mengirim SMS untuk AF 3, atau juga sibuk menjadi pengadil untuk Malaysia Idol ataupun menjadi penonton-penonton setia rancangan-rancangan hiburan realiti yang mekar bagaikan cendawan lepas hujan di saluran-saluran TV di Malaysia.

Masjid yang dijanjikan 500 pahala apabila bersolat ini kian pupus dalam ingatan umat Islam Siapakah pembina atau yang telah membina masjid al-Aqsa?, satu soalan yang menarik dan amat penting. Bagi kaum Yahudi, mereka beriman bahawa Daud A.S pernah bercita-cita untuk membina masjid al-Aqsa yang mereka katakan sebagai haykal atau kuil (di dalam bahasa Hebrew dipanggil sebagai HaMikdash), tetapi telah dihalang oleh Tuhan Yahweh. Tuhan Yahweh menghendakkan Sulaiman A.S. untuk mendapatkan kemuliaan tersebut, maka menurut tanggapan mereka, Sulaimanlah pembina Haykal atau kuil tersebut. Ini dapat dilihat di dalam Old Testament yang sama diimani oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian di dalam buku Kings (1) 6: 1 sehingga 38, ataupun lebih terperinci lagi di dalam buku Kings (1) 6:14 yang berbunyi: “So Solomon built the temple and completed it”.

Inilah juga yang diimani oleh penganut agama Kristian yang turut berpegang kepada Old Testament (kitab perjanjian lama) atau Torah menurut panggilan orang Yahudi. Bagaimanakah pula pendirian kaum muslimin?, memang ada diceritakan di dalam al-Quran tentang pembinaan bangunan yang kemudiannya diambil menjadi masjid al-Aqsa oleh Sulaiman dengan menggunakan tenaga para jin. Persoalannya adakah itu menunjukkan Islam juga mengiktiraf sejarah yang diriwayatkan di dalam Old Testament?, jawapannya tidak!. Sulaiman A.S. hanyalah membina semula bangunan masjid setelah bangunan asalnya telah roboh samada kerana berlalunya waktu ataupun bencana alam yang telah menimpa kawasan tersebut. Sebagai umat Islam, sudah tentulah al-Quran dan hadis-hadis yang sahih sahaja menjadi rujukan kita di dalam persoalan ghaibiyat seperti ini.

Dalil-dalil berkaitan Berikut adalah dalil-dalil yang menceritakan tentang siapakah yang membina masjid al-Aqsa dan bilakah ianya telah dibina… 1) Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.

Anak-anak muda  islam di sana bermati-matian membela masjid Aqsa, dimana anak muda Islam di Malaysia ? Jelas di dalam hadis di atas, ianya menunjukkan bahawa masjid yang pertama dibina ialah masjid al-Haram di Makkah dan kemudiannya dibina pula masjid al-Aqsa selepas empat puluh tahun terbinanya masjid al-Haram. Persoalannya di sini siapakah yang telah membina Masjid al-Haram dan siapakah yang membina masjid al-Aqsa?

Menurut kefahaman kebanyakan umat Islam, Nabi Ibrahimlah yang telah mebina masjid al-Haram berdasarkan ayat 128 di dalam surah al-Baqarah yang berbunyi: “Dan ketika Ibrahim mengangkat dasar al-Bait (al-Haram atau Kaabah) dan Ismail …”. Manakala masjid al-Aqsa pula menurut kefahaman ramai orang, ianya dibina oleh Sulaiman. Persoalannya, jarak di antara Ibrahim A.S dengan Sulaiman A.S adalah lebih kurang 750 tahun, dan bukannya 40 tahun seperti yang telah disebutkan oleh hadis Abu Dzar yang sahih.

Maka, siapakah yang telah membina masjid al-Aqsa ???. Berhubung persoalan ini, saya telah menemukan dua pendapat paling kuat di dalam menjelaskan siapakah yang telah membina masjid al-Aqsa.

Pendapat pertama: Ibrahim A.S.lah yang telah membina masjid al-Aqsa. Menurut mereka yang berpendapat dengan pendapat ini, mereka mengatakan bahawa Ibrahim telah membina masjid al-Aqsa 40 tahun selepas baginda selesai membina masjid al-Haram. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Dr. Solah Abd Fatah al-Khalidi di dalam bukunya “Haqaa iq Quraniyyah Hawla Masjid al-Aqsa Wa Bayt al-Maqdis” (Lihat: al-Khalidi, Solah A Fatah(1993), Haqaa iq Quraniyyah Hawla Masjid al-Aqsa Wa Bayt al-Maqdis, London: Mansyurat Filistin al-Muslimah, hal. 44 – 53).

Pendapatnya ini telah disokong oleh Dr. Ibrahim al-Ali (Lihat: Ali, Ibrahim (1995), al-Ardh al-Muqaddasah: Bayna al-Madhi wa al-Hadhir wa al-Mustaqbal, London: Mansyurat Filistin al-Muslimah, hal. 80).  Rakyat Palestin syahid di muncung senapang rejim Zionis, kita syahid di depan TV !! Persoalan yang timbul di sini, tidak terdapat satu dalil pun, samada di dalam al-Quran mahupun dari hadis-hadis sahih yang menunjukkan perkara tersebut.

Oleh kerana persoalan ini merupakan persoalan fakta sejarah, maka ianya memerlukan kepada dalil yang kukuh, dan pendapat ini hanyalah membawa andaian tanpa merujuk kepada mana-mana dalil yang sahih. Malah penafsiran bahawa Ibrahimlah manusia yang pertama membina Masjid al-Haram berdasarkan ayat 126 dari surah al-Baqarah juga adalah tidak kuat. Ini kerana berdasarkan ayat 37 di dalam surah Ibrahim, jelas Allah SWT telah merakamkan kata-kata Ibrahim “Tuhan kami, aku telah tinggalkan keturunanku (Ismail) di wadi yang tiada tumbuhan, di sisi RUMAHMU yang mulia”. Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa tapak Masjid al-Haram itu telah dimuliakan dan sememangnya telah wujudnya sebelum Ibrahim menaikkan binaan Masjid al-Haram (buat kali keduanya) lagi.

Ini kerana, Ibrahim telah menaikkan binaan itu (seperti yang telah disebutkan di dalam al-Baqarah ayat 126) bersama Ismail ketika Ismail telah besar dan bukannya sewaktu beliau ditinggalkan di bumi Mekkah. Al-Qurtubi di dalam buku tafsirnya, “al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran” juga telah menyatakan perkara yang sama. Menurut beliau, masjid al-Haram telah dibina sebelum taufan Nuh, dan kemudiannya musnah bahana taufan yang amat dahsyat itu. (Lihat: al-Qurtubi (mati 671H) (1372H), al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, Kaherah: Dar al-Sya’ab, cetakan kedua, j. 9, hal. 371). Kenyataan ini juga disokong oleh hadis yang diriwayatkan secara panjang oleh Ibn Abbas secara marfu’ di dalam Sahih al-Bukhari mengenai keadaan Ibrahim meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Ismail di tapak masjid al-Haram yang beliau sendiri tidak tahu ianya tapak masjid dan kemudiannya beliau akan diperintah untuk menaikkan bangunan untuk masjid tersebut apabila Ismail telah besar.

Pendapat ini juga telah disokong oleh Ibn Hajar al-Asqalani di dalam bukunya Fath al-Baari syarh Sahih al-Bukhari. Beliau telah meriwayatkan hadis yang bertaraf hassan daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As yang telah mengatakan: “Para Anbiya (nabi-nabi) telah menunaikan haji di al-Bait (masjid al-Haram), dan manusia tidak mengetahui di manakah tempat tersebut sehinggalah Ibrahim membinanya semula dan menunjukkan kepada mereka kedudukan tempat tersebut). Ibn Hajar juga telah menguatkan pendapatnya dengan riwayat yang sama daripada al-Bayhaqi di dalam al-Dalaail.

Persoalan yang timbul, maka siapakah pembina Masjid al-Aqsa, ataupun siapakah pula pembina Masjid al-Haram jika bukan Ibrahim A.S.??? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat pula kepada pandangan kedua mengenai siapakah pembina Masjid al-Aqsa dahulu.

Pendapat kedua: yang mungkin tidak begitu popular suatu waktu dahulu, tetapi kini menjadi pilihan ramai dari kalangan pengkaji sejarah Islam dan juga di kalangan para ulama mengatakan, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh Nabi Adam A.S. Binaan yang telah dibina oleh Adam A.S. ini kemudiannya telah musnah akibat taufan di zaman Nuh dan hanya dibina kembali oleh Ibrahim. Dalil mereka:

1. Hadis panjang di dalam al-Bukhari riwayat Ibn Abbas yang menunjukkan bahawa Ibrahim A.S. bukanlah membina kaabah seperti yang didakwa, tetapi membina semula bangunan masjid di tapak masjid al-Haram yang telah musnah akibat taufan Nuh A.S.

2. Hadis-hadis bertaraf Hassan yang diriwayatkan oleh Ibn Hajar dan al-Bayhaqi seperti yang telah disebutkan sebelum ini yang menunjukkan bahawa masjid al-Haram pernah wujud, dibina oleh Adam A.S., menjadi tempat para Anbiya mengerjakan haji dan akhirnya musnah oleh taufan Nuh A.S. (Ibn Hajar, ibid.)

3. Hadis riwayat Abd Razzaq di dalam Musannaf beliau, yang telah mengatakan bahawa Adam adalah manusia pertama yang telah membina kaabah. (Ibn Hajar, ibid.)

4. Hadis dari riwayat Abdul Wahab bin Munabbih yang menyatakan perkara yang sama juga. (Ibn Hajar, ibid.)

5. Hadis mengenai zam-zam yang panjang di dalam al-Sunan al-Kubra oleh al-Nasaai, di mana di dalam hadis tersebut malaikat telah memberitahu Hajar tentang air zam-zam dan tapak tersebut merupakan masjid al-Haram telah mengatakan: “Janganlah kamu takut kamu akan kehilangan, di sinilah Baitullah, ANAK ini dan bapanya akan membina (semula)…”. Apabila malaikat mengatakan sedemikian, ini menunjukkan masjid al-Haram ataupun Bait al-haram sememangnya telah wujud sebelum Ibrahim membinanya buat kali kedua.

Berhubung dengan persoalan ini, Ibn Hajar telah membawakan beberapa andaian, tetapi di akhirnya beliau telah memilih pendapat Ibn Hisyam di dalam bukunya al-Tijaan (dan juga pendapat ulama-ulama lain seperti al-Bayhaqi, Abdul Razzaq, Wahab ibn Munabbih dan lain-lain) yang mengatakan Adamlah yang telah membina Masjid al-Aqsa kerana tempoh waktu 40 tahun pembinaan al-Aqsa selepas Masjid al-Haram adalah lebih dekat dengan Adam A.S. berbanding dengan orang-orang lain. (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Baari, j. 6, hal. 409) Kesimpulannya, Masjid al-Aqsa telah dibina oleh nabi Adam A.S. ataupun anak-anaknya beribu tahun sebelum Sulaiman membinanya semula buat kali kedua. (Lihat: Syurab, Muhammad Hassan (1994M), Baytul Maqdis Wa al-Masjid al-Aqsa: Dirasat Tarikhiyyah Muwattahaqah, Damsyik: Dar al-Qalam, hal. 301)

2) Hadis-hadis riwayat al-Nasaai dariapada Abdullah bin Amru bin ‘Aas dengan sanad yang pelbagai telah menyatakan bahawa Sulaiman bin Daud adalah orang yang pertama membina Masjid al-Aqsa. Antara petikan dari hadis tersebut, Sulaiman A.S. telah berdoa kepada Tuhan setelah selesai membina masjid al-Aqsa telah berdoa kepada Allah tiga perkara, antaranya ialah barangsiapa yang bersolat di masjid tersebut akan diampunkan dari dosa-dosanya yang lalu …” Hadis-hadis ini walaupun sahih, tetapi dari segi makna, ianya bertentangan dengan hadis Abu Dzar yang lebih sahih. Oleh yang demikian, kebanyakan ulama mentafsirkannya sebagai pemberitahuan bahawa Sulaiman telah menaikkan semula binaan masjid al-Aqsa dan bukannya membinanya buat kali pertama.

3) Hadis-hadis riwayat al-Bayhaqi, al-Hakim, dan lain-lain ulama hadis di dalam kitab-kitab mereka yang mengatakan Daud A.S. merupakan orang yang pertama membina Masjid al-Aqsa. Hadis-hadis ini, sepertimana yang telah diterangkan oleh Muhammad Hassan Syurab, samada bersifat Dhaif, Maudhuk, munkar dan lemah dari segenap sudut serta bersumberkan Israeliyyat dan secara jelas bertentangan dengan hadis Abu Dzar yang jauh lebih sahih. (Lihat: Syurab, op.cit., hal. 301-303) Kesimpulan Kebanyakan hujah-hujah mereka yang mengatakan bahawa Nabi Sulayman merupakan orang yang awal membina masjid al-Aqsa adalah tidak kuat dan tidak bersandarkan dalil-dalil yang kuat. Manakala hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi Daud membinanya pula merupakan hadis-hadis yang lemah. Satu-satu hadis yang paling sahih dan kuat di dalam menceritakan tentang pembinaan Masjid al-Aqsa adalah hadis Abu Dzar riwayat al-Bukhari. Berdasarkan hadis ini dan juga hadis-hadis lain yang mentafsirkannya, dapat kita simpulkan bahawa orang yang pertama membina Masjid al-Aqsa adalah Nabi Adam A.S.

Masjid Al-Haram.

Al-Masjid Al-Haram di Makkah, tempat paling suci dalam Islam Masjid al-Haram atau Masjidil Haram atau Masjidilharam (Arab: المسجد الحرام, al-Masjid al-Ḥarām), ialah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al-Mukarramah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.

Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah. Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail , telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah. Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah,

Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman ibn Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi. Pada tahun 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq bernama Abdullah ibn Zubair telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid. Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua. Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musaal-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini.

Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas. Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat. Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman. Amir ZainalAbidin al-Usmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasca mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah. Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram.

Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti. Amir Besar Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi. Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya. Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri. Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai. Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi, Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan Arab Saudi.

Mereka melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun. Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955. Ia menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya. Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki. Ruangan tawaf juga dibesarkan tiga kali ganda dari keluasan asal. Daun pintu Kaabah juga diganti baru, dilapisi emas tulen. Raja Fahd menambah kawasan sai dengan laluan bertutup berhawa dingin. Begitu juga laluan bertingkat dan jambatan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim haji demi keselesaan umat Islam. Selepas 13 tahun projek pembesaran Al-Haram siap, Raja Fahd melancarkan satu lagi projek pembesaran masjid ini.

Pada 2 Safar 1409, projek ketiga perluasan Masjidil Haram oleh Kerajaan Saudi dirasmikan. Kos pembinaan bernilai 6.8 bilion Riyal Saudi dan melibatkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram iaitu di hadapan bab al-Umrah dan bab al-Malik. Kemudian, di bawah pentadbiran Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz As-Saud, Baginda merancang untuk membesarkan lagi Masjid Al-Haram. Projek terbaru yang di laksanakan Baginda ialah membesarkan lorong Mas'a (tempat bersai) daripada 2 lorong kepada 4 lorong. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2006, dengan mengambil sedikit dari bahagian dataran sembahyang di Bab As-Salam.

Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya. Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.

Pada tahun 1392 Masihi Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dari Mesir. Pada tahun 905 Masihi, KhalifahAl-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan. Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara. Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Bab Al-Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darul Tawhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah. Kawasan masuk Bab Al-Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin. Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Bab As-Safa. Semua menara lain didirikan secara "berpasangan", kecuali menara tunggal di Bab As-Safa. Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

Kepentingan Masjidil Haram

Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya, "sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144). Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an.

Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya, "Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149) "Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Diharamkan Untuk Menumpahkan Darah

Seterusnya, Masjidil Haram menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi. Firman Allah SWT, "Janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:191)

Haji

Mengerjakan Haji adalah satu rukun Islam. Sebahagian daripada Rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali Bermula pada sudut Al-Hajarul Aswad menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. Jemaah hendaklah berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain, jika bertukar tujuan, tidak dikira sebagai tawaf. tawaf hendaklah Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail/Syazarwan.

Sa'i.

Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batal hajinya.

Umrah

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah boleh dilaksanakan di sepanjang tahun. Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. Umrah boleh di tunaikan sebelum menunaikan haji iaitu menunaikan umrah dahulu atau selepas menunaikan haji.

Makam Ibrahim

Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak.Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Hajarul Aswad

Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu.

Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi Hijir IsmailSunting Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah , sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah". Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.

Telaga Zam Zam

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban. Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Al Haram Al Sharif.

Di tengah-tengah Kota Baitulmuqaddis terdapatnya Al Haram Al Sharif (הַר הַבַּיִת - Har haBáyit/Har haMoria - הַר הַמוריה -Temple Mount - B. Arab: الحرم القدسي الشريف al-ḥaram al-qudsī ash-sharīf, B. Inggeris: Temple Mount atau Noble Sanctuary, B. Ibrani: הַר הַבַּיִת Har haBáyit) yang terdiri daripada air terjun, taman-taman, bangunan-bangunan, dan kubah-kubah.

Di selatan Al Haram Al Sharif terdapatnya Masjid Al Aqsa dan di tengah terdapatnya Qubbat Al-Sakhrah yang paling dikagumi reka bentuknya. Keseluruhan kawasan ini dianggap sebagai Masjidil Aqsa dan merupakan satu perenam daripada Kota Baitulmuqaddis yang mempunyai tembok.Al Haram Al Sharif ialah Masjid Al-Aqsa,manakala Masjid Al Aqsa yang ada di Al Haram Al Sharif ialah masjid yang dibina kemudian dan bukan Masjidil Aqsa yang disebut semasa Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ialah bangunan yang terdapat di dalam Masjidil Aqsa dan diberi nama yang serupa. Al Haram Al Sharif merupakan tempat suci Islam yang ketiga dan tempat paling suci bagi orang Yahudi kerana dikatakan di situ pernah terdirinya Kuil Bukit mereka.

Kunjungan kontroversi Ariel Sharon ke Al Haram Al Sharif pada 28 September 2000 menyebabkan rakyat Palestin melancarkan Intifada terhadap Israel.

Sejarah Al Haram Al Sharif

Keindahan dan kecantikan Al Haram Al Sharif di Baitulmuqaddis menarik ribuan pelancong daripada pelbagai agama mengunjunginya setiap tahun. Kebanyakan orang bukan Islam percaya ia merupakan bekas tapak Kuil Solomon (Solomon ialah Nabi Sulaiman a.s.') yang dimusnahkan oleh Nebuchadnezzar dari Babylon pada tahun 586 SM, atau tapak Kuil Kedua yang dimusnahkan oleh Empayar Rom pada tahun 70 masihi. Bagi orang Muslim di seluruh dunia, kawasan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ia adalah kawasan berlakunya Israk Mikraj yang mana Nabi Muhammad s.a.w. menerima perintah solat lima waktu sehari semalam dan juga sebagai kiblat pertama umat Islam.

Israk Mikraj

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah. Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis dalam sekelip mata. Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda. Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata "Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar". Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.

Pada tahun 638 masihi, selepas beberapa tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepung Baitulmuqaddis. Ketua Gereja Baitulmuqaddis, Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi Khalifah Saidina Umar Al Khatab sendiri, khalifah kedua Islam. Saidina Umar memasuki Baitulmuqaddis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmuqaddis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka.

Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya. Buat pertama kalinya Baitulmuqaddis terselamat daripada bermandi darah. Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemani Sophronious ke Gereja Makam Suci yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut Kristian. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapak Masjid Umar di Baitulmuqaddis. Saidina Umar kemudiannya meminta supaya dibawa ke tempat Masjidil Aqsa dengan ditemani beratus-ratus orang Islam. Saidina Umar mendapati tempat itu dipenuhi dengan habuk dan sampah sarap.

Saidina Umar terus mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dengan serta merta. Sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu kemudiannya didirikan pada masa Saidina Umar di sebelah paling selatan Al Haram Al Sharif. Kepentingan Masjdil Aqsa di dalam Islam dapat ditunjukkan melalui struktur-struktur lain yang mengelilingi Qubbat As-Sakhrah dan Masjid Al Aqsa. Pembinaan struktur-struktur ini mengindahkan lagi kawasan Al Haram Al Sharif.  Seperti koleksi Al Quran yang lengkap dan seramik Islam. Di samping itu koleksi duit syiling dan tembikar bersama-sama senapang, pedang dan pisau di muzium tertua di Baitulmuqaddis ini.

Pintu-pintu di Al Haram Al Sharif

Pintu ini menuju ke penempatan orang Maghribi. Kawasan ini dimusnahkan oleh Israel pada tahun 1967 dan penduduknya menjadi pelarian. Kawasan ini sekarang hanya boleh diakses oleh orang Yahudi yang mana sekarang mereka membina sebuah plaza.

Bab al-Silsilah.
Bab as-Salaam
Bab al-Matarah
Bab al-Qattanin
Bab al-Hadid
Bab al-Nazer- Pintu majlis.

Pihak Awqaf yang menguruskan Al Haram Al Sharif mempunyai sebuah pejabat di luar pintu ini.

Bab al-Atim
Bab al-Hittah
Bab al-Asbat
Bab al-Zahabi

Imam al Ghazali dikatakan mengajar di perkarangan pintu ini. Masyarakat Kristian percaya bahawa Nabi Isa a.s. akan kembali ke dunia melalui pintu ini.

Bab al-Rahman
Bab at-Taubat
(Bab ialah pintu atau pagar dalam Bahasa Arab.)


Al Mussallah al Marwani

Hanya di sebelah bawah di sebelah tenggara Al Haram Al Sharif terdapatnya sebuah kawasan yang disangka sebagai Solomon's Stables (kandang kuda Nabi Sulaiman a.s.). Ia sebenarnya ialah sebuah bangunan Umayyah pada kurun ke 8M.


Masjid Al-Aqsa

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.

Qubbat al-Silsilah

Di sebelah timur Qubbat As-Sakhrah, Qubbat al-Silsilah dibina oleh Abdul Malik ibni Marwan dan menandakan tengah Al Haram Al Sharif.

Qubbat an-Nabawi.
Kubah yang dibina untuk memuji Nabi Muhammad s.a.w.. Dibaiki pada tahun 1620 oleh Farruk Bey, Gabenor Baitulmuqaddis.

Qubbat al-Mikraj.
Dibina untuk mengingati peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. naik ke langit untuk menerima perintah solat.

Qubbat al-Khalili.
Sebuah bangunan kurun ke-18 khas untuk Sheikh Muhammad al Khalili.

Qubbat al-Nahawiah.
Dibina pada tahun 1207 masihi oleh Amir Hassan ad-Din sebagai sebuah sekolah kesusasteraan.

Minbar Burhan ad-Din
Pada asalnya dibina pada kurun ke-7. Dinamakan sempena nama Qadi Baitulmuqaddis.