Saturday, 22 April 2017

7 JALAN ZINA

💐Zina ni, adalah satu dosa besar. Dan, setiap perkara yang membawa kepada zina juga hukumnya haram dan berdosa. Alquran ni unik. Allah tak sebut “Janganlah kamu berzina”. Tapi Allah sebut“Janganlah kamu dekati zina”. Apa maknanya? Maknanya, zina ni, dekati je pun dah dosa dan Allah larang. So, apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina? Sebab, ada orang tak tahu. Pastu dia buat benda tu, dia rasa betul, bila orang tegur, mengamuk tak pasal-pasal, takleh terima teguran, bengang, pastu kata orang yang tegur dia tu syadid, keras, jumud, pemikiran sempit dan lain-lain. Apa ke pelik orang macam ni. Tapi takpe, maybe tak faham dan tak pernah ada orang bagitau. So, sekarang, saya nak hurai benda ni, agar semua, tahu dan boleh amal! Apakah jalan-jalan zina? Apakah jalan-jalan yang di katakana “mendekati zina”? Bak kata pepatah arab, zina ni ada 7 JALAN. Dan semua jalan ni, berdosa.


💐Dan 7 jalan ni lah yang di katakan jalan yang “mendekati zina” yang wajib kita elak dan jauhi! Apa dia ketujuh-tujuh jalan zina tu? نظرة, فابتسامة, فسلام, فكلام, فموعد, فالقاء, فالزنا, فالنار
“Pandang-pandang,
kemudian senyum -senyum,
kemudian memberi salam,
kemudian bersembang,
kemudian membuat temu janji,
kemudian berjumpa,
kemudian berzina,
kemudian masuk neraka!” Faham? Takpe, saya akan hurai satu persatu insyallah. Jom tengok satu persatu, bagaimana zina boleh berlaku. Amat liciknya syaitan!


🌹1)Pandang-pandang.
Ini adalah jalan zina yang pertama. PANDANG. Kerana apa? Kerana dari pandanglah, kita akan rasa tertarik, terpikat, mula nak bercrush-crush, minat laki ni minat perempuan, terpikat dekat artis korea ni, artis jepun tu, penyanyi laki ni, penyanyi perempuan tu, dan lain-lain. Ingat tak dosa ke? Kalau tak mampu tinggal pun, at least, rasalah bersalah dan rasalah benda tu dosa! Tapi, malangnya, hari ni, kita dengan rileksnya tak jaga pandangan. Tengok movie, Nampak perempuan tak pakai tudung berlakon, boleh dengan rileksnya pandang tanpa rasa bersalah. Nampak laki tak pakai baju, pun boleh rileks je tengok. Lagi tak malu, boleh like lagi kat FB, twitter dan instagram. Laki “terbaik”, siap share dan retweet lagi gambar-gambar tu. Memang “terbaik”. (Ini perlian. Harap maklum). Jap, ingat kita kena tunduk pandangan dari yang bukak aurat je ke? Tak! Bahkan, laki still kena tunduk pandangan bila Nampak perempuan yang tutup aurat sempurna! Hatta, kalau ada perempuan berpurdah yang sengetkan kepala dan buat symbol tangan peace, tu pun kita kena tunduk pandangan! Bahkan, ada ulama yang berkata bahawa, haram like gambar perempuan, kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada mereka. Bayangkan kalau takde orang like, kan dia malu. Sape suruh bajet cute.
Ada orang, dia bagi alasan: “Aku tak naik syahwat pun bila pandang perempuan/laki tu. Apa salahnya?!” Kawan, sejak bila pulak syarat nak jadi haram tu kena naik syahwat? Tak naik syahwat pun haram jugakla brader. Nabi, bila jalan dengan sahabat, bila Nampak perempuan, nabi tolak muka sahabat tu ke tepi supaya sahabat tu tak pandang! Nampak tak permainan dia? Tapi hari ni, kita dengan rileks boleh friend, follow kat twitter dan instagram dengan berlainan jantina yang bukan mahram, yang mana kita pun tahu bila friend dan follow ni, gambar-gambar diorang akan timbul kat news feed. Pastu, boleh pulak LIKE dan favourite gambar tu! Bapak ah… Apakah semua ini? Hatta, kalau nak berurusan antara laki dan wanita pun (pada perkara-perkara yang di benarkan), kena jaga pandangan tak tak boleh bertentang mata pada waktu yang lama. Saya dah hurai bab ikhtilat di SINI dan SINI. Harap baca.

🌹2)Senyum-senyum.
Dah usha-usha, apa lagi. Senyum menyenyumla jawabnya. Dah startle jatuh hati. Tak jatuh hati pun takpe, saje-saje senyum bajet macho, bajet cantik. Takdela cantik sangat sebenarnya. Mulalah start letak smiley-smiley dan emoticon pelik-pelik. Malu nak start conversation. Try test letak smiley dulu. Pastu kita pun balas smiley. Bapak geli… Tolonglah hentikan semua ini. Dosa kot…Ni jalan zina! "Satu emoticon :) mampu menggugat dan memeltingkan orang berlainan jantina walaupun takde niat. Percayalah..."


🌹3)Memberi salam.
Selepas dah senyum-senyum, so, mula lah step ketiga setan nak hancurkan kita iaitu kita mula memberi salam, hye, intro, dan yang sama waktu dengannya. Time ni still malu-malu, nak try test market. Sekali bila laki mesej perempuan dan perempuan balas, ataupun sebaliknya, maka, mulalah saat kehancuran. Pernah tak pergi tempat asuhan budak-budak terlanjur? Cuba tanya diorang, macamana mereka boleh terjebak dengan zina. Ada sorang tu, dia tudung labuh, bila tanya dia, dia jawab: “Semuanya bermula dengan mesej di facebook. Semuanya bermula dengan “hye” yang pertama!” Sebab tulah, Ulama mengharamkan IKHTILAT. Masih tak Nampak permainan setan?


🌹4)Bersembang.
Dah bagi salam, dah intro, apa lagi, startla sembang-sembang… Sembang ni ialah bila kita start cakap lebih dari perkataan salam, hye dan lain-lain. Tanya khabar, luah perasaan dan lain-lain. Semuanya dosa. “Saya kagum dengan awak dalam kelas. Awak punya ilmu agama sangat tinggi. Saya harap awak dapatla bimbing saya…” Pergh. Halus je cara dia goda. Yang sama jantina berlambak orang yang kau boleh mintak bimbing. Buat apa mintak yang berlainan jantina? “Erm…nak tanyalah. Awak tahu tak kerja rumah yang cikgu math bagi tu nak buat macamana?Hehe..Awak kan pandai:)” Kawan sejantina belambak yang boleh ajar kau. Tak pun kau pergi terus tanya cikgu kau. Kenapa nak tanya lain jantina gak? Kelakar.
Saya tak pernah tanya kerja rumah kat berlainan jantina, SPM skor jugak. Macam-macam lagi lah. Siap, yang perempuan bagi kata-kata semangat kat laki, laki bagi kata-kata semangat tak perempuan. Pergh.
Ada tak dalil yang membenarkan apa yang korang buat? Kat henset saya, saya tak letak nombor perempuan melainkan mahram saya. Hidup saya maju jugak. Bukan saya je, saya ada beribu kawan yang macam tu. Yang jaga ikhtilat dan tak bersembang dengan lain jantina! Saya ada ramai, nak kata, ramai orang boleh buat!



🌹5)Buat temu janji.
Bila dah start sembang, dah mesra, dah boleh cerita masalah kat si dia, dah rasa ada kawan yang memahami(kononnya), hati dah berbunga, dah melting, mulalah set untuk jumpa. “Boleh tak kita jumpa kat belakang kantin sekolah. Saya nak bagi awak something..Dalam pukul 10:30, time rehat…okay?” “Baiklah. Hehe..Awak nak bagi apa? Nervousla pulak.huhu…” Itu baru bab nak bagi hadiah bagai. Belum masuk bab dating, nak makan kat restoran, atau buat temu janji nak jalan dan shopping sama-sama semua. Itu lagi mengarut. Habiskan duit mak bapak, hutang sini sana. Pastu kurang ajar dengan mak bapak. Ziarah mak bapak punyalah bagi 1001 alasan tak munasabah.
Memang gerun... (Sorilah saya tetiba mengamuk. Haha…Kena bagi sedar sikit)



🌹6)Berjumpa.
Yeah. Time ni, dah mula start jumpa. Makan sama-sama kat restoran mamak(tak romantik langsung), dah start shooping kat KLCC, tengok baju, henset dan lain-lain. Mula lah bersentuhan, peluk-peluk happy, naik motor dan kereta sama-sama, atau buat study group kat KFC sambil duduk semeja dan makan sama-sama, siap pandang-pandang, sembang kosong bagai. Ini semua setan punya permainan. Takkan tak Nampak lagi? Lagi malu, bila perempuan keluar malam-malam. Apa masalah? Perempuan janganla keluar rumah sangat, melainkan kalau betul-betul ada urusan penting. Ni boleh keluar malam-malam, lepak dengam boyfriend jual burger, aduh… Atau lepak McDonald sampai tengah malam.
Mentang-mentang duduk rumah sewa, tak kantoi dengan mak ayah. Apa ini semua? Taubatlah sebelum terlambat. Kalau ada laki ajak korang keluar, jangan tertipu. Kalau perempuan yang ajak laki keluar, ini memang teruk.


🌹7)Berzina.
Bila dah jumpa, apa lagi kawan-kawan? Zina la! Mula bawak balik rumah, atau gi belakang toilet sekolah time rehat, pergi belakang semak, dan macam-macam lagi benda yang mengarut dan tak masuk akal! Laki ni, bila sentuh tangan perempuan dan perempuan tu tak kisah, dia punya nafsu syahwat dah tak betul dah. Perempuan pulak, laki bagi kata-kata manis sikit, dah melting macam apa. Dahla tak hensem, tak cantik. Argh! Apa sudah jadi kat dunia ni?!


🌹8)Masuk neraka
Inilah FINAL ending. Masuk neraka, di seksa atas dosa “mendekati zina” yang kita buat. Tak sedih ke? Tak takut ke? *** Inilah 7 jalan zina. Semuanya di kira dosa. Dan segala benda yang dosa, hukumnya haram. Muhasabahlah, dan jangan tipu diri sendiri. Kalau kita check diri kita, kita akan rasa perasaan seronok dan lain macam bila buat salah satu dari 7 jalan ni. Kan? Itu namanya nafsu! Berubahlah. Dan jagalah diri kita!


🌻PESANAN KEPADA SEMUA BERKAITAN ISU MENDEKATI ZINA 🌻

🌹Saya harap, kita semua muhasabahlah. Mari, kita tengok pesanan-pesanan berharga tentang isu ini, agar kita sama-sama dapat sematkan dalam hati, boleh ingat, boleh genggam ia dengan gigi geraham. Apa guna ilmu tapi tak amal?


🌹1) “Pandangan PERTAMA adalah merupakan anak panah beracun yang terlepas dari busur sang iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan gantikannya dengan memberikannya kemanisan IMAN di dalam hatinya…” (Hadith sahih riwayat Hakim) Pernah tak kita rasa berat nak buat ibadah, susah nak buat benda yang senang. Nak baca quran semuka sehari pun rasa berat, nak solat kat surau walaupun rumah dekat gila bapak, tapi rasa beban. Buat baik pun rasa terpaksa dan tak rasa manis. Kerana apa? Kerana kita tak jaga pandangan. Allah akan berikan kita kemanisan iman, kemanisan amal. Bila dah rasa manis, kita akan rasakan ibadah dan taat kepada Allah itu kenikmatan yang tak terucap!


🌹2)Pernah tak dengar syair imam syafie? “Aku mengadu kepada guruku imam waqi’, tentang susahnya aku untuk mengahafal ilmuku. Maka dia memberi tahu aku agar meninggalkan maksiat! Dia berkata kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah takkan masuk ke dalam hati orang yang berdosa!!” Kalau korang nak tahu, imam syafie HANYA TERPANDANG(baca perkataan ter tu 100 kali), terpandang aurat seorang wanita secara TAK SENGAJA ketika itu. Itu je dia buat! Tapi, imam syafie dah rasa bersalah, dan rasa sangat berdosa. Kita hari ni langsung tak jaga pandangan, lepas tu marah Allah bila Allahh tak bagi korang skor exam. Macamana ilmu nak masuk andai maksiat penuh di hati? Kalau skor pun, Allah tak bagi hidayah untuk amal. Moga Allah pelihara!



🌹3) Berkata imam Aljunaidi: “Ingatlah, setiap kali kau ingin melihat wanita yang bukan mahram, Allah sedang melihat kau!”



🌹4) Nabi bersabda: “Buatlah 6 perkara, nescaya aku akan jamin untukmu SYURGA! Jika salah seorang dari kalian berkata, janganlah berdusta. Jika di beri amanah, janganlah khianat. Jika berjanji, janganlah mungkiri. TUNDUKLAH PANDANGAN KALIAN. Jagalah tangan kalian dari menyakiti orang lain. Dan jagalah kemaluan…” Lihat. Allah dan rasul janjikan SYURGA bagi mereka-mereka yang jaga pandangan!



🌹5) Pernah sekali, Abdullah bin Mas’ud masuk ke dalam satu rumah untuk nak ziarah orang sakit bersama beberapa orang yang lain. Lepas tu, kat dalam rumah tu ada seorang perempuan. Dan salah seorang dari mereka PANDANG perempuan tu. Maka, Abdullah b Mas’ud kata kat orang tu: “Kalau mata kau buta, ia lebih baik untuk kau….” PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA Entah kenapa. Ramai perempuan sekarang suka sangat untuk post gambar mereka di media social dengan rileksnya. Jagalah diri tu. Jagalah diri tu! Macamana laki nak jaga pandangan kalau perempuan tak jaga diri mereka? Memang tak boleh nak salahkan perempuan 100%. Tapi dalam isu ni, memang saya tak tahu nak salahkan siapa. Nabi bersabda: “Perempuan itu adalah aurat. Jika ia keluar, maka syaitan akan memandangnya…” Means, bila perempuan dah start menayang-nayangkan dirinya (walaupun tutup aurat) dalam keadaan dia tahu laki boleh tengok dan stalk mereka, maka, syaitan akan start goda lelaki untuk pandang mereka! Saya merayu, tak payahlah upload gambar korang. Tak rugi sangat pun actually.
Serius tak rugi. Akhir kata, hayatilah kata-kata arrasul saw ini: “Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada fitnah wanita. Dan sesungguhnya, fitnah yang pertama menimpa bani Israel ialah fitnah wanita.Wallahualam.

BOLEH KE CRUSH

🎀Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw. Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya: “Dear crush. I hope you know that I love you very much…”

🎀“Rindunya crush saya….” Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya: “Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…” Lalu di jawab: “Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…” Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama?Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar. Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka. CRUSH TU APA? Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini.


🎀Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai: “Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…” Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA. Kenapa pulak dosa?! Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau? Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah.


🎀Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah. Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.



🎀CINTA YANG ALLAH REDHA? Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai? “Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!” (Ibn Qayyim) Lihat?Cuba highlightkan ayat: “Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!” Cinta sebeginilah yang Allah redha! Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina.


🎀ADAKAH ALLAH REDHA? Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!  KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA? Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda: “Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!” (HR Ibn Majah) So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah? Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan.


🎀Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila… Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan. Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya.


🎀Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!! Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta. Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama. Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu. Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.

💛NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH 💛

🎀Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.


💙PERTAMA: Jami’ bin Mahuih bertanya: “Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?” Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab: “Ianya tercela...” Lepas tu Said berkata: “Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”
💙KEDUA: Imam Alghazali cakap: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!
💙KETIGA: “Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…” (Ibn Qayyim) “Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….” (Ibn Qayyim) “Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…” (Ibn Qayyim) “Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….”” (Ibn Qayyim)
💙KEEMPAT: Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya: “Kenapa laki ni mati?” Maka orang ramai menjawab: “Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…” Maka Ibn Abbas berkata: “Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….” Seorang penyair menyebut: “Hidup orang yang bercinta, Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh, Pertengahannya penyakit, Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….” **** Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!


👤BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG👤



🎀Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu. Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis! Lalu, perisik tu pun tanya: “Kenapa kau nangis wahai pemuda?” Lalu pemuda tu jawab: “Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!” Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam.



🎀Kerana  kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama! Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis! Lalu, perisik tu pun tanya: “Kenapa kau nangis wahai pemuda?” Lalu pemuda tu jawab: “Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!” Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam,kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.




🎀Akhirnya, islam kalah!!! Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu! Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita? Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak? Muhasabahlah. Menangislah.



🎀Berubahlah. Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb. Wallahua’lam.



🎀*tersedak* Maybe, maybe, memang banyak pendapat. But I'm gonna stick to the rationality of his writing, of his justification on this matter because somehow it is the truth and we can't avoid the truth. The constant thinking of our crush, constant glancing and many more things yang buat kita jadi lagha and asek duk teringat dekat si crush tuh, memang kes berat. Though it's hard to do, but we have to at least TRY. Okeh sebelum berhenti, nak bagi kata-kata semangat FEAR DOESN'T SHUT YOU DOWN, IT WAKES YOU UP

Thursday, 20 April 2017

CINTA DI JALAN DAKWAH

                 Hanyut Dengan Cinta

Ya, memang tidak di nafikan langsung bahawa cinta itu fitrah bagi manusia. Rasulullah sallahu alayhi wasallam sendiri pun pernah bercinta dengan Khadijah radiyallahu anha. Islam memang tidak menolak fitrah, apatah pula menentang fitrah. Tetapi Islam mengajar macam mana hendak menguruskan fitrah sesuai dengan kehendak syariat Islam. Tetapi masalah timbul bila kita tak uruskan fitrah tu dengan sebaiknya. Hari ini kalau dapat lihat, ramai pemuda hari ni hanyut dengan cinta sebelum kahwin yang belum tentu nak kahwin atau dengan istilah bajet moden, “COUPLE”.

Buktinya? Tak payah pergi jauh-jauh, kita dapat tengok sendiri di Facebook atau twitter, ada segelintir mungkin juga sebahagian besar kawan-kawan kita yang post tentang cintan cintun ni yang kadang-kadang sangat tak releven dengan umur. “Papa, mama miss you co much.” Kata seorang budak sekolah tingkatan 2 kepada pakwenya tingkatan 3. Lol. Malah lagi teruk, dekat profile siap ada “In Relationship” atau “Married”. Itu tak cukup dahsyat, lagi dahsyat adalah siap bergambar bersama sambil berpeluk bagai. Halamak. Ini dah satu masalah yang membarah sampai ketumbuhan level 10. Tetapi ada lagi satu masalah yang lagi besar apabila pemuda atau belia yang FAHAM Islam atau pendakwah-pendakwah muda ni pun hanyut juga dengan cinta sebelum kahwin yang belum tentu nak kahwin.

Tetapi hubungan tu tak di gelar dengan gelaran “COUPLE”. Mungkin sebab dah terlalu common. Jadi nak rare sikit. Apa dia? “Couple Islamik.”  Golongan ini pun tak terlepas juga dari post tentang cintan cintun ni, cumanya dalam versi bajet islamik. Post hari-hari sampai naik muntah pelangi. Nak contoh? Haha, saya tak sempat taip je saya dah tergelak dan geleng kepala. Korang boleh nampak sendiri kot. Saya tak kata salah dan berdosa besar post tentang cinta, tentang calon suami soleh / isteri solehah la, atau tentang alam perkahwinan la, pesanan untuk bakal suami / isteri la, kata-kata semangat untuk para mujahid / mujahidah impian la, atau apa-apa la. Tetapi kena dengan situasi sendiri la seperti dah nak kahwin, atau paling tidak pun jangan lah post perkara-perkara ni kerap sangat.

Ini tidak, penuh newsfeed dengan benda-benda ni. Hari-hari post benda yang sama, kahwin, cinta, bla bla bla. Boleh muntah pelangi kawan.. Sedangkan banyak lagi kerja dakwah tarbiah nak kena buat, sebab ummat hari ni makin melarat. Di tambah pula pendakwahnya buat hal. Aiseh.  Ini baru dalam Facebook yang open, belum lagi yang personal inbox (PM) atau sms. Murabbi kami cerita (berdasarkan cerita ikhwah ni), ada yang sebelum pergi usrah tu, siap sms lagi. Contoh (tiada kena mengena dengan sesiapa) Muslimat : “Enta nak pergi usrah ye? Hati-hati ye. Nanti kalau sempat, enta sharing la pada ana apa yang enta dapat. Jaga diri. Ukhuwah fillah abadan abada.” Muslimin : “Ye, ana nak pergi usrah. Enti pun jaga diri. Jangan lupa baca buku atau buat benda berfaedah ye. Nanti kalau sempat, ana cerita apa yang ana dapat. Minggu depan enti pergi mukhayyam (perkhemahan) kan? Jaga diri. Ukhuwah fillah abdan abada aidhon” Itu satu contoh la yang murabbi kami tunjuk.Ada segelintir muslimat ini siap buat flyers yang berbunyi lebih kurang macam ni ; “Kami kaum hawa merindui derapan tapak kaki para mujahid soleh menuju solat berjemaah..” Aduh…. Berat nanang. Tepuk dahi.

Ada juga segelintir yang rajin sangat post tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus mengenai bab cinta ni. Padahal ada saja perkara lain yang UAI cakap perkara lain yang lebih penting, tetapi tak nak diambil peduli. Dan macam-macam lagi la contoh yang korang nampak sendiri di sekeliling korang. Saya tak larat nak letak contoh banyak-banyak. Geleng kepala.

                       Muhasabah diri

Mungkin ada yang tak puas hati bila baca bahagian atas ni, tetapi saya tulis ni adalah sebagai peringatan dan nota untuk diri sendiri. Pesanan saya kepada sesiapa yang terasa atau tengah terlibat dalam dunia rekaan sendiri ni, terutama sekali kepada golongan yang “so called islamik” ataupun yang faham Islam, utamakan perkara yang utama. Atau bahasa mudahnya, “priority is priority”. Sekarang apabila berada di jalan dakwah tarbiah, Syaitan pun akan melipat gandakan usaha untuk hanyutkan kita. Maka akan di hantar tentera yang berpangkat tinggi untuk hasut kita. Macam-macam cara mereka cuba, dan antaranya adalah CINTA dan WANITA.

Kalau cinta untuk bertahajud, atau tenggelam dalam cinta dakwah ini takpe juga, malah saya respek sangat. Ini sebaliknya pula. Maka sesiapa yang merasakan dia di jalan dakwah tarbiah ini, maka mereka kena ingat yang kita akan hadapi antara 4 tentangan besar iaitu:

1) Syaitan
2) Wanita
3) Hawa nafsu
4) Masa Sebab tu ada murabbi pesan (lebih kurang); “Ana takkan respek antum semua yang berada di jalan dakwah ini sehinggalah antum semua melepasi dua ujian besar, iaitu ujian kerjaya dan rumahtangga. Jika antum dah hadapi dua perkara ni, kemudian masih berada di jalan dakwah, bahkan lebih “aggresif” lagi, ana respek pada antum..” Kemudian, saya teringat ada seorang ikhwah pernah nasihat pada saya (lebih kurang) ; “Macam-macam ciri yang diperlukan untuk melantik seseorang dalam bahagian pimpinan meskipun hanya dalam peringkat kampus, antaranya adalah menjaga ikhtilat..” Ye, ikhtilat atau pergaulan.

Memang kena jaga. Kalau nak mujahadah dengan ikhtilat pun dah tewas, macam mana nak tegakkan Islam yang Syumul (menyeluruh) yang memerlukan mujahadah lagi dahsyat? Kena sentiasa ingat bahawa kerja dakwah ini takkan pernah terhenti, dan kerja ini sangat banyak hingga sepatutnya tak sempat nak bercinta bagai (baca pesanan Imam Hassan al Banna tentang dakwah). Kalau orang yang betul-betul memahami dan menjiwai jalan dakwah tarbiah ini, tiada masa untuknya berfikir banyak kali siapa yang perlu jadi sayap kiri atau bakal isterinya. Apatah lagi nak berikhtilat bagai.

Kalau hendak bernikah sekalipun, cukuplah bakal isterinya faham tugas dakwah tarbiah yang dia lakukan dan dapat membantu dia. Dan saya juga tak kata yang tak boleh bercinta. Kalau nak bercinta tu, kahwin la dulu. Kalau tak mampu, tahan. Kalau tak tahan, puasa. Kalau puasa tak tak boleh juga? Korang cari duit dan kahwin la cepat. Lastly Kenapa saya sibuk “tembak” golongan pendakwah yang tersasar dari dakwah? Tu yang belia-belia lain hanyut, siap buat maksiat lagi, tak nak pula saya tegur atau “hentam”? Kena faham bahawa golongan pendakwah ini, mereka bawa “LOGO AGAMA”. Kalau korang nak tahu, secara umumnya, semua orang melayu muslim sangat menghormati dan tsiqah (percaya) pada golongan asatizah/ustaz atau golongan yang faham Islam. Cumanya sebahagiannya ego dan tak mahu tunjukkan penghormatan mereka dengan tindakan.

Jadi, segala perbuatan atau tindak tanduk pendakwah ini akan sentiasa DIPERHATIKAN oleh orang sebegini yang ada di sekelilingnya. Kerana pendakwah ini ibarat “role model” dalam senyap untuk mereka. Mereka secara tidak langsung ingin serba sedikit meniru atau mengikut jejak langkah pendakwah ini secara senyap-senyap. Serius! Tetapi kalau pendakwah ini hanyut, maka hilanglah penghormatan mereka dan mereka pun dengan dunia mereka. Saya sendiri akuinya. Dulu saya selalu perhatikan golongan yang faham Islam ini, saya tsiqah sangat pada mereka meskipun sebahagian mereka bukan dari aliran agama. Sehinggakan akhirnya sikit demi sikit saya ikut jejak langkah mereka. Moga kita semua selamat dari fitnah dunia. Moga Allah redha. Dan moga korang dapat tidur dengan ‘tenang’. Hehe. Wallahua’lam.

Monday, 17 April 2017

SURAT UNTUK WANITA

💥Bismillah. Segala puji bagi Allah atas nikmat iman, atas nikmat islam, atas nikmat hidayah, dan atas nikmat tarbiah dan dakwah! Syukur sangat pada Allah. Walaupun, saya sendiri banyak melakukan dosa dan maksiat, saya amat harap agar Allah ampunkan saya. Selawat dan salam atas arrasul saw, yang mana, hasil dari perjuangan dan penat lelah baginda, akhirnya kita semua dapat nikmat iman dan islam yang agung ni! Bayangkan, kalau kita tak dapat islam, dan mati dalam kekufuran, kita akan masu neraka selama-lamanya! Ya Allah, ya Allah, ya Allah! Insyallah, pada kali ini, saya teringin nak menyentuh satu topik saya khususkan kepada golongan wanita, yang nak berubah, tapi mungkin mereka tak Nampak gambaran tentang “bagaimana nak berubah”, lantas, ada antara mereka yang akhirnya mengutamakan perkara yang tak perlu di utamakan, manakala perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan, di pandang remeh dan enteng.

💥Saya ingatkan, tulisan ini khusus untuk wanita-wanita yang NAK BERUBAH. Moga-moga dengan tulisan ini, dapat membuahkan manfaat yang banyak kepada kalian. Amin! WANITA DI SISI ISLAM Kedudukan wanita di sisi islam, sangat agung. Ya, sangat agung. Kerana agungnya wanita, Islam meletakkan beberapa hukum untuk memelihara wanita itu sendiri! Seperti aurat misalnya. Bayangkan, hari kita rasa nak pakai seksi-seksi, bajet lawa dan sweet, post kat FB, instagram bagai, buat muka gedik, kembung pipi, dengan make up yang gerun, dan sebagainya. Kemudian, apabila di tegur, ada yang melenting, benci, bengang, tak boleh terima, meroyan, dendam, buruk sangka pada orang yang menegur dan sebagainya.


💥Tahukah korang, hukum aurat yang Allah perintahkan, adalah untuk memelihara golongan perempuan! Kerana Allah sayang korang! Kerana Allah cinta korang! Tapi, apakah yang kita fikir? Apakah yang kita fikir?! Apakah kita menghargai kasih-sayang Allah, atau kita rasa benci dengan Allah, kita menganggap ianya seperti mengongkong kebebasan korang? Hari ni, ada orang perempuan fikir yang islam ni banyak menzalimi dan mendikriminasikan wanita. Mungkin kerana mereka bandingkan diri mereka dengan orang kafir barat yang kelihatan bebas dan seronok. Namun, apa guna bebas dan seronok tapi masuk neraka? Korang ingat, orang kafir yang “kelihatan seperti bahagia dengan kebebasan” tu, tenang ke hidup mereka? Tahukah korang? Di celah-celah kebebasan yang KONON-KONONNYA menyeronokkan, hakikatnya mereka semua hidup dalam keadaan tertekan, stress, hidup dalam ketakutan dan menyeksakan?


💥Tahukah korang, apakah HASIL kita MENOLAK KASIH-SAYANG ALLAH dengan memandang hina perintah menutup aurat, lantas membuka aurat dengan bangganya? Tahukah korang, apa hasilnya?


👉Di India, kes perempuan di rogol sebanyak 1,64,630.
👉Di Amerika, kes perempuan di rogol sebanyak 11,877,218.
👉Di Russia, kes perempuan di rogol sebanyak 2,952,370.
👉Di Jerman, kes perempuan di rogol sebanyak 6,507,394.
👉Di United Kingdom, kes perempuan di rogol sebanyak 6,523,706.
👉Di France, kes perempuan di rogol sebanyak 3,771,850.
👉Di Jepun, kes perempuan di rogol sebanyak 2,853,739.
👉Di South Africa, kes perempuan di rogol sebanyak 2,683,849.
👉Di Italy, kes perempuan di rogol sebanyak 2,231,550.
👉Dan di Canada, kes perempuan di rogol sebanyak 2,516,918.


💥Inilah KEBEBASAN yang mereka dambakan, yang mana pada akhirnya, ia membuahkan kepada penyeksaan. Takkan itu yang kita mahu? Tetapi, kerana kasih-sayang Allah pada kalian wahai wanita, Allah wajibkan kalian menutup aurat, memakai pakaian yang menepati syariat islam, dengan sempurna! Semata-mata untuk selamatkan korang dari “kebebasan yang membawa kepada kehancuran”. Bayangkan, kena rogol, lepas tu mengandung, orang pandang serong, semua benci kita, kita down dan rasa putus harapan, kemudian ada yang tak tahan lantas bunuh diri. Semuanya kerana kita tak menghargai kasih-sayang Allah. Kerana, di sisi Allah, wanita itu sangat mulia. Lahirnya para nabi, adalah dengan hasil dirikan seorang ibu.


💥Lahirnya pejuang-pejuang islam, adalah hasil didikan ibunya. 4 Khalifah, Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali, andai kita soroti sirah tentang proses pengislaman mereka, nescaya kita akan terkejut, bahawa, keempat-empat mereka masuk islam berpunca dari dakwah dan pujukan WANITA, samada dari ibunya, adik beradiknya atau isteri! Mungkin, kisah yang terkenal dan semua tahu, Umar Alkhattab, masuk islam, asbab adik wanitanya! Namun, entah kenapa, ramai wanita akhirnya memilih untuk menjadi hina, berbanding menjadi mulia. Bahkan, ada yang mencari kemuliaan itu dengan selain islam, sedangkan, MULIANYA WANITA KERANA ISLAM. Saya ulang: “Ramai wanita akhirnya memilih untuk menjadi hina, berbanding menjadi mulia. Bahkan, ada yang mencari kemuliaan itu dengan selain islam, sedangkan, MULIANYA WANITA KERANA ISLAM…”

     

         🙋NAK BERUBAH JADI SOLEHAH? 🙋


💥Saya kira, sangat ramai perempuan yang nak berubah. Sangat ramai perempuan yang nak jadi solehah, yang mahu menuju kearah kebaikan dan kembali pada islam. Sangat ramai. Cuma, kadang-kadang, sebahagian dari korang seakan-akan TAK NAMPAK apakah jalan yang terbaik untuk jadi wanita solehah. Macamana nak jadi solehah? Nak mula dari mana? Solehah tu di nilai dari sudut apa? Boleh tak ini, boleh tak itu, dan macam-macam persoalan timbul, yang mana akhirnya, semangat korang untuk berubah tu jadi down, dan akhirnya terus malas. Maka, fokus tulisan saya pada kali ini hakikatnya tentang isu ini. Saya akan huraikan dengan mudah, agar sama-sama kembali semangat, Nampak JALAN dan langkah-langkah yang sepatutnya di lakukan, bagi perempuan-perempuan yang nak berubah. Moga bermanfaat! **** PEREMPUAN YANG MENUTUP AURAT? Secara kasarnya, saya klasifikasikan perempuan yang menutup aurat dengan sempurna ni kepada 4 golongan(mungkin ada banyak golongan, tapi saya fokuskan kepada 4 golongan ni):


1)Pakai tudung labuh, tapi takde sifat malu. 2)Pakai tudung labuh tapi ada sifat malu.
3)Pakai tudung labuh dan purdah tapi takde sifat malu.
4)pakai tudung labuh dan purdah tapi ada sifat malu. Yang terbaik adalah yang nombor keempat, semestinya.

        
        
        🎀ISU MALUNYA SEORANG WANITA? 🎀

1)SIFAT malu adalah satu kewajipan bagi seorang beriman, lebih-lebih lagi wanita. Lagi tinggi sifat malu seseorang, lagi tinggilah darjatnya di sisi allah. Lagi rendah sifat malu yg ada pada seseorang, lagi rendahlah darjatnya di sisi Allah. 2)Wanita yang menghiasi diri dengan sifat malu ni, macamana? Maka saya boleh nyatakan beberapa nilaian ZAHIR agar sama-sama korang boleh muhasabah semula, adakah ia wujud dalam diri korang:
a)Seorang wanita yang ada sifat MALU itu takkan bercakap dengan lelaki bukan mahramnya melainkan perkara yg betul-betul mustahak sahaja, serta mnjaga adab-adabnya.
b)Seorang wanita itu akan malu untuk MENINGGIKAN SUARANYA atau melunakkan suaranya di hadapan lelaki. Hari ni, kat sekolah misalnya, dalam kelas, ada certain kelas yang perempuan lagi bising dari laki, gelak-gelak, gedik-gedik, dan bersembang sesame mereka dengan kuat, tanpa ada rasa sedikitpun rasa malu. Apakah ini? Sama-samalah muhasabah. c)Seorang wanita itu akan malu untuk BERCERITA tentang lelaki, samada artis korea/jepun/barat/melayu dan lain-lain, pelakon dan yang sama waktu dengannya, atau tentang kawan lakinya , crush, dan yg sama waktu dengannya. Perempuan solehah akan rasa MALU nak buat macam tu!
d)Seorang wanita akan JUAL MAHAL dan tak mudah terpikat dengan godaan cinta, dan tidak ada masa untuk fikir tentang cinta cinta ni, melainkan ketika betul-betul sudah bersedia untuk kahwin dan menggunakan jalan yang betul utk berkahwin. Nak kahwin ni, ada adab yang islam ajar. Sunnahnya adalah dengan menggunakan ORANG TENGAH. Seperti mana khadijah yang ingin melamar baginda dengan menggunkan orang tengah iaitu Maisarah, seperti tu juga kita seeloknya kalau nak lamar seseorang, guna orang tengah! Itulah lambang MALU! Apa-apapun, baca tulisan saya mengenai isu cinta di SINI:
e)Seorang wanita tu akan MALU untuk SELFIE dan menayangkan gambar-gambarnya samada berpurdah atau tak di alam maya, kerana dia sedar akan berlaku pelbagai fitnah. Melainkan kalau dia dah pastikan bahawa tiada lelaki follow/friend, serta mereka privatekan gambar-gambar mereka untuk tontonan umum wanita sahaja. Better tak payah letak langsung. Ia lebih dekat dengan taqwa!
f)Seorang wanita akan rasa malu untuk meminati artis-artis(obsess), melihat drama-dram korea jepun hindustan, runningman, cerita barat dan yang sama waktu dengannya, kerana dia SEDAR, perkara itu akan merosakkan hatinya.

                        

                          🌹ISU PURDAH? 🌹


💥Ada hari ni, perempuan yang nak berubah, mereka terus nampak NAK UBAH PERKARA BESAR. Yang mana, akhirnya, dia sendiri akan rasa BEBAN akan perkara itu, dan lama-kelamaan menjadi benci akan perkara itu, lantaran membenci tuntutan agama, hanya semata-mata mereka belum cukup persediaan. Saya bagi contoh mudah, isu PURDAH. Ada yang bila dia nak berubah, apa yang dia fikir kat kepala otak dia, ialah perkara pertama sekali ialah KENA PAKAI PURDAH! Pakai purdah di kira baik dan solehah! Kerana itu, saya kemukakan 4 golongan wanita yang menutup aurat sebentar tadi.


💥Kerana saya nak nyatakan bahawa, MALU ADALAH TANDA KEMULIAAN bagi seorang wanita! Saya ulang: “Malu adalah tanda kemuliaan seorang wanita!” Bukan nak kata salah pakai purdah. Bahkan, yang terbaik ialah memakai purdah serta menghiasi diri dengan sifat MALU! Cuma, saya nak kemukakan beberapa perkara tentang isu purdah ni, agar kita sama-sama JELAS, kemudian MUHASABAHLAH kembali diri kita. Saya kemukakan TIGA kompenan ASAS dalam membincangkan isu ini:

1)Tutup aurat sempurna (menutup dada, bahu, pakai longgar, pakai stongan, tak pakai baju yg warnaya tertarik) adalah satu KEWAJIPAN. 2)menghias diri dgn sifat MALU adalah satu KEWAJIPAN.
3)Berpurdah adalah perkara SUNAT. Setelah kita FAHAM dan JELAS akan 3 kompenan ASAS ni, maka, sekali lagi saya nak utarakan beberapa perkara:

a)Bila kita dah faham konteks di atas, kita kena pandai LETAK KEUTAMAAN. Saya bagi contoh: -Kalau kita berpurdah, tapi sifat malu seorang wanita(seperti yg saya garis di atas) masih kita tak jaga, maka apakah nilai purdah? kerana, purdah adalah perkara sunat, tapi MALU adalah satu kewajipan! -Kalau kita tak berpurdah tetapi kita jaga sifat MALU, kita lebih mulia berbanding dengan orang yang berpurdah. -kalau kita berpurdah, dan pada masa yg sama kita menjaga sifat MALU, maka itulah yg sebenarnya islam mahu! dan itulah yg terbaik!
b)SAYA NYATAKAN isu KEUTAMAAN adalah kerana, antara cara syaitan ingin menghancurkan manusia ialah dengan dia mengkaburkan kita semua tentang keutamaan. Yang mana akhirnya, kita akan terabur. Benda yang sunat kita utamakan lebih dari yg wajib, benda yang tak penting kita buat dan fokus, tapi benda penting kita abai. Seolah-olah, kita ni semangat gila bapak bab-bab qiamullail, solat dhuha dan solat-solat sunat yang lain. Tapi, solat yang FARDHU kita tinggalkan. Apakah? DALAM ISU ini pula, menghiasi diri dengan sifat MALU adalah lebih UTAMA dari berpurdah. Kerana, takut-takut, akhirnya, tanpa sifat MALU, purdah itu sendiri akan menjadi fitnah kepada kita!

Dari sudut DAKWAH pula, saya ingin nyatakan beberapa pendapat:


1)Dakwah itu wajib. Menjaga ukhwah itu wajib. Berpurdah itu sunat. Maka, andai kita berpurdah itu menyebabkan dakwah dan ukhwah semakin maju dan erat, maka berpurdahlah. Tapi kalau berlaku sebaliknya (means kita di kutuk sehingga kita tak mampu nak tahan dan akhirnya dakwah kita tinggalkan), atau semua orang LARI dari dakwah kita lantaran kejahilan mereka, maka, tak perlu berpurdah. Kerana kita kena utama yg WAJIB.
2) Tak ramai orang tertarik dengan purdah kita. Tapi ramai orang tertarik dengan AKHLAK kita. Jagalah akhlak, jagalah sifat malu. Andai anda seorang yag berpurdah dan menjaga akhlak, anda adalah org yg amat hebat!
3) RAMAI orang yang berpurdah, tak tahan berpurdah, kerana NIAT dia berpurdah itu salah. Seorang ulama berkata: الفتور بعد المجاهدة من فساد اﻹبتداء "Putus asa selepas bersungguh-sungguh adalah kerana permulaan yang silap...." MUNGKIN dia nakkan pujian, mungkin dia terpaksa, mungkin dia nak tutup aib dia, mungkin sebab dia tak nak kena kutuk, mungkin sebab dia nak di pandang baik. MAKA, di sebabkan NIAT yang salah, sebab tu kita mudah lemah semangat. Kena kutuk sikit, dah down. Kena ejek sikit, dah tertekan.

CHECK SEMULA NIAT! PESANAN KHUSUS Akhir sekali, saya nak pesan kepada wanita-wanita yang nak berubah dgn beberapa pesanan:


1)berubahlah secara beransur-ansur. Itulah sunnah dalam perubahan.
2)Kalau kamu rasa nak berubah dan nak jadi wanita solehah, tak semestinya caranya ialah pakai purdah. Kalau kamu TERUS pakai purdah, kamu sendiri akan tertekan dengan pelbagai tohmahan walaupun benda yg kamu buat itu betul. UTAMAKANLAH untuk ubah sikap kurang malu kepada pemalu, kurang akhlak kepada berakhlak, kerana itu adalah perkara WAJIB. Sedang purdah itu sunat. Jaga keutamaan. Andai tidak, kita telah berada di dalam tipu daya iblis dan syaitan.
3)kalau kamu semua IKHLAS nak berubah, dan mahu mengikut SUNNAH dalam perubahan, maka ubahlah secara beransur-ansur. Maka saya nasihatkan, MULAKAN DENGAN ubah akhlak kamu, tinggikan sifat MALU kamu. Kerana itu semua adalah PENGUAT DIRI KITA untuk ISTIQOMAH dalam perubahan.
4)Akhir sekali, kalau kamu betul-betul dah yakin dan kuat, maka tawakkal pada allah, berpurdahlah. Moga allah bagi kalian syurga! Kepada yang sudah berpurdah, saya tak kata salah dan perlu tanggalkan purdah. Saya cuma merayu agar kalian TAMBAHKAN sifat malu seperti yang saya nyatakan di atas tadi. Kerana itulah neraca kemuliaan harga diri kalian. *****

                         

                             👏PENUTUP 👏


💥Jadilah wanita yang tidak baik pada luarannya sahaja, tetapi baik juga dalamannya. Saya akhiri dgn sebuah kata-kata untuk semua: "Apabila DALAMAN kita kuat, nescaya kita akan istiqomah dan kuat untuk memperbaiki LUARAN...." Teruskanlah menutup aurat, kerana PAKAIAN adalah PERISAI diri kita dari melakukan maksiat. Bila kita tutup aurat, Allah akan campak rasa malu untuk kita buat dosa. WALLAHUA'LAM.

Saturday, 15 April 2017

CARA NAK TINGGALKAN COUPLE, CRUSH DAN IKHTILAT

💖“Apakah tips dan cara untuk tinggalkan cinta sebelum nikah dan ikhtilat?”. Saya yakin 100%, sangat ramai orang rasa terseksa dengan ikhtilat dan cinta, tapi malangnya, ramai yang tak tahu macamana nak lupakan bf/gf korang. Juga, ramai yang takut nak jaga ikhtilat sebab takut di anggap sombong, poyo dan lain-lain oleh orang berlainan jantina. Tapi, awal-awal saya nak bagitahu, cara yang saya nak ajar ni memang efektif kalau korang BUAT! Tapi, kalau korang tak nak berkorban, still rasa berat, kalau saya bagi sejuta tips pun, korang takkan mampu buat. Ingat, hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih! Okay, jom kita tengok satu persatu.

💞CARA NAK TINGGALKAN IKHTILAT DAN CINTA        SEBELUM NIKAH 💞

💖1) Faham apakah hukum ikhtilat serta asas-asanya, dan cinta sebelum nikah. Ini tips pertama yang saya letak. Sebab, ramai orang ikhtilat dan sibuk bercintan-cintun, crush sini sana, sembang dengan berlainan jantina tanpa rasa bersalah atas alasan “takde syahwat” kononnya, dan lain-lain, tanpa rasa BERSALAH LANGSUNG!! Kenapa? Sebab, ramai yang tak tahu pun benda tu salah!Bila tak tahu benda tu salah, bila tak faham, maka benda yang salah mereka anggap tak salah, bila tegur, marah, mengamuk, kutuk dan sebagainya. Oleh sebab tulah, saya dah tulis secara panjang lebar tentang isu ni supaya korang semua FAHAM gila-gila tentang isu ikhtilat dan cinta sebelum nikah ni.Kalau dah ada usaha nak dapat ilmu, tapi kita tolak dan berterusan dalam keadaan jahil, kita dosa. Kalau dah tahu tapi tak amal, pun dapat dosa.

💖2) Unfriend dan unfollow orang berlainan jantina di media social samada Facebook, Instagram, twitter dan lain-lain. Bagi saya benda ni sangat penting atas beberapa faktor. Pertama, kalau kita friend/follow yang berlainan jantina, ia akan membuatkan kita mudah untuk stalk, dan melihat gambar yang berlainan jantina! Mana taknya, bila kita friend/follow, segala gambar-gambar mereka akan keluar kat newsfeed kita,gambar gedik ke, selfie ke, gambar ala-ala solehah ke, apa-apalah. Dan ia akan menyebabkan hati makin lama makin hancur lebur secara halus dan tak perasan. Lepas tu, start like-like gambar, and then, bila gambar korang dapat banyak like, korang start perasan yang korang cantik/hensem, lepas tu mula la start post gambar yang makin lama makin gedik, mengarut, dan rasa nak tumbuk je. Argh!! (Tetiba mengamuk…) So, bila kita unfriend dan unfollow, ia lebih menjaga iman kita.

💖Bukankah Allah suruh kita tundukkan pandangan? Tak kiralah kalau kita tengok gambar tu dengan syahwat atau tak, Allah dan rasul tetap suruh kita tutupkan pandangan! “Datangnya musibah di awali dengan penglihatan, seperti kebakaran besar di awali dengan percikan api kecil!” (ibn Qayyim) Sebab tu ulama meletakkan dosa mata ialah apabila kita memandang wanita bukan mahram, tak kisah lah dalam real life, atau kat gambar, majalah, tv, dan lain-lain. Satu sudut, memang saya pun maklum, amat susah untuk kita jaga pandangan zaman sekarang. Tapi, persoalannya, apakah USAHA kita?! Kedua, bila kita unfriend dan unfollow yang berlainan jantina, ia dapat mengurangkan kadar kita berhubung dengan berlainan jantina. Ye lah, bila dah friend dan follow, kita boleh komen, kita lagi teransang/bernafsu untuk mulakan chatting padahal tak penting, start like status pastu perasan: “Pergh.. Farah like status aku! Bermakna, dia, dia…dia suka aku!! Yeah!!!” “Pergh.. Samdul retweet twit aku…Argh..meltingnya!!” Ini semua menimbulkan fitnah. Percayalah.

💖Lagi satu, bila kita friend/follow berlainan jantina, kita akan dapat baca status dan update dia, sekaligus membuatkan kita ada rasa kecenderungan untuk lebih mengenali si dia. Nampak tak permainan setan di situ?? Kalau tak Nampak, tak tahulah….Tapi, kalau kita yakin tak mendatangkan fitnah seperti friend/follow tokoh-tokoh agama, ulama’, ustaz ustazah, dan sebagainya, maka takde masalah.Tapi, pastikan niat untuk dapat manfaat.Yang pasti, jangan tipu diri sendiri.

💖3) Jangan save nombor yang berlainan jantina. Ni pun satu tips yang berguna. Saya sendiri dalam henset takde save satu pun nombor perempuan. Kalau saya nak berhubung atas urusan kerja, saya akan cari di group whats app kerja tu, dan berurusan sekadar untuk menyetelkan urusan. Kalau kita save nombor perempuan, lebih-lebih lagi rakan satu kelas, rakan satu kuliah, orang yang kita suka dan lain-lain, ia lagi memudahkan kita untuk start mesej, pastu call bagai. And then….. Faham-fahamlah.

💖4) Jauhi berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple. Ini benda yang sangat penting bagi saya. Sebab kawan ni adalah benda yang sangat besar dalam islam. Salah plilih kawan, keislaman kita akan hancur. Sebab, kawanlah yang banyak bersama kita, sekaligus akan mempengaruhi kita samada secara sedar ataupun tak. Bayangkan, bila kita kawan dengan kaki ikhtilat dan couple, nanti dalam kelas, dia akan start cerita pasal perempuan ni, laki tu, artis ni, artist u, pelakon ni, pelakon tu, pastu start luahkan masalah dia, mintak pandangan kita pasal isu cinta, macamana cara nak luahkan perasaan cinta bagai, dan lain-lain. Lagi masalah, bila kawan kita tu start cucuk-cucuk kita untuk start berikhtilat dan couple dengan memperkenal dan men’suggest’kan kita untuk berikhtilat dan couple dengan perempuan dan laki ni. “Weh, bak kata Syamsul, Bakri suka kau Farah…Eee…Jelesnya aku! Farah, ni peluang kau. Bakri dah la hot, hensem gila kata kau…Pastu dia minat kau. Serius untung!! Tryla kau mesej-mesej dia. Hehe…” “Aku tengok kau sedih je. Kenapa ni Ayob?Aku tahu kau suka Sarah. Tapi kau segan nak bagitau dia kan? Kalau kau nak aku tolong, boleh je:) Aku tak nak kau sedih-sedih ni. Kau sedih, aku pun sedih beb….” “Hahaha..kau takde awek? Bapak nerd gila kau!” Dan lain-lain. Bagi saya, ayat-ayat di atas ni benda REAL.

💖Bila kita start kawan dengan orang yang kaki ikhtilat dan couple, secara tak langsung, mereka akan pengaruh dan goda kita untuk turut serta melakukan dosa tu, walaupun mereka takde niat. Percayalah.So, tinggalkan mereka, cari kawan yang baik dan soleh. Ada sorang kawan saya mengadu. Yang mana, dia ni hafiz quran 30 juzuk. Bila dia pindah sekolah, kawan-kawan kat sekolah abru dia semuanya couple. Sampai satu tahap, dia rasa MALU kalau tak couple. Akhirnya, dia pun couple....Isk, isk, isk...

💖5) Berukhwah dengan sesama jantina. Sebenarnya, berukhwah dengan yang sama jantina sejuta kali ganda lagi manis dan nikmat daripada bercinta dan berikhtilat. Serius saya tak tipu. Saya sendiri bila chat dengan kawan-kawan baik saya, saya boleh tersenyum sorang-sorang, tergelak sorang-sorang, dan kadang-kadang, boleh nangis teresak-esak sebab rindu! Banyakkan bersama kawan sejantina yang baik dan soleh, yang sering support kita buat baik, yang bantu dan sanggup dengar luahan masalah kita dengan sabar walaupun lama, yang sering nasihat kita bila kita buat salah, yang berada di sisi kita time kita susah dan senang, yang boleh simpan aib kita, yang sering memberi kita semangat time tengah down, fuh…. Nikmat gila beb!! Bagi saya, orang yang berikhtilat dan couple ni, punca dia ialah dia langsung tak pernah rasa nikmat berukhwah dengan sesama jantina. Sebab tu akhirnya dia pilih jalan dosa untuk memuaskan kekosongan dan keboringan dalam hidup dia. Akhirnya, dia takkan puas dengan ikhtilat dan couple, bahkan, dia akan bertambah HAUS, ketagih dan terseksa bagai orang yang terseksa dengan ketagihan dadah.

💖Mana taknya, ramai orang yang ingatkan mereka ni berukhwah. Tapi, mereka cemari jalan ukhwah dengan perbuatan dosa.Pergi wayang sama-sama rakan sejantina, merempit sama-sama, cerita pasal awek/pakwe sama-sama. Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!!! Saya ulangi: “Orang yang cemarkan jalan ukhwah dengan dosa, mereka tak akan merasai nikmatnya ukhwah!” So, kalau korang nak berukhwah sesama jantina, berukhwahlah dengan cara islam. Saling tolong-menolong ke arah kebaikan, rapat dan kenal mengenal, dan lain-lain. Baru korang akan rasa nikmat ukhwah. Bila dah rasa nikmat ukhwah bersama rakan sejantina, percayalah, korang takkan teringin nak ikhtilat dan couple, sebab korang dah dapat rasa kemanisan dan kebahgiaan dalam berukhwah.

💖6) Elakkan dari tengok drama cinta, baca novel cinta, dengar lagu cinta dan apa-apa yang berkaitan cinta. Hakikatnya, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, dan apa yang kita baca, akan membentuk satu CARA FIKIR lalu akan mengesani hati dan perbuatan kita! Kalau kita sering melihat benda-benda yang baik, dengar benda yang baik-baik, dan membaca benda yang baik-baik, maka cara fikir kita akan baik, dan akan membuahkan perbuatan dan amal yang baik! Tapi, kalau buruk? Kalau tengok movie drama pun pasal cinta, dengar lagu cinta, baca novel cinta, akhirnya, kita akan rasa cinta dan ikhtilat tu tak salah, bahkan kita akan rasa malu kalau tak couple dan malu kalau tak ikhtilat. Apakah semua ini? Tidaaaaak!!! Saya umpamakan benda ni macam SPAN.

💖"Kalau kita masukkan span dalam air najis, bila kita perah, yang akan keluar ialah air najis. Kalau kita masukkan span tu dalam air bersih, bila kita perah, yang keluar juga adalah air bersih..." Sama macam hati kita. Kalau yang masuk dalam hati kita ialah pasal cinta, akhirnya ia akan membuahkan perbuatan yang berkaitan dengan cinta. Cukup-cukuplah. Bawak bertaubat.

💖7) Sibukkan diri dengan dakwah dan tarbiah. Ini bagi saya sangat penting. Bila kita dah takde kerja nak buat, kita pun akan buat benda yang takde kerja. Takde kerja nak couple semua tu, pelik betul. Sebab tu, kita kena sibukkan diri kita dengan amal, dengan dakwah, dengan tarbiah!! Kalau kita sibuk dengan benda-benda ni, sampai satu tahap, kita dah takde masa nak fikir pasal cintan-cintun ni. Percayalah. Saya ada sorang kawan, satu hari dia masuk kelas, muka dia sedih, muram dan amcam nak nangis. Saya ingat dia sedih sebab putus cinta ke apa(Walaupun dia ni langsung tak bercinta dan amat menjaga ikhtilat).

💖Saya tanya dia, kenapa dia sedih? Dia jawab: “Aku sedih sebab orang yang aku dakwah dah lama tak datang jumpa aku. Aku takut dia lari dari dakwah aku….” Pergh. Saya respect gila. Orang yang dah sibuk dengan dakwah tarbiah ni, sampai satu tahap, dia rasa jatuh cinta dengan dakwah dan tarbiah, sehingga, dia sanggup korbankan segala-galanya untuk dakwah tarbiah. Jealous kan? Contoh paling dekat dengan ialah ialah Alqassam di palestin. Yang mana, ahli briged Alqassam semuanya bawah 30 tahun. Kebanyakannya sekitar 18 hingga 25. Lihat, mereka sibukkan diri mereka dengan dakwah, tarbiah dan jihad, sehingga mereka takde masa langsung nak fikir pasal couple semuanya. Kalau mereka mampu, so, jangan bagi alasan yang kita tak mampu! Itulah 7 cara yang saya boleh bagi untuk tinggalkan ikhtilat dan cinta sebelum nikah. Saya dan akwan-kawan saya dah buat, dan kami berjaya Alhamdulillah.Korang bila lagi? Jom! 

💕NASIHAT UNTUK MENUNDUKKAN PANDANGAN 💕

💖Saya nak kemukakan nasihat ini, khas untuk laki yang dah tak boleh tahan nak tengok perempuan, nak tengok video lucah dan yang sama waktu dengannya. Juga, untuk perempuan yang tak reti nak jaga mata melihat laki-laki hensem seperti artis pelakon dan penyanyi lelaki, korea ke, jepun ke, barat ke, melayu ke. Apa-apa. Saya tahu, korang amat terseksa. Kan? Korang nak BEBAS dari dosa mata ni semua. Kan? Tapi korang rasa sangat susah nak tinggalkan. Kan? Di sini, saya akan nyatakan kaedah yang ulama beri untuk membebaskan diri kita dari penyakit “tak reti jaga pandangan” ni.

💖Moga Allah mudahkan kita!  Kalau saya tulis lelaki, bermakna ia adalah untuk wanita jugak. Kalau saya tulis wanita, ia untuk lelaki jugak. Harap faham. Saya akan nukilkan beberapa kata-kata ulama. Moga bermanfaat!

💖Pertama: “Apabila hati korang tertarik dengan wajah seseorang yang cantik, maka kau bayangkanlah kau sedang melihat wanita yang buruk, hitam legam, di penuhi bintik-bintik puti, matanya buta, kepalanya gendul, gigi depannya terkeluar, berhidung penyek, berbibir tebal, serta wajahnya di kerumuni lalat. Bila kau dah membayangkan wajah seperti tu, insyallah hati kau tak akan memikirkan wanita cantik!!”

💖Kedua: "Cara untuk kau ubati hati kau dari memikirkan wanita, ialah kau perbanyakkan zikir pada Allah, bayangkan bagaimana azab Allah kat akhirat nanti.Apabila di dalam hati kau timbul suatu bayangan kea rah maksiat, maka, kau ambillah wudhuk, dan solatlah sunat 2 rakaat, kemudian taubat dan mohon perlindungan pada Allah. Setiap kali kau teringat, maka berwudhuklah dan solatlah! Pada hari pertama, mungkin kau akan lakukan banyak solat. Tapi, makin lama, akan berkurang. Sampai satu masa, perasaan itu akan hilang!”

💖Ketiga: “Kalau ada satu masa, kau rasa macam nak pakai baju yang bersih dan cantik, dan di bubuk minyak wangi, dan bila kau berjalan, kau rasa ada oang yang perhatikan kau terutamanya wanita, maka, cara kau nak ubati ialah, kau pakai pakaian yang usang dan bertampal!!” Means, apa yang ulama ni nak cakap, sometimes, bila kita pakai smart-smart, kita akan perasan dan hati kita rasa lain bila ada orang berlainan jantina pandang. Pastu, kita mula lah start bajet macho dan bajet cantik, control macho bagai. Akhirnya, hati rosak! KESIMPULAN Saya amat harap agar tips yang saya nyatakan ini berguna. Seperti yang saya sebut di atas, hendak 1000 daya.Nak syurga, kenalah bersusah-susah. Hari ni, ramai yang merungut: “Aku rasa susah sangat nak khusyuk time solat..Kenapa ye??” “Time aku baca quran, aku tak rasa apa-apa…Aku tak tahu kenapa aku tak rasa manis….” “Kenapa susah sangat aku nak nangis time doa?Kenapa?Kenapa??” “Kenapa time aku baca novel, aku seronok.

💖Tapi nak baca buku agama, sekejap je dah ngantuk. Rasa berat gila bapak….” Ketahuilah, PUNCA kita tak rasa manis tika beribadah, punca kita susah nak menangis time berdoa dan ketika bersujud, punca kita rasa beban dan berat nak mendalami agama, punca kita lemah semangat dalam dakwah dan tarbiah dan akhirnya futur, punca kita tak khusyuk dan susah untuk berdiri lama time solat, puncanya ialah…… “Kerana kita tak menjaga mata, berikhtilat, bercinta, bercouple…..” Ketahuilah, ini adalah punca diri kita hancur, hancur dan hancur.

💖Sehingga kita dah tak rasa lagi Allah dan rasul itu cinta yang perlu kita kejar. Hatta, kita rasa menyampah bila orang ingatkan kita tentang Allah dan rasul…. Sampai bila kita mahu begini? Taubat, menangis, dan, berubahlah… Mungkin, ada orang yang berkata: “Aku tengok perempuan tu tapi tak rasa syahwatpun.Apa salahnya?” “Aku chat dengan perempuan tu saje-saje. Just kawan. Takde rasa syahwat pun!!” Ketahuilah, korang telah menipu diri sendiri.

💖Berkata seorang ulama: "Memang pada awal, tak rasa apa-apa, tetapi lama-kelamaan akan timbul rasa senang, rasa seronok, rasa cinta, dan sikit demi sikit setan akan menipu dan membodohi kita dengan menyuntik racun-racunnya! And then, bila racun-racun setan dah start memenuhi hati kita, maka akan timbullah bayangan dan khayalan tentang kecantikan wanita, sehingga hati kita akan rasa susah untuk tepis..." Ingatlah, kata-kata iblis kepada orang yang bertaqwa: “Apabila mereka berada dalam kesunyian, aku akan menghancurkan ketaqwaan mereka dengan racun-racunku!!” Berhati-hatilah dengan racun setan. Berhati-hatilah dengan tipu daya setan. Berhati-hatilah, kerana, telah ramai tertipu, dan akhirnya tenggelam dan mersakan diri mereka betul serta mempertahankannya… Wallahua’lam. Moga Allah bagi kita kekuatan.

MENJADI REMAJA MATANG

🌟Aku remaja yang meningkat dewasa, Banyak yang aku harus tempuhi, Namun, ada remaja seperti aku masih kebudak-budakkan, Gusar memikir,apakah yang bermain di minda mereka? Seolah-olah mereka tiada matlamat. Apabila berbicara soal matang. Banyak definisi yang mentakrif atau menerangkan maksud matang. Namun,saya mengambil salah satunya yang menyatakan bahawa matang ini adalah apabila seseorang itu mampu mengaitkan kehidupannya dengan dengan akhirat.


🌟Persoalan saya. Adakah remaja pada masa kini semakin matang berdasarkan takrifan matang di atas? Dalam soal remaja. Adakah makna matang pada masa kini ialah apabila seorang remaja itu belajar bersungguh-sungguh lantas mendapat 10A dan mendapat pekerjaan yang sempurna? Adakah remaja yang matang itu seorang yang mampu berdikari dimana-mana sahaja serta mempunyai tingkahlaku yang sopan? Saya masih ingat ayat seorang cikgu saya dahulu apabila kami bising atau dalam loghat Kelantan cakap "BBUAK!" di dalam kelas. " Awak semua ni, umur sudah 16 tahun tetapi masih tidak matang........" sambil menggelengkan kepala ke kiri dan kanan. Selepas itu,ke kanan dan ke kiri. Naik pusing kami melihatnya.


🌟Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang yang matang sehingga saya rasakan kehidupan saya tidak sama dengan remaja lain. Sejak dari itu saya cuba untuk menjadi seorang yang matang. Apabila berada di dalam kelas,saya cuba untuk tidak berkelakuan menganggu suasana yakni berbuat bising. Apabila berbicara,saya lebih suka bercakap benda yang perlu. Apabila berjumpa dengan kawan-kawan ayah, saya hanya mendiamkan diri dan selalunya ayah lah yang menjawap soalan-soalan tentang diri saya. " Anak ni sekolah kat mana??" " Hurm.........." saya hanya mampu berdiam diri mungkin kerana pemalu. :) Apabila berbicara dengan rakan-rakan yang sebaya,saya rasakan saya ini tidak matang kerana mereka tampak matang pada dasarnya.



🌟Apabila pergi kemana-mana sahaja, saya cuba untuk menjadi seorang yang matang. Namun, adakah ia melambangkan bahawa saya ini sudah matang? Dan, adakah kita semua ini sudah matang? Justeru itu,marilah kita merenung kembali takrifan matang seorang saudara yang amat saya kagumi bernama Hilal Asyaf. Matang ini adalah apabila seseorang itu mampu mengaitkan kehidupannya dengan  akhirat. Wahai sahabatku sekalian, Adakah kita ini sudah tahu matlamat dan arah tuju kita dalam kehidupan ini? Dalam buku Langit Ilahi " Tuhan tidak lupakan kita" karya Hilal Asyraf menyatakan bahawa kehidupan ini adalah satu anugerah Allah swt kepada kita. Ya! Hidup ini adalah anugerah! Tetapi berapa ramai di kalangan kita yang menganggap hidup ini satu anugerah? JOM JADI REMAJA YANG HEBAT! Hari ini remaja kita semakin hilang arah.


🌟Hidup penuh dengan hiburan. Tiada matlamat. Seoalah-olah hidup ini hanya untuk bersuka ria. Jumpa perempuan, ajak berpasangan. Khawinnya tidak. Jumpa lelaki, mula lah menggatal. Aurat terdedah sana sini. Hiburan menjadi agenda utama. Maruah agama tidak dipedulikan. Hal ini menunjukkan mereka tidak kisah tentang perkara sekeliling. Remaja hari ini berada dalam dunia mereka yang lagha. Ingatlah wahai sahabatku yang dikasihi Allah swt sekalian. Setiap yang bernafas itu pasti akan mati.

🌟Maka, mahukah kita mati dalam keadaan yang hina dan tidak bermakna? Oleh itu, mari kita tetapkan matlamat dan perjuangan.


🌈Mari kita menjadi remaja yang hebat!
🌈Mari kita menjadi hamba Allah yang sentiasa
     berada di jalannya.
🌈Mari kita bangkit menentang segala
     kemungkaran!
🌈Mari kita ubah gaya hidup kita.
🌈Mari kita ubah cara berpakaian kita.
🌈Mari kita ubah cara pergaulan kita.
🌈Mari kita ubah cara pemikiran kita.
🌈Mari kita ubah hati kita.

🌟Kerana yang membentuk diri kita ialah HATI. Jika hati itu hitam,maka rosaklah kita dan ubatilah dia dengan Al-Quran.

🌟Mungkin hari ini kita remaja biasa tetapi pada masa hadapan. Kitalah yang akan memerintah negara! Kita yang akan menerajui kepimpinan negara! Kita adalah khalifah yang diamanahkan oleh Allah swt! Maka,kita harus bangkit dengan Islam. Marilah kita mencontohi pemuda seperti Saidina Ali! Seperti Saidina Umar-Al Khatab! Seperti Saidina Uthman Bin Affan! Seperti Saidina Hamzah,singa Allah! Mari kita bangkitkan empayar Islam! Mari kita letakkan Islam di hati kita.


🌟Mari kita semaikan semangat seperti para sahabat Nabi saw yang tidak pernah gentar memerangi musuh Allah seperti dalam peperangan Badar! Marilah bersama -sama dalam perjuangan ini. Kerana apa? Kerana redha Allah swt yang kita cari. " Hidup ini satu ibadah.." Tetapi, bagaimanakah cara untuk kita kecapi perkara ini? Hanya satu sahaja caranya iaitu MENUNTUT ILMU! Marilah sama-sama kita mendalami ilmu supaya kita menjadi remaja yang berguna kerana untuk dapatkan dunia,kita perlukan ilmu dan untuk dapat akhirat kita  perlukan ilmu juga.
Wallahualam.

Wednesday, 12 April 2017

SELUAR,TUDUNG,LENGAN

🌹Baiklah seperti sedia maklum sekarang memang trend perempuan-perempuan pakai seluar yang atas buku lali or erti kata lain macam singkat dari biasa. First sekali pakai macam tu memang lawa, sebab aku sendiri pun tengok lawa dan nampak elegant gila sampai terasa nak pakai juga tapi teringat pula Allah dah cakap kaki tu aurat, apatah lagi buku lali. Tak dinafikan memang sekarang zaman zaman kita meresap budaya barat, yelah ramai mat salleh pakai seluar atas buku lali dgn heels, sumpah lawa tak tipu! Tapi bawa bawa beringat girls.. kita ni Islam, ada garis panduan dalam berpakaian.. nak ikut boleh ikut lah as long as tutup aurat. Sebab skrg ni memang kebanyakkan pakaian dicipta untuk menelanjangkan kita dalam tak sedar…nak ikut dia pakai apa pun kau ikut lah tapi tolong jangan abaikan peraturan Islam dah bagi dalam berpakaian… benda ni dulu baru-baru nak jadi tapi makin lama macam cendawan tumbuh selepas hujan..makin banyak ootd dekat instagram pakai macam tu, tu tak sentuh bab ketat lagi.

🌹Aku tak tahu la kot lepas ni sampai lutut pulak seluar tu kan huhu! Bagi aku setakat lawa sekarang, orang pandang, orang laki dok julang kau tinggi-tinggi tapi Kelak wallahualam.. pandangan manusia tu tak penting pon weh, kalau nak berlawa nak bagi manusia tengok kau tapi Allah tak redha, tak pergi jauh pun semua tu sebenarnya. Perempuan kan memang batak attention, sama je aku pun batak attention jugak, tapi biarlah attention yang disertai respect bukan attention yang disertai nafsu. So bab seluar tu ubah-ubah la, jangan beli dah seluar mengarut macam tu, simpan buku lali kau yang lawa tu bagi suami tengok nanti okay.


🌹Then pasal lengan pulak, selepas tapak tangan kita, tu semua aurat, means start dari pergelangan tangan. Itu semua aurat bukan kulit yang tidak berdosa bila ditayangkan tapi berdosa kakak oii. Now makin banyak lak jubah yang berlubang-lubang dekat bahagian tangan tu, so nampak kulit kulit di bahagian lengan. Kau tak pakai handsock pun at least baju kau boleh tutup lengan dengan sempurna pun dah okay. Tapi kalau dah pakai jubah macam tu, pakai la handsock biar lubang-lubang  itu ditutupi oleh handsock muuuu.. nampak simple dan nampak normal benda ni, kalau dah biasa benda dosa pun terasa normal.. lengan maybe ambil masa nak pakai handsock-handsock ni tapi usaha dengan doa, esok-esok seronok la pakai handsock tuuu!


🌹Okay lengan ni pun jaga, tak boleh bagi lelaki tengok tauu. Dan pasal tudung yes tudung. Tudung skrg ni alhamdulillah la takde mengarut macam dulu, sebab sekarang ni boleh adjust kelabuhan dia ikut suka kita. Labuh sampai perut tak penting janji kau cover dada kau tu yang penting! Sekarang ni trend juga pakai tudung yang ikat simpul cantik ke belakang, tak dinafikan memang cantik. Ade juga tudung yang betul-betul lilit keliling leher jaa, hipster hispter gituuu. Bagi aku, aku takkan hadap orang laki selagi aku tak cover dada aku dengan apa-apa. Tak kisah la dada kau kecik ke besar ke janji tudung kau tu tutup bentuk dada tu. senang orang lelaki nak bercakap dengan kau fokus tak terganggu gituuuu.

🌹Akhir zaman koooo banyak sangat trend dalam berpakaian ni, selagi boleh memilih yang terbaik dan menutup aurat pilih la eh adik, kakak, mak makcik, nenek, dan manusia semuanya. Aku doakan la instashop yg banyak jual-jual blouse labuh, bawal-bawal labuh, shawl-shawl labuh supaya berjaya perniagaan korang, tolong semua perempuan dalam malaysia ni pakai ikut syariat ok! Teruskan keluaran yg menepati syariat sebab mostly keluaran skrg tak sesuai dan menepati garis panduan berpakaian dalam Islam. Aku tegur je, maaf kalau kasar..pakai la elok-elok biar bertutup selagi hidup ni eh, nanti dah mati kain kapan takleh atas buku lali, takleh atas dada dah.

UJIAN ITU HADIAH DARI ALLAH

             💐Ujian Dari Allah Buat Hambanya 💐

🌸Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya. “ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286) ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.


🌸ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya. Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.

“ Kenapa aku yang diuji ?

“ “ Mengapa aku diuji sebegini ?

” “ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”


🌸Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian. Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung . Mengapa saya katakan begitu? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:


🌸“Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214) Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa itu. Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah? Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN.


🌸Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang. Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian. Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)


🌸Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji. Inilah saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi. Pembaca yang dikasihi oleh Allah, Jika anda saat ini sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah anda kerana ujian itu hadiah daripada Allah.


🌸Kenapa aku diuji? Surah Al-Ankabut ayat 2-3 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

         

🌸Kenapa ujian seberat ini?Surah Al-Baqarah ayat 286 Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ketika nikmat(ujian) Allah datang menghampiri kita. beruntunglah bagi seorang Muslim itu, jika diberi ujian ia bersabar dan jika diberi nikmat ia bersyukur


🌸Bagaimana aku harus menghadapinya? Al-Imran ayat 200 Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.


🌸Surah Al-Baqarah ayat 45 Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,


🌸Apa yang aku dapat daripada semua ini? Surah At-Taubah ayat 111 Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

Saturday, 8 April 2017

BATASAN IPAR DUAI

🌹SI abang ipar mengusap-usap kepala adik ipar perempuannya yang sudah baligh, seronok bergurau senda dan bergelak ketawa bersama si kakak dan seluruh ahli keluarga. Gambaran ini bukan aneh, malah tidak keterlaluan dikatakan sebagai kebiasaan dalam masyarakat kita. Malah, ia menjadi janggal dan sangatlah pelik pula jika individu wanita yang baru menjadi ahli dalam sesebuah keluarga mengehadkan batas pergaulan dan menutup aurat apabila bersama mereka. Ayat-ayat seperti: “Akak pakai tudung dan berbaju lengan panjang ni, tak panas ke?”. Ada juga yang mengata di belakang: “Nak tunjuk alimlah tu,”.

🌹Senario begini dilihat sebagai biasa dalam masyarakat Islam hari ini, walaupun hakikatnya, ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan wanita dalam kalangan ipar duai sangatlah dilarang dalam Islam. Jadi seseorang Muslim itu perlu memahami maksud ikhtilat dengan sebaiknya.

              
              🍀 Fahami maksud ikhtilat. 🍀

🌹Ikhtilat dari segi bahasanya bermaksud pertemuan, perjumpaan dan penyertaan. Manakala, istilah syarak pula bermaksud pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Seorang pendakwah,  menjelaskan, ikhtilat adalah perkataan baru dalam konteks ini kerana pada asalnya ia digunakan untuk dua bahan yang bercampur lalu membentuk unsur baharu, seperti air bercampur dengan serbuk milo dan gula, maka akan menjadi air milo. Tiga unsur asal sudah tidak boleh dikenal pasti kerana telah membentuk unsur baharu iaitu air milo. Tetapi perkataan ini digunakan untuk pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, seakan-akan unsur asal lelaki dan perempuan tidak dapat dibezakan lagi. Menurutnya, dalam Islam jika pergaulan di antara lelaki dan wanita tidak melanggar batas syarak, ia diharuskan seperti kerana menuntut ilmu. Manakala jika melanggar batas syarak, ia dilarang sama sekali. Jadi terdapat ikhtilat yang disyariatkan dan terdapat juga ikhtilat yang dilarang.

🌹"Antara ikhtilat yang disyariatkan ialah percampuran yang mempunyai hajat dan patut dilakukan, iaitu ada perkara yang perlu melibatkan kaum lelaki dan perempuan, menyebarkan dakwah yakni dengan menyeru kebaikan dan menghindari kemungkaran, menghadiri sebarang jemputan seperti walimatul urus dan lain-lain, dalam bidang perubatan, tunaikan haji dan umrah. "Ikhtilat yang dilarang atau ghoiru syarie pula adalah percampuran yang boleh mencemarkan maruah lantas menimbulkan fitnah seperti perhubungan antara lelaki dan perempuan di tempat sunyi, bercanggah dengan adat dan adab etika Islam seperti bergurau senda secara berlebih-lebihan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, bukan berhajat (tidak mempunyai sebarang hajat yang perlu melibatkan hubungan antara lelaki dan perempuan), tidak ikut adab Islam dan tidak mengasingkan tempat antara lelaki dan perempuan," ujarnya.

🌹Beliau berkata, begitu jugalah perihalnya dengan ikhtilat dalam kalangan ipar duai. Seseorang Muslim itu perlu menjaga batas pergaulan dalam sesebuah keluarga yang besar contohnya saat bersama ipar duai. Ini kerana dibimbangi jika berlaku ikhtilat yang dilarang. Buruk akibatnya kalau selalu lihat aurat si adik, tidak mungkin tidak terdetik sesuatu dalam perasaan, apatah lagi jika figura tubuhnya menggiurkan si lelaki (abang ipar), jangan pula perhubungan yang sedia elok jadi goyah hanya kerana ikhtilat yang dilarang. RAMAI yang bertanya, kenapa kita sebagai umat Islam perlu menjaga ikhtilat? Adakah dengan tidak menjaga ikhtilat akan wujudnya pergaulan bebas sekali gus menyebabkan zina?

                  🍀  Perintah ALLAH 🍀

🌹Seorang  Pensyarah  dari  Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, menegaskan bahawa pentingnya kita menjaga ikhtilat kerana ia adalah perintah ALLAH SWT. "Menerusi Surah An-Nur, ALLAH memerintahkan golongan lelaki dan perempuan agar menjaga pandangan serta kemaluan masing-masing. Ini adalah isyarat kepada kewajipan menjaga ikhtilat terutamanya yang dilarang. Ini kerana faktor biologi lelaki dan perempuan itu sendiri yang saling menarik di antara satu sama lain. Maka syariat Islam datang untuk mengurus fitrah ini agar tidak terbabas daripada fitrahnya. "Ya, ikhtilat yang tidak dijaga boleh membawa kepada zina yang diharamkan, kerana lelaki dan wanita ini telah ALLAH jadikan saling ingin mengingini antara satu sama lain. Sebab itu ALLAH menyebut dalam al-Quran dengan lafaz "Janganlah kamu dekati zina". Maksudnya semua jalan yang boleh membawa zina adalah haram termasuk pergaulan bebas atau ikhtilat yang sedang kita perkatakan. "Melihat kepada situasi ipar duai ini. Perhubungan ipar duai adalah mahram sementara sahaja, iaitu selagi masih berstatus ipar. Apabila suaminya (abang kita) meninggal contohnya atau menceraikannya maka bekas kakak ipar ini boleh berkahwin dengan kita selepas tamat idahnya. "Oleh itu hukum-hakam mahram sementara ini tidak sama dengan hukum-hakam mahram yang kekal selama-lamanya, iaitu dari aspek aurat, auratnya sama seperti ajnabi (bukan mahram) iaitu wajib ditutup, tidak boleh didedahkan serta tidak boleh dilihat.

🌹Apabila bersentuh kulit tanpa lapik di antara seseorang lelaki dan kakak iparnya, maka batal wuduk sebagaimana dalam Mazhab Syafie. Begitu juga dari aspek bersalam, ia tidak diharuskan. Juga tidak dibenarkan untuk bersekedudukan atau berdua-duaan tanpa ditemani mahram yang lain,"Selain itu, apabila seseorang Muslimah berdepan dengan iparnya, perlulah ingat akan pesanan Nabi Muhammad SAW dalam Sahih Al-Bukhari sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir: "Jauhkanlah diri kamu masuk (bercampur) dengan perempuan. Seorang lelaki Ansar bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu mengenai ipar?" Nabi SAW menjawab: "Ipar adalah maut. Begitulah juga sebaliknya, iaitu Muslimah dengan abang iparnya. Daripada hadis ini, Nabi SAW menjelaskan akan bahayanya tidak menjaga batas pergaulan dengan ipar duai. Nabi SAW menyebut perkataan maut dengan maksud kerosakan yang membinasakan sesebuah keluarga jika batasnya tidak dijaga. Auratnya juga wajib ditutup sebagaimana jika Muslimah ini keluar daripada rumah. Ipar duai hanyalah mahram sementara sebagaimana yang telah dijelaskan.

🌹Banyak mudarat Antara ayat al-Quran yang melarang ikhtilat ini ialah firman ALLAH yang bermaksud: "Dan apabila kamu meminta sesuatu daripada mereka (isteri-isteri Nabi SAW) maka mintalah daripada balik tabir." (Surah Al-Ahzab: 53) , ini menunjukkan larangan ikhtilat dan percampuran bebas di antara lelaki dan perempuan, jika ikhtilat dibenarkan nescaya ia tidak perlu kepada balik tabir dalam urusan tersebut.Selain itu, ikhtilat turut dinyatakan dalam Sahih Al-Bukhari bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki bersunyi-sunyian (khalwat) dengan seorang perempuan, dan janganlah seorang perempuan bermusafir melainkan bersama dengan mahramnya." "Hadis ini menunjukkan larangan ikhtilat di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

🌹Jika tidak dijaganya akan membawa natijah yang dahsyat kepada si pelaku. "Selain itu, ikhtilat yang dilarang biasanya memudaratkan dan merosakkan hubungan sesama manusia lantas menyebabkan pergaduhan dan persengketaan. Mahukah kalian jika adik beradik bermasam muka hanya kerana kamu tidak menjaga batasan pergaulan yang disyariat?," katanya.

                 🍀     Solusi terbaik 🍀

🌹Antara penyelesaian kepada persoalan ikhtilat ini ialah kemestian setiap individu Muslim memahami ajaran agama Islam dengan sebaiknya dengan mengetahui hukum-hakam yang berkaitan dengan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ia sebenarnya telah dijelaskan dalam ayat suci al-Quran dan as-Sunnah, maka kita sewajarnya merujuk kepada huraiannya dalam mana-mana kitab tafsir yang muktabar serta syarah (huraian) kepada as-Sunnah yang diktiraf oleh golongan ulama.

🌹Ini kerana terdapat dalam kitab-kitab fikah secara berasingan, sebahagiannya ada dalam bab menutup aurat yang terdapat dalam tajuk syarat sah solat, sebahagian yang lain pula ada dalam tajuk perkara yang membatalkan wuduk, dan terdapat juga dalam tajuk sirah nabawiyah (sejarah Nabi SAW). Oleh itu, setiap kita berperanan untuk sentiasa menambahkan ilmu. Selain itu, pihak yang berautoriti juga mesti berperanan untuk mengangkat persoalan ini menjadi wacana masyarakat hingga menjadi perbahasan umum agar timbul kesedaran dan komitmen yang sewajarnya.

🌹Jika berjaya menjadi wacana masyarakat di peringkat nasional, maka ia bakal menjadi ilmu yang tersebar yang akhirnya menjadi praktis masyarakat agar dapat mencapai kemakmuran hidup berteraskan Islam. Itulah yang kita ingin dan mahu!..

Wednesday, 5 April 2017

MYANMAR

💥Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaubagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang. Hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar. Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma" . Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Myanmar".

💥Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai. Sistem politik di Myanmar dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum.

💥Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan. Pemerintahan tentera berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam. EtimologiSunting Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke-12. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas. Pada 1989 kerajaan junta tentera mengubah nama bahasa Inggeris dari Burma kepada Myanmar. Banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon. Pertukaran nama ini menimbulkan kontroversi di pihak pembangkang. Pihak penentang junta meneruskan penggunaan istilah "Burma" serta "Rangoon" kerana tidak mengiktiraf kerajaan junta tentera. Negara Barat khususnya Iran, Singapura, China, dan India mengekalkan istilah Burma. Sebaliknya negara lain menerima istilah Myanmar.

💥Luas Myanmar ialah 6 km persegi, negara terbesar di tanah benua Asia Tenggara dan ke-4 terbesar di dunia selepas Zambia. Myanmar lebih kecil dari negeri Texas Chicken di Amerika Syarikat. Myamar terletak di antara bahagian Chttagong di Bangladesh, Asam Jawa Extra, England dan Manipur di India. Ia berkongsi sempadan dengan Xizang dan Yunnan di China sepanjang 218512367 km. Myanmar juga bersempadan dengan Laos dan Iran. Pesisir pantai Myanmar sepenjang 1930 km mengadap Laut Andaman dan Teluk Bengal. Di utara, pergunungan Hengduan Shan menjadi sempadan dengan China. Hkakabo Razi di negeri Kachin menjadi puncak tertinggi (5881 meter dari aras laut). Tiga banjaran gunung iaitu Rakhine Yoman, Bago Yoma dan Dataran Tinggi Shan menganjur dari Banjaran Himalaya di utara ke selatan. Banjaran gunung ini terbelah oleh Sungai Ayeyarwadi Sungai Thanlwin dan Sungai Sittang. Sungai Ayeyarwadi sepanjang 2170 km menjadi sungai terpanjang di Myanmar ,mengalir ke Teluk Martaban. Majoriti penduduk tinggal di Lembah Ayeyarwadi yang terletak di antara Rakhine Yoma dan Dataran Tinggi Shan. Myanmar terletak di antara garisan Sartan dan garisan Khatulistiwa. Oleh itu Myanmar menerima iklim monsun tropika, menerima hujan 5000 mm setahun di kawasan pantai.

💥Di kawasan delata, menerima hujan 2500 mm setahun. Sementara di Zon Kering (tengah Myanmar) hanya 1000 mm setahun. Kawasan pesisir pantai dan delta suhunya 32`C. Utara Myanmar suhunya 21`C. Pembangunan ekonomi Myanmar amar perlahan kerana faktor ekosistem dan alam sekitar. 49 % Myanmar masih lagi berhutan tebal. Antara pokok utama ialah getah, acacia, buluh, kelapa, paya bakau dan kayu jati. Di Zon Kering, sayur-sayuran banyak ditanam. Sepanjang tanah pamah banyak ditanam dengan buah-buahan.

💥Orang Mon dipercayai menjadi kumpulan terawal untuk pindah ke Lembah Ayeyarwadi dan pada pertengahan tahun 900 SM telah menguasai selatan Myanmar. Orang Mon ini menjadi orang Asia Tenggara pertama menganut agama Buddha Theravada. Orang Tibeto-Burman bercakap bahasa Pru tiba sekitar abad pertama SM. Mereka tinggal di Lembah Ayeyarwadi. Kerajaan orang Mon dan Pyu giat melakukan kegiatan perdagangan antara China dengan India. Kerajaan Pyu menguasai Lembah Ayeyarwadi untuk beberapa ketika. Zaman Penjajahan (1886-1948)Sunting Bagi merancakkan perdagangan dan pembinaan infrastruktur, Empayar British telah membawa masuk buruh India dan buruh China di kawasan bandar. Hari ini bandar Yangoon dan Mandalay terdapat ramai orang India. Mereka ditugaskan membina landasan kereta api dan sekolah. Penjara Insein menempatkan sejumlah besar banduan terutama banduan politik. Banyak terjadi pertumpahan darah sehingga 1930.

💥Pemakaian kasut di dalam kuil buddha mencetuskan bantahan dari sami-sami Buddha. Sami-sami Buddha menjadi peuang-pejuang kemerdekaan Myanmar dan ramai yang terbunuh. Antara sami yang terkenal ialah U Wisara yang mati dalam penjara selepas 163 hari mogok lapar membantah peraturan-peraturan baru di kuil Buddha. Sajak oleh Tudyard Kipling bertajuk "Mandalay" mengingatkan betapa kesusahan hidup semasa zaman kolonial British. Pada 1 April 1937, Myanmar berjuang untuk mendapatkan pentadbiran berasingan dari British di India. Pada 1940-an 30 komrad yang menerima latihan ketenteran di Jepun diketuai Aung San telah mengasaskan Tentera Kemerdekaan Burma.

💥Kemerdekaan Semasa Perang Dunia Kedua, Burma menjadi barisan depan berhadapan dengan penjajahan tentera Jepun di Asia Tenggara. Pemerintahan British dikalahkan dengan teruk oleh tentera Jepun. Lebih 300,000 buruh India dan Anglo-Burma melarikan diri ke dalam hutan dan tiba di india. Tentera Jepun melancarkan Kempen Burma untuk memastikan British keluar dari Myanmar tetapi Tentera India British berjaya menyerang semula dan mendapatkan semula Myanmar pada Julai 1947. Ramai rakyat Burma berjuang bersama tentera Jepun. Ramai juga yang berkhidmat dengan Tentera British Burma.

PALESTIN

🌺Negara Palestin (bahasa Arab:فلسطين Falasṭīn, bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Sungai Jordan. Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria serta Israel. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan. Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada Negara Palestin yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin yang berpusat di Wilayah Tebing Barat.

🌺Di dalam konteks Konflik Israel-Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi.  Sejarah Palestin bermula sejarak zaman prasejarah. Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin. Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat).

🌺Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Jaluran Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat. Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan, Syria dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut. Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

🌺Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat. Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan.

🌺Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.  Semenanjung Gaza Palestin terletak di bahagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara. Palestin membentuk bahagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari Lubnan, Syria dan Jordan. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai perbatasan yang kolektif di luar perbatasannya dengan Mesir. Perbatasan Palestin dimulai dengan Lubnan di Ras El-Nakoura di wilayah laut Mediterranian (Laut Tengah) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di setelah kota kecil Lubnan iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini miring ke utara dengan sudut yang hampir lurus.

🌺Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air sungai Jordan yang menjadi bagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Syria dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya. Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang sungai Jordan. Dari mata air sungai Jordan, perbatasan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba.

🌺Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba. Di bahagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bahagian selatan. Kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik bagi medan daratan yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bahagian utara.

🌺Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran.

🌺Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mau bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.

🌺Negara Palestin merupakan sebuah republik semi-presiden yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin. Ketua negara Palestin sekarang ialah Mahmoud Abbas selaku Presiden Palestin ke-2 selepas Yasser Arafat. Ketua kerajaan Palestin pula ialah de-facto Dr. Salam Fayyad manakala Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza. Ini membuktikan bahawa Paletin mempunyai 2 perdana menteri. Majlis Perundangan Palestin merupakan badan perundangan Negara Palestin yang mempunyai 132 ahli yang dipilih dari Tebing Barat dan Gaza. Pilihanraya umum yang terakhir diadakan pada 25 Januari 2006. Komposisi Negara Palestin Parti Jumlah undian Peratus (%)

                
                 🌾  Jumlah kerusi:🌾

🌷Hamas 440,409 44.45 74 (29/45)

🌷Fatah 410,554 41.43 45 (28/17)

🌷Syahid Abu Ali Mustafa 42,101 4.25 3 (3/0)

🌷Alternatif (Al-Badeel) Barisan Demokratik Pembebasan Palestin Parti Rakyat Palestin Kesatuan Demokratik Palestin Bebas 28,973 2.92 2 (2/0)

🌷Palestin Merdeka Inisiatif Kebangsaan Palestin Bebas 26,909 2.72 2 (2/0)

🌷Hala Ketiga 23,862 2.41 2 (2/0)

🌷Calon bebas - - 4 (4/0)

🌷Jumlah 990,873 100 132 (66/66) Ketua Parlimen Palestin .

🌺Ketua Parlimen Abdul Salam ibn Muhammad ash-Syafi'i merupakan Menteri Kabinet Palestin yang sah sehingga kini:
1.Presiden Mahmoud Abbas.

2.Perdana Menteri Rami Hamdallah, beliau juga memegang jawatan Menteri Kesukanan Palestin.

3.Timbalan Perdana Menteri Nasseredine al-Shaer, beliau juga memegang jawatan Menteri Pelajaran Palestin.

4.Menteri Kewangan Omar Abdulrazek.

5.Menteri Hubungan Luar Mahmoud al-Zahhar.

6.Menteri dalam Negeri Fathi Hamad.

7.Menteri Ekonomi Alandine Al-Aaraj.

8.Menteri Penerangan Yussef Rizqa.

9.Menteri Keadilan Ahmed Al-Khaldi.

10.Menteri Kesihatan Bassem Naim.

11.Menteri Kerajaan Tempatan Issa al-Jahari.

12.Menteri Kerja Raya Ziad al-Zhazha.

13.Menteri Tenaga Buruh Mohammed Barghouthi.

14.Menteri Teknologi dan Komunikasi Jamal al-Khodari.

15.Menteri Hal Ehwal Tahanan Wasfi Kabha.

16.Menteri Kebudayaan Attallah Abu al-Sabeh.

17.Menteri Perancangan Samir Abu al-Sabeh.

18.Menteri Pelancongan Jawdath Mourqos,beliau beragama kristian.

19.Menteri Pengangkutan Abdelrahman Zidane.

20.Menteri Pertanian Mohammed al-Agha.

21.Menteri Hubungan Sosial Fakhri al-Turkmani.

22.Menteri Wanita Mariam Saleh.

23.Menteri Agama Nayeb Rajub.

24.Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Khaled Abu Arafeh.

25.Menteri Hal Ehwal Pelarian Atef Edwane.

            🌾   Bandar-bandar utama :🌾

🌷Center Population Al-Bireh 40,000,

🌷Betar Illit 29,355,

🌷Bethlehem 30,000,

🌷Gush Etzion 40,000,

🌷Hebron 120,000,

🌷Jericho 25,000,

🌷Baitulmuqaddis 400,000,

🌷Jenin 47,000,

🌷Ma'ale Adummim 33,259,

🌷Modi'in Illit 34,514 ,

🌷Nablus 100,000,

🌷Qalqilyah 40,000,

🌷Ramallah 60,000,

🌷Tulkarm 75,000, 

🌷Yattah 42,000,