Sunday, 2 April 2017

AURAT BILA SERUMAH IPAR DUAI

🌸🌸Uniknya wanita! Diciptakan dengan begitu teliti oleh Yang Maha Teliti, Allah Jalla wa ‘Ala. Dipelihara kesucian diri dan diangkat martabat diri wanita dengan penetapan secara khusus aurat dan adab dirinya sehingga wanita yang memelihara aurat diri akan dikenali dan dihormati lantas tidak diganggui.

🌸🌸 Aurat Wanita Menurut Empat Mazhab Fiqah Menurut Ulama Damsyiq, Dr Wahbah Zuhaily (1985, Jilid 3, 561-564) di dalam kitabnya yang masyhur Fiqh Islam wa Adillatuhu,  had-had aurat wanita yang boleh dilihat dan haram dilihat oleh lelaki bolehlah dirangkumkan sebagaimana jadual di bawah:

🌸🌸Kategori wanita Isteri dan hamba perempuan Wanita yang mahram mu’abbad dikahwini bagi lelaki samada disebabkan nasab, perkahwinan atau susuan;
🍃Ibu,
🍃Ibu saudara,
🍃Ibu mentua,
🍃adik/kakak perempuan.
🍃Wanita ajnabi (asing) yang boleh dikahwini, 🌌🍃wanita mahram muaqqat,
🍃wanita yang tiada pertalian darah,
🍃sepupu, ipar duai dan keluarga angkat.

               🌾🌾   Dalil aurat wanita 🌲🌲

1. Surah al-Nur 24: 31 “dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” .

2.Surah al-Nur 24: 60-61 “dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; Dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

3. Menurut satu hadith dari Aishah, pernah kakaknya Asma’ datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis. Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata: “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah baligh, dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan.” (Abu Daud) Aurat wanita dengan ipar/sepupu yang tinggal serumah VS ipar/sepupu yang tidak tinggal serumah “Kitakan satu keluarga, janganlah sampai tidak bersalam atau pakai tudung atau pakai stoking semasa berziarah sesama anak-beranak?! Biar mati anak, jangan mati adat!” Kata orang-orang melayu Islam yang cetek ilmu agamanya.

🌼🌼Ipar ialah saudara kepada suami atau isteri contohnya, abang, kakak atau adik kepada suami atau isteri. Ipar duai ini tergolong dalam mahram muaqqat (haram dikahwini bertempoh). Jika bercerai suami isteri, halal bagi bekas suami menikahi adik perempuan atau kakak isteri dan begitu juga sebaliknya. Sepupu pula anak-anak kepada ibu dan bapa saudara yag mana Islam mengharuskan perkahwinan sesama sepupu. Dengarkan baik-baik duhai saudara seislamku. Ada pesan Rasul s.a.w buat kita tentang batasan aurat dengan ipar duai.

🌼🌼Daripada Uqbah bin ‘Amir bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hati-hatilah kamu masuk kawasan (menemui) wanita. Seorang lelaki dari kaum Ansar berkata: ‘Ya Rasulullah, apa pandanganmu dengan hamwu (bagi wanita, kerabat dari sebelah suaminya seperti bapa mentua, adik-beradik lelaki suaminya, bapa saudara suaminya dan begitulah sebaliknya bagi lelaki)? Rasul menjawab: ‘Hamwu itu maut!’” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Ini bermakna, ipar duai tergolong dalam al-hamwu dan wanita perlu lebih berhati-hati menjaga diri dan aurat ketika berada dalam satu rumah kerana fitnah bersama al-hamwu lebih besar dan merbahaya.

🌼🌼Hukum asal (azimah) aurat antara wanita dan lelaki ajnabi ataupun mahram muaqqat samada memperlihat atau bersalaman semasa perayaan dan sebagainya ialah haram. Malangnya, kebanyakan orang Islam bermudah-mudah dengan hukum ini dek kejahilan yang menguasai. Bolehkah membuka tapak kaki hingga ke buku lali dan sedikit bahagian lengan apabila tinggal serumah dengan ipar duai dan sepupu? Beralasan memudahkan urusan kerja di dapur seperti membasuh pinggan mangkuk dan keluar masuk bilik? Ya, di sini jelas sekali kepelbagaian mazhab fiqah dari ahli sunnah wal jamaah meleraikan musykilah.

🌼🌼Bagi yang bermazhab Hanafi, memang ijtihad mereka bahawa kaki tidak termasuk aurat kerana kesukaran untuk menjaganya. Namun, ulama syafi’iah yang lebih terkenal dengan sikap lebih teliti dan berhati-hati menetapkan kaki wanita masih termasuk aurat dalam apa keadaan sekalipun. Bagaimanapun, jalan keluar untuk permasalahan ini dinukilkan daripada ulama bermazhab Syafi’iah seperti Dr. Wahbah Zuhaily (Jilid 3, 563) bahawa “apa yang dihalalkan kerana darurat mengikut kadarnya”. Juga, Dr. Abdul Karim Zaidan (Al-Mufassol, Jilid 3, 200) dalam mentarjihkan (memilih pendapat paling kuat) mengatakan, “hendaklah ditutup kaki dari ajnabi tetapi boleh disingkap sekiranya terdapat hajat/keperluan seperti wanita kampung yang turun ke sawah bendang atau wanita fakir miskin yang tiada kasut untuk dipakai.” Jadi, fahamlah kita bahawa diberi keringanan (rukhsah) membuka aurat kaki dan menyingsing sedikit lengan semasa membasuh pinggan mangkuk jika wanita tersebut tinggal serumah dengan ipar duainya atau sepupunya berdasarkan kaedah fiqhiah: Al-masyaqqah tajlibu al-taisir (kepayahan membuka kemudahan) Khusus kaki dan sedikit lengan sahaja… Keringanan ini terbuka kepada kaki dan sedikit lengan sahaja. Adapun, kepala dan rambut wajib ditutup.

🌼🌼Wangian haram dipakai kerana ia boleh menjentik syahwat ipar duai mahupun sepupu yang menetap serumah. Khalwat atau berada berdua sahaja di dalam sebuah rumah antara seorang wanita dengan iparnya atau sepupunya tetap tidak dibolehkan kerana ia bakal mengheret kepada masalah syahwat yang lebih ganas sehingga boleh berakhir kepada zina. Semua situasi di atas berdasarkan kaedah usul fiqh: Saddu al-zaraa’i (Menutup pintu-pintu keburukan) Sebagaimana ittifaq jumhur ulama, perintah hukum asal iaitu wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan terus berlaku ke atas ipar duai atau sepupu-sepapat yang tidak tinggal serumah dengan wanita terbabit.

🌼🌼 Contohnya, sewaktu berziarah saudara-mara terutama meraikan perayaan atau kenduri-kendara seperti menghidang air untuk tetamu, wanita wajiblah menutup batasan aurat seperti yang dijelaskan di atas. Dalam kecanggihan globalisasi dan dunia tanpa sempadan, umat Islam diterjah kekeliruan dan kejahilan. Yang sepatutnya ditutup, dibuka dan ditayang. Yang wajib dijauhi, didekati bahkan disentuh dan dinikmati. Semuanya akibat larut dalam kejahilan agama, malas mengkaji dan tidak sampai seru lagi!

4 comments:

  1. assalamualaikum, maaf saya ingin bertanya, apa hukum kalau tidak sengaja menampakkan aurat kepada ipar ? contohnya tidak perasan yang ipar telah masuk rumah . saya keliru

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. saya tolong jwb yaa. jika tak sengaja tdk berdosa. bila sdh sedar ipar msuk rumah cepat2 la cover aurat

      Delete
  2. Saya nak bertanya. Macam mana kalau saya tahu ada ipar tapi ipar di dalam bilik dan secara tiba tiba dia keluar tapi sewaktu tu saya belum menutup aurat. Macam mana ye

    ReplyDelete
  3. Sy dduk 1 rumah dengan ipar lelaki, mcm mn aurat kaki ya? prlu ke sy pkai stokin stiap msa?

    ReplyDelete