Thursday, 24 August 2017

Bulan-bulan Islam

Takwim Hijrah atau Takwim Islam (Bahasa Arab: التقويم الهجري‎ at-taqwīm al-hijrī) merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ialah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khattab r.a. Ini turutan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asya'ari telah mengirimkan surat kepada Sayidina Umar r.a. minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a.) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.


Dalam kalangan bangsa Arab sendiri pun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Parsi, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasulullah SAW untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam. Peristiwa tersebut ialah peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Makkah ke Madinah.


Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada Rasul-Nya dan agama Islam ditegakkan. Hasil daripada itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil daripada pilihan Umar itu. Antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan daripada Empayar Rom dan Masjid Al-Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Parsi dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik.


Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah sebagai Kalendar / Takwim Islam yang rasmi. Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.


Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan mengakuinya di hadapan pemimpin. Dengan pencerapan begini mendorong umat Islam berkecimpung dalam bidang ilmu falak, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun. Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan dan Jordan. Walau bagaimanapun, kebanyakan peraturan astronomi negara Muslim membenarkan penggunaan Kalendar dan tidak tertakluk sentiasa kepada cara ini.


Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam. Di Mesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam. Umm al-Qura yang rasmi, kalendar Arab Saudi menggunakan kaedah astronomi yang berlainan hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini .


Sebelum 1420H (sebelum 18 April 1999), jika usia bulan yang terbenam di Riyadh sekurang-kurangnya 12 jam, maka hari yang tamat ketika matahari terbenam itu merupakan hari pertama setiap bulan. Ini menyebabkan negara tersebut meraikan hari-hari raya sehari atau dua hari awal berbanding negara lain termasuklah Haji yang hanya menggunakan tarikh Arab Saudi kerana berlangsung di Makkah. Pada tahun 1380-an H (1970-an), negara Islam berlainan menamatkan puasa Ramadan pada empat hari yang berbeza. Perayaan Aidilfitri lebih seragam pada 1420H. Bagi 1420-22H, jika bulan terbenam selepas matahari terbenam di Makkah, maka hari yang bermula ketika matahari terbenam tersebut ialah hari pertama bulan Saudi, peraturan yang sama juga bagi Malaysia, Indonesia dan yang lain (kecuali tempat rukyah dijalankan).



Sejak 1423H (16 Mac 2002), peraturan telah dijelaskan sedikit yang memerlukan gabungan geosentrik matahari dan bulan untuk berlaku sebelum matahari terbenam, sebagai tambahan untuk memerlukan bulan terbenam berlaku selepas matahari terbenam di Makkah. Ini memastikan yang bulan telah berlalu melepasi matahari ketika senja, walaupun langit masih terlalu terang sebaik sebelum betul-betul kelihatan anak bulan. Secara tegasnya, kalendar Umm al-Qura digunakan untuk kegunaan awam sahaja. Pembuatnya menyedari yang untuk dapat benar-benar mencerap hilāl buat kali pertamanya boleh berlaku dua hari selepas apa yang dikira dalam kalendar Umm al-Qura.



Sejak 1419H (1998/99) beberapa pegawai jawatan kuasa pencerap hilāl telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menentukan rukyah anak bulan bagi permulaan bulan. Tidak kurang juga, pegawai agama Arab Saudi turut menerima saksi pencerapan oleh sesiapa yang kurang berpengalaman lalu mengumumkan yang hilāl dapat dilihat walaupun pihak pegawai tidak dapat melihatnya. Kebanyakan kesnya, pencerapan tersebut amat sukar dan terdapat yang salah lihat. Bulan terbenam terkemudian daripada matahari bagi negara yang di barat, maka negara Islam di sana sering menyambut hari perayaan sehari awal berbanding negara Muslim di timur.



Terdapat pelbagai kalendar Islam yang digelar kalendar Islam tabular yang bulannya dikira melalui kaedah hisab berbanding rukyah atau pengiraan falak. Ia mempunyai kitaran setiap 30 tahun dengan 11 tahun lompat dengan 355 hari dan 19 tahun dengan 354 hari. Bagi jangka masa panjang, ia tepat kepada satu hari dalam 2500 tahun. Ia juga menyisihkan 1 atau 2 hari bagi jangka pendek. Microsoft telah menggunakan "algoritma Kuwaiti" untuk menukar kalendar Gregorian kepada kalendar Islam secara sulit. Untuk merealisasikan hasratnya itu, Microsoft telah mendakwa menggunakan analisis statistik data bersejarah dari Kuwait tetapi sebenarnya Microsoft telah menggunakan taburan kalendar Islam tabular.



Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37 Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.[al-Quran 9:36 (Basmeih)] Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya.



Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang kafir.[al-Quran 9:37 (Basmeih)] Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad SAW dalam Khutbah Terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Widak pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah.


Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan yang diharamkan oleh Allah SWT dan mengharamkan yang dihalalkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan.



Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah SWT adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban. Terdapat tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram lantas mengelakkan pertambahan sebarang bulan sebelum Muharam. Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab.



Bulan-bulan ini dianggap suci dalam kalendar Islam baru dan juga kalendar ketika zaman jahiliah Makkah yang dari itu ia diterbitkan dengan membuang bulan-bulan yang tidak perlu atau ditambah-tambah pada penghujung 10H. Turutan bulan yang ditambah-tambah, sebelum dibuang, tidaklah diketahui. Nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.



🌼Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)

➡Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.


🌼Safar (صفر)

➡Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.


🌼Rabiulawal (ربيع الأول)

➡Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.


🌼Rabiulakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)

➡Bulan kedua musim bunga.


🌼Jamadilawal (جمادي الأول)

➡Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.


🌼Jamadilakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)

➡Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.



🌼Rejab (رجب)

➡Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.



🌼Syaaban (شعبان)

➡Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.



🌼Ramadan (رمضان)

➡Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.



🌼Syawal (شوال)

➡Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.


🌼Zulkaedah (ذو القعدة)

➡Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.


🌼Zulhijah (ذو الحجة)

➡Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Tawaf

Tawaf - (ﻃﻮﺍﻑ) - adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram. Syarat Tawaf suci daripada najis pada badan dan pakaian. Menutup aurat. Bermula dari tempat yang sejajar atau setentang dengan Hajar Aswad yang ada pada satu penjuru Kaabah itu.



Sekiranya seseorang itu memulakan tawafnya pada tepi atau sudut Kaabah yang tidak bersetentang dengannya, maka pusingan itu tidak dikira hingga dia sampai pada sudut Hajar Aswad untuk dikira permulaan tawaf. Mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan. Dilakukan di dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian Kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ).



Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin.Berikut adalah perkara yang sunat dilakukan semasa bertawaf:

👉Bertawaf dengan berjalan kaki.

👉Memendekkan langkah.


👉Berjalan cepat dengan berlari anak.



👉Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar".


👉Beristilam dengan tangan kanan.



👉Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya.



👉Beristilam di rukun Yamani.


👉Berittibak.



👉Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim.



👉Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam).



👉Istilam - Mengucup Hajar Aswad atau menyentuhnya dengan tangan. Jika tidak mampu, memadai dengan isyarat atau melambai dengan tangan. Lebih elok dilakukan setiap pusingan jika mampu.




👉Ittibak - Meletakkan pertengahan kain selendang/ihram di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas kiri dengan menjadikan bahu kanan terbuka bagi lelaki.



Jenis Tawaf



👉Tawaf Qudum (ﻗﺪﻭﻡ ) - tawaf "selamat datang" yang dilakukan ketika baru sampai di Mekah.



👉Tawaf Ifadhah (ﺇﻓﺎﺿﻪ) - tawaf yang menjadi rukum haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang dari Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun umrah.



👉Tawaf Sunat (ﺳﻨﺔ) - tawaf yang dilakukan semata-mata mencari ridha Allah pada bila-bila masa.




👉Tawaf Tahiyyat (ﺗﺤﻴﺔ) - tawaf sunat yang lazim dilakukan sebaik sahaja memasuki Masjidl Haram.


👉Tawaf Nazar (ﻧﺬﺭ) - melakukan tawaf untuk memenuhi nazarnya.



👉Tawaf Wada' (ﻭﺩﺍﻉ) - tawaf "selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Makkah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullah.

Pengertian Umrah

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.




Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196). Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya: Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".




Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.



Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9, 10, 11, 12 di mana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina. Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

Pengertian Haji

Haji (Arab/Jawi: حج Ḥajj "ziarah") adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam,kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya.Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.






Ziarah ini dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.Perkataan "haji" berasal daripada bahasa Arab iaitu hajj (حج) yang membawa maksud ziarah ke tempat tertentu dalam waktu yang lama untuk menunaikan kewajipan agama. Dalam segi bahasa itu juga, haji boleh membawa maksud menuju kepada Allah Yang Maha Agung.





Dari segi syarak pula, ia membawa maksud mengunjungi rumah Allah dalam bulan-bulan haji atas sebab melakukan pekerjaan seperti wukuf di Arafah, tawaf, sa'i dan sebagainya menurut syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu dengan niat semata-mata kerana Allah.Terdapat beberapa dalil mengenai ibadah haji. Antaranya adalah seperti dalam ayat ke-27, Surah al-Hajj[7] dan ayat ke-97, Surah Ali Imran:[8][9][10][11]  وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ — Dan maklumkanlah kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang datang dari segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh (seluruh dunia)  فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّـهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ — Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadah haji dengan mengunjungi rumah Allah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu Maha Kaya daripada sekalian alam.





Selepas kelahiran Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim dan isterinya, Siti Hajar, baginda dan ibunya telah dibawa ke sebuah kawasan padang pasir gersang dan kosong di tengah-tengah Semenanjung Arab. Hajar telah mengikuti suaminya dan berkata, "Oh, Ibrahim, ke manakah kamu hendak pergi, meninggalkan kami di lembah yang tiada orang ini dan tiada peneman dan tiada apa-apa disini?". Beliau mengulangi kenyataan tersebut dan akhirnya beliau bertanya adakah ini semua adalah suruhan Allah. Lalu Nabi Ibrahim mengiyakannya dan meninggalkan mereka berdua di situ dengan hati yang berat. Lalu baginda berdoa seperti yang tercatat dalam ayat ke-37, surah Ibrahim iaituرَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ — Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah tempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Makkah) yang tiada padanya tanaman, disisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. 







Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadah). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dan pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. Setelah berada di kawasan itu untuk beberapa ketika, Hajar dan Nabi Ismail telah kehabisan makanan dan minuman. Kemudian, Hajar telah lari berulang-alik dari bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali untuk mencarinya. Perbuatan beliau menjadi simbolik kepada ibadah sa'i yang dilakukan dalam haji. Dalam keadaan terdesak itu, beliau berdoa kepada Allah. 







Nabi Ismail kemudiannya menangis dan menghentak-hentak kakinya ke tanah lalu terpancutlah air dari bawah tanah (sesetengah versi mengatakan malaikat telah menggali kawasan air tersebut dengan kakinya (atau sayapnya) dan keluarlah air itu).Perisitiwa itu menandakan kemunculan telaga Zam-zam seperti yang dilihat pada hari ini. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi, puak-puak dari seluruh Semenanjung Arab akan melakukan haji di Makkah pada setiap tahun walaupun ketika itu, kepercayaan anutan puak-puak tersebut adalah berbeza antara satu sama lain.Para sejarawan Islam merujuk zaman sebelum kerasulan Muhammad sebagai zaman jahiliah (bermaksud tidak tahu, jahil) di mana pada zaman itu, binaan Kaabah dikelilingi oleh beratus-ratus jenis patung berhala. 







Antara patung berhala yang terkenal adalah Hubal, al-Lat dan al-Uzza. Sebelum menerima wahyu lagi, Muhammad pernah menunaikan umrah di Kaabah. Ketika zaman pembukaan kota Makkah, Muhammad dan umat Islam telah membersihkan Kaabah daripada segala jenis berhala. Sejak itu, ibadat haji menjadi salah satu tuntutan yang perlu dipenuhi oleh umat Islam seperti yang termaktub dalam Rukun Islam. Persediaan Sunting Syarat Sunting Keempat-empat mazhab dalam fahaman Ahli Sunnah Waljamaah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan mazhab Hambali menetapkan bahawa syarat-syarat menunaikan haji adalah seperti berikut:







Beragama Islam. Haji tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam dan jika dilakukan, hajinya adalah tidak sah. 




Merdeka. Golongan hamba sahaya tidak wajib melakukan haji. 




Baligh. Haji adalah tidak wajib bagi kanak-kanak dan haji mereka itu sah jika dia telah mumaiyiz. Walau bagaimanapun, kefarduan haji kanak-kanak itu masih belum terlepas melainkan dilakukan setelah baligh. 




Berakal. Orang yang gila tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji dan jika ia dilakukan, maka hajinya tidak sah. 




Berkemampuan. Bagi syarat ini, terdapat beberapa bahagian yang perlu dipatuhi seperti:





1. Berkuasa membayar semua perbelanjaan haji sehingga selesai. 



2. Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik daripada haji. 



3. Mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya. 



4. Keadaan perjalanan hajinya adalah aman daripada sebarang kekacauan. 



5. Tidak mengalami sebarang masalah semasa berada dalam kenderaan.Bagi mazhab Hambali, ia menambah dua lagi syarat iaitu sihat anggota tubuh badan dan perjalanan haji itu hendaklah aman.





Rukun haji merupakan suatu amalan asas yang mesti ditunaikan. Jika rukun-rukun haji tidak dilakukan, maka hajinya adalah tidak sah dan ia wajib digantikan. 



Rukun-rukun haji adalah seperti:



Niat ihram haji. Lafaz niat haji hendaklah dilakukan di miqat dan jika jemaah haji sudah berada di kawasan Makkah, maka niat boleh dilafaz di kawasan itu sendiri. Selepas niat, para jemaah wajib menjaga segala amalan mereka terutamanya berkaitan amalan wajib dan larangan semasa dalam melakukan haji. 



Wukuf di Arafah. Melontar tiga jamarah ( ula, wusta dan akabah) 



Melakukan tawaf rukun (tawaf ifadhah) 




Sa'i, yakni lari-lari ayam atau berjalan cepat di antara bukit Shafa dan Marwah. 



Mencukur/menggunting rambut. Paling sedikitnya memotong tiga helai rambut. 



Tertib, yakni menjalankan rukun haji secara berurutan. Ibadat haji terbahagi kepada tiga jenis iaitu:



Haji Ifrad: Ifrad bermaksud "berasingan". Manakala haji ifrad pula bermaksud melakukan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah tidak dilakukan dalam bulan haji. Haji jenis ini tidak dikenakan dam. 



Haji Tamattuk: Tamattuk bermaksud "bersenang-senang". Haji tamattuk membawa erti umrah dilakukan dahulu pada bulan haji. Haji dilakukan kemudian ketika tiba masanya untuk menunaikan haji. Haji jenis ini dikenakan dam. 




Haji Qiran: Qiran bererti "bersama-sama". Maksud haji qiran adalah melakukan haji dan umrah secara serentak. Haji jenis dikenakan dam dan dilakukan oleh kalangan jemaah haji yang tiba lewat pada waktu haji (7 dan 8 Zulhijjah). 





Dam : 



Dam (haji) Dam dari segi bermaksud bahasa ialah darah.Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang telah meninggalkan perkara yang wajib semasa menunaikan haji atau melanggar perkara larangan. 





Haji Mabrur : 



Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan al Mabrur sebagai al Maqbul iaitu "diterima". Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa) Apabila merujuk kitab hadis yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meriwayatkan hadis-hadis daripada Abu Hurairah dan Aisyah tentang kelebihan "Haji Mabrur",Manakala Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab "Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan".




Cara mencapai haji mabrur


Secara umumnya, untuk mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut; 



 1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk). Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith diatas dengan berkata “mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak ria’ pada hajinya” Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan ALlah Di dalam Musnad Ahmad, ada sebuah hadith: “Sesiapa yang keluar dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah, malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya bersama benderanya, dan bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya” 




 2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal. Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut: “Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat alQuran “Wahai sekalian Rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]” Kemudian Rasulullah membacakan lagi : “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan” [Surah alBaqarah 172] Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata “Ya Tuhanku” sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima??” Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari sumber-sumber yang halal. 






3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih. Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya. Sebagai seorang muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda. Ini sesuai dengan sabda Baginda; “Sesiapa yang memperbaharui urusan agama (menokok tambah), maka mereka bukan dari kalangan kami (umat Muhammad)”  Syeikh Mustafa azZarqa’ ketika ditanya makna haji yang mabrur, beliau menyatakan diantara ciri-ciri hajinya diterima ialah “hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau didalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqomah” 





4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab “Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah aku aku tidak aku mengucupnya” Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata. 




 5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji: Ini sesuai dengan hadith : “Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)”. Didalam hadith yang lain: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya” . Bumi Makkah Sunting Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi-bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram. 





 Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam. Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf. 








 Makam Ibrahim




Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat. Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung. 






 Hajar Aswad : 




Hajar Aswad Menurut sejarahnya, Hajar Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama-kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang-orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi 





 Telaga Zam Zam




 Telaga Zam-Zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail a.s. dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim a.s.) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail). Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. 





Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air. Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air. Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ; "Hendak kemanakah engkau Ibrahim?" "Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? " Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun. Siti Hajar bertanya lagi; "Adakah ini memang perintah dari Allah ?" Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya". Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu. Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit Safa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam. Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibrail dan Jibrail mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya". 




 Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban. 

Rukun Islam

Allah swt menyuruh manusia mentaati suruhanNya yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-

➡Mengucap dua kalimah syahadah dan            
        menunaikan Haknya.

➡Menunaikan solat fardu lima waktu

➡Berpuasa pada bulan Ramadan

➡Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

➡Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.



Setelah manusia taat suruhan Allah swt sehingga Allah swt redha, Allah swt akan mengurniakan kita 6 Rukun Iman. Perkara ini semua didasarkan kepada Hadis Jibril dan Al-Quran


[1]Kalimah Syahadah :



Syahadah Perintah pertama Allah swt untuk manusia ialah Mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu 'Saya Bersaksi Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh Allah'. Setelah manusia mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya, dia telah melakukan kebaikan terbesar disisi Allah swt. Setelah ini Allah swt menyuruh kita untuk menunaikan Hak Kalimah seperti yang diamalkan Nabi saw iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kemungkaran terbesar ialah manusia tidak mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya perlu dicegah dengan menyampaikan/mendakwahkan Kalimah Syahadah Kepada yang belum mengucapkan Kalimah(belum Islam)untuk mengucapkan Kalimah Mulia ini.



Kemungkaran terbesar dibuat olah orang Islam ialah tidak menunaikan Hak Kalimah (tidak mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) dan kedua tidak menjaga Solat, perlu dicegah dengan mengajak mereka mengamalkannya. Menunaikan Hak Kalimah ini merupakan amalan disebut di dalam Quran sebagai amar makruf nahi Munkar, Allah swt memberi contoh melalui kisah-kisah Nabi di dalam Al-Quran bagaimana mereka menyempurmakan keinginan Allah iaitu semua manusia beriman. Nabi- nabi mencegah mungkar manusia yang tidak mengakui Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi tersebut sebagai pesuruhNya dengan mengajak mereka supaya mengaku dan pengikut Nabi juga mengajak manusia lain kepada kebaikan.



Hukum menunaikan Hak Kalimah ini adalah Fardhu Ain kepada semua orang Islam untuk mengajak kepada kebaikan(perintah Allah) dan mencegah kemungkaran setiap hari dan Fardhu Kifayah secara berjemaah bermula di setiap Masjid. Setiap masjid perlu ada sebahagian yang mengajak kepada kebiakan dan mencegah kemungkaran.



Kalimah Syahadah Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah. “"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)



[2]Menunaikan Solat:



Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan. “" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103)”




Waktu Solat telah ditentukan masanya Solat Subuh (Sekurang-kurangnya  sebelum matahari terbit) Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari) Solat Asar (Waktu petang) Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam) Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam) Sebelum solat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil.


Pembersihan hadas kecil dikenali sebagai Wudhu. Manakala pembersihan hadas besar pula adalah Mandi wajib (ghusl). Solat harus dilakukan dalam bahasa Arab, yakni bahasa Al-Quran. Ketika solat, orang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Ianya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum" bermaksud salam sejahtera bagimu.



[3]Puasa Di Bulan Ramadan :


Ibadat puasa bermaksud menahan anggota badan dari perkara yang membatalkan  puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Contoh :- Menahan mulut dari makan dan bercakap sia-sia, “" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)”



" (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184)”



" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)


[4] Zakat :


Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah Al-Baiyinah : 5) “



" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103)”



" Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. " (Surah At-Taubah : 60)”



[5]Menunaikan haji :



Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
" Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali ‘Imran : 97)”



Semasa haji para Muslim mengingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Penyelidik Muslim dan Barat mendapati cara penunaian haji ini berasal dari cara Nabi Muhammad s.a.w. melakukakannya Semasa haji, umat Muslim tiba di Pelabuhan Jeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah, umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggil Ihram. Kaya atau miskin, hitam atau putih, semuanya berdiri sama rata.

Rukun Iman

Dari segi bahasa, perkataan Iman (إيمان) diambil daripada kata kerja 'Āamana' (ءامن) yang bermaksud "percaya" (yukminu (يوءمن) yang bererti "percaya" atau "membenarkan". Ia juga membawa pengertian yang sama seperti I'tiqad (اعتقاد), tapi pada pengertian berbeza.


Manakala dari segi pengertian secara harafiah dalam Islam, Iman (الإيمان) bererti "percaya kepada Allah". Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Perkataan Iman yang bererti "membenarkan" itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 61 yang bermaksud: “Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu".




Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”[al-Quran 9:61 (Basmeih)] Dalam Islam, hanya sekadar mempercayai (yukminu) adalah masih belum memadai sebagai beriman jika masih tidak beramal dan berpegang dengan I'tiqad. Seperti yang tertulis dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 yang bermaksud: “Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 'kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".”[al-Quran 49:14 (Basmeih)]




Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota." Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah:



"Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)." Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna.



Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.


Rukun Iman bagi orang Islam ada 6 perkara iaitu :


Percaya kepada Allah
Percaya kepada malaikat
Percaya kepada kitab
Percaya kepada nabi dan rasul
Percaya kepada hari akhirat
Percaya kepada qada dan qadar



Percaya kepada Allah


Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah Al-Ikhlas/big>|Surah Al-Ikhlas|Ayat 1-4}} "Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa." Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan Arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi, kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka.



Walaupun tiada imej visual Tuhan atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim mendefinisi Tuhan melalui sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah. Wajib bagi orang Islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat jaizNya, yang jumlah kesemuanya ada 41.



Sifat-sifat wajib Allah ada dua puluh, sifat-sifat mustahil juga dua puluh dan sifat harus/jaizNya ada satu. Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA. Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul.



Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul, nescaya akan sesat dan kafirlah kita.



Percaya kepada Para Malaikat


Rukun iman yang kedua ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain.



Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih. Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :



Malaikat Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi.


Malaikat Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi.



Malaikat Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.



Malaikat Maut : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat.



Malaikat Munkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.


Malaikat Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.



Malaikat Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.


Malaikat Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan.



Malaikat Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga.



Malaikat Malik : Tugasnya menjaga neraka. Frman Allah Ta’ala Surah At Tahrim ayat 66: Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka, dan mereka membuat apa jua perintah oleh-NYA. Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat, akan dilakukan oleh Malaikat tanpa kompromi. Zaman sekarang, sudah ada orang yang mendakwa mampu menghalang tugas Malaikat. Ada yang mendakwa boleh “slow talk” dengan 'Izrail untuk tidak mencabut nyawa seseorang. Sedangkan ‘Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa, apabila sudah sampai ajal seseorang sebagaimana yang tertulis di Lauh Mahfuz, 'Izrail akan menjalankan perintah yang Allah arahkan dengan mencabut ajal makhluk tersebut, tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat.



Begitulah yang diperjelaskan dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah. Jelas menunjukkan dakwaan ahli bidaah ini bertentangan dengan Al Quran Surah At Tahrim ayat ke 66. Sekaligus kenyataan dan dakwaan mereka telah membatalkan keIslaman dan keimanan mereka. Percaya adanya Malaikat yang telah diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan perintah Allah. Allah menciptakan Malaikat dari Nur iaitu cahaya. Maka, Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Malaikat juga tidak mempunyai jantina untuk memudahkan mereka mentaati Allah sepanjang masa.




Percaya kepada Kitab-Kitab Allah


Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.


Kitab-kitab terbahagi kepada:


Suhuf - Pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Jumlah suhuf 100 buah Nabi Allah Shith(a.s) 50 suhuf Nabi Allah Idris(a.s) 30 suhuf Nabi Allah Ibrahim(a.s) 10 suhuf Nabi Allah Musa(a.s) 10 suhuf Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:



Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.



Percaya kepada Nabi dan Rasul



Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahawa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja.



Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang (termasuk rasul).


Terdapat 25 rasul yang dinyatakan dalam Al-Quran, dan
lima dari rasul tersebut adalah Ulul Azmi iaitu; , Nuh,Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya. Muhammad SAW merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir (iaitu Al Quran dan As Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat.


Rasul diberi tugas oleh Allah. Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa kebenaran, memberikan khabar gembira dan peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi umat yang beriman kepada Allah agar tidak sengsara dunia dan akhirat. Para rasul diberi wahyu oleh Allah yang membuktikan bahawa mereka adalah pembimbing dalam segala amal perbuatannya pantas dijadikan cermin tauladan. Apakah hikmah atau faedah diadakan Rasul dan Nabi ? Antara faedahnya ialah Allah mahu diri NYA dikenali. Rasul dan Nabi diutus kepada umat manusia agar umat manusia kenal Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini.


Dengan adanya Rasul dan Nabi, manusia akan kenal dengan tepat dan siapa Tuhan yang sebenar, serta faham pula kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang makhluk yang diciptakan Allah SWT. Jika seseorang yang diciptakan Allah tidak kenal siapa Tuhannya yang sebenar dan tidak mengakui keagungannya dengan jalan yang sebenar, nescaya sesatlah dirinya dan segala amal kebajikan yang dilaksanakannya tiada nilai disisi Allah.


Sifat-sifat Rasul dan Nabi Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.


1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).



2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hukum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji. “Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “ (Bukhari, Muslim ) Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.



3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.



4. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-penentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal. Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iaitu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.




Percaya kepada Hari Akhirat


Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan. Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia.


Itulah hari pembalasan. Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat kebahagiaan di syurga. Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat siksaan dan ditempatkan di neraka.


Percaya kepada Qada' dan Qadar

Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu adalah yang di jadikan oleh Allah s.w.t.

1). Qada maknanya baik.

Baik yang di maksudkan adalah Amalan kebaikan yang di kerjakan oleh sekelian Muslimin dan Muslimah akan di balas dengan Kebaikan di Dunia, dan di akhirat pula di balas dengan Syurga oleh Allah s.w.t.

2). Qadar maknanya buruk.

Buruk yang di maksudkan adalah amalan keburukan yang telah di kerjakan oleh sekelian Muslimin dan Muslimah yang terlibat. Maka amalan buruk (kejahatan) yang di kerjakan akan di balas dengan keburukan di Dunia dan Akhirat pula akan di balas dengan Neraka oleh Allah s.w.t.

Amalan-amalan Di Bulan Zulhijjah

KEUTAMAAN 10 HARI PERTAMA BULAN DZULHIJJAH DAN AMALAN YANG DISYARIATKAN
Segala puji bagi Allah semata, selawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan segenap sahabatnya.


روى البخاري رحمه الله عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام – يعني أيام العشر – قالوا : يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.



وروى الإمام أحمد
رحمه الله عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أعظم ولا احب إلى الله العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد وروى ابن حبان رحمه الله في صحيحه عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أفضل الأيام يوم عرفة. “Imam Ahmad, rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid”.


AMALAN YANG DISYARIATKAN

1. Melaksanakan Ibadah Haji Dan Umrah

Amal ini adalah amal yang paling utama, berdasarkan berbagai hadits shahih yang menunjukkan keutamaannya, antara lain : sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة “Dari umrah ke umrah adalah tebusan (dosa-dosa yang dikerjakan) di antara keduanya, dan haji yang mabrur balasannya tiada lain adalah Surga”.


2. Berpuasa Selama Hari-Hari Tersebut, Atau Pada Sebagiannya, Terutama Pada Hari Arafah.

Tidak disangsikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah untuk diri-Nya. Disebutkan dalam hadist Qudsi : الصوم لي وأنا أجزي به ، انه ترك شهوته وطعامه وشرابه من أجلي “Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Aku lah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata karena Aku”. Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ما من عبد يصوم يوماً في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك اليوم وجهه عن النار سبعين خريف “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah pasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun”. [Hadits Muttafaqun ‘Alaih].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah rahimahullah bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده . “Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya”.


3. Takbir Dan Dzikir Pada Hari-Hari Tersebut.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala. وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ “…. dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan …”. [al-Hajj/22 : 28]. Para ahli tafsir menafsirkannya dengan sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Kerana itu, para ulama menganjurkan untuk memperbanyak dzikir pada hari-hari tersebut, berdasarkan hadits dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد “Maka perbanyaklah pada hari-hari itu tahlil, takbir dan tahmid”. [Hadits Riwayat Ahmad]. Imam Bukhari rahimahullah menuturkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhuma keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir lalu orang-orangpun mengikuti takbirnya. Dan Ishaq, Rahimahullah, meriwayatkan dari fuqaha’, tabiin bahwa pada hari-hari ini mengucapkan : الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa Ilaha Ilallah, wa-Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada Ilah (Sembahan) Yang Haq selain Allah. Dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji hanya bagi Allah”. Dianjurkan untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika berada di pasar, rumah, jalan, masjid dan lain-lainnya. Sebagaimana firman Allah. وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ “Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu …”. [al-Baqarah/2 : 185].

Tidak dibolehkan mengumandangkan takbir bersama-sama, yaitu dengan berkumpul pada suatu majlis dan mengucapkannya dengan satu suara (koor). Hal ini tidak pernah dilakukan oleh para Salaf. Yang menurut sunnah adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri. Ini berlaku pada semua dzikir dan do’a, kecuali karena tidak mengerti sehingga ia harus belajar dengan mengikuti orang lain. Dan diperbolehkan berdzikir dengan yang mudah-mudah. Seperti : takbir, tasbih dan do’a-do’a lainnya yang disyariatkan.


4. Taubat Serta Meninggalkan Segala Maksiat Dan Dosa. Sehingga akan mendapatkan ampunan dan rahmat.

Maksiat adalah penyebab terjauhkan dan terusirnya hamba dari Allah, dan keta’atan adalah penyebab dekat dan cinta kasih Allah kepadanya. Disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. ان الله يغار وغيرة الله أن يأتي المرء ما حرم الله علي “Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya” [Hadits Muttafaqun ‘Alaihi].


5. Banyak Beramal Shalih.

Berupa ibadah sunat seperti : shalat, sedekah, jihad, membaca Al-Qur’an, amar ma’ruf nahi munkar dan lain sebagainya. Sebab amalan-amalan tersebut pada hari itu dilipat gandakan pahalanya. Bahkan amal ibadah yang tidak utama bila dilakukan pada hari itu akan menjadi lebih utama dan dicintai Allah daripada amal ibadah pada hari lainnya meskipun merupakan amal ibadah yang utama, sekalipun jihad yang merupakan amal ibadah yang amat utama, kecuali jihad orang yang tidak kembali dengan harta dan jiwanya.



6. Disyariatkan Pada Hari-Hari Itu Takbir Muthlaq iaitu pada setiap saat, siang ataupun malam. Dan disyariatkan pula takbir muqayyad, iaitu yang dilakukan setelah selesai shalat fardhu yang dilaksanakan dengan berjama’ah ; bagi selain jama’ah haji dimulai dari sejak Fajar Hari Arafah dan bagi Jama’ah Haji dimulai sejak Dzhuhur hari raya Qurban terus berlangsung hingga shalat Ashar pada hari Tasyriq.


7. Berkurban Pada Hari Raya

Qurban Dan Hari-Hari Tasyriq. Hal ini adalah sunnah Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, yakni ketika Allah Ta’ala menebus putranya dengan sembelihan yang agung. Diriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين أملحين أقرنين ذبحهما بيده وسمى وكبّر ووضع رجله على صفاحهما “Berkurban dengan menyembelih dua ekor domba jantan berwarna putih dan bertanduk. Beliau sendiri yang menyembelihnya dengan menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki beliau di sisi tubuh domba itu”. [Muttafaqun ‘Alaihi].


8. Dilarang Mencabut Atau Memotong Rambut Dan Kuku Bagi Orang Yang Hendak Berkurban.

Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya, dari Ummu Salamah Radhiyallhu ‘anha bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. إذا رأيتم هلال ذي الحجة وأراد أحدكم أن يضّحي فليمسك عن شعره وأظفاره “Jika kamu melihat hilal bulan Dzul Hijjah dan salah seorang di antara kamu ingin berkurban, maka hendaklah ia menahan diri dari (memotong) rambut dan kukunya”. Dalam riwayat lain : فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره حتى يضحي “Maka janganlah ia mengambil sesuatu dari rambut atau kukunya sehingga ia berkurban”. Hal ini, mungkin, untuk menyerupai orang yang menunaikan ibadah haji yang menuntun haiwan kurbannya. Firman Allah. وَلا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّه “….. dan jangan kamu mencukur (rambut) kepalamu, sebelum kurban sampai di tempat penyembelihan…”. [al-Baqarah/2 : 196]. Larangan ini, menurut zhahirnya, hanya dikhususkan bagi orang yang berkurban saja, tidak termasuk istri dan anak-anaknya, kecuali jika masing-masing dari mereka berkurban. Dan diperbolehkan membasahi rambut serta menggosoknya, meskipun terdapat beberapa rambutnya yang rontok.


9. Melaksanakan Solat Aidul Adha Dan Mendengarkan Khutbahnya.

Setiap muslim hendaknya memahami hikmah disyariatkannya hari raya ini. Hari ini adalah hari bersyukur dan beramal kebajikan. Maka janganlah dijadikan sebagai hari keangkuhan dan kesombongan ; janganlah dijadikan kesempatan bermaksiat dan bergelimang dalam kemungkaran seperti ; nyanyi-nyanyian, main judi, mabuk-mabukan dan sejenisnya. Hal mana akan menyebabkan terhapusnya amal kebajikan yang dilakukan selama sepuluh hari.


10. Selain Hal-Hal Yang Telah Disebutkan Diatas. Hendaknya setiap muslim dan muslimah mengisi hari-hari ini dengan melakukan ketaatan, dzikir dan syukur kepada Allah, melaksanakan segala kewajiban dan menjauhi segala larangan ; memanfaatkan kesempatan ini dan berusaha memperoleh kemurahan Allah agar mendapat ridha-Nya. Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya dan menunjuki kita kepada jalan yang lurus. Dan shalawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya.

Apa itu bulan Zulhijjah

Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah. Ibadat Haji dilakukan di bulan ini dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada setiap 10 Zulhijjah. Hari Tasyrik iaitu hari ke-11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana hari-hari tersebut juga merupakan "Hari Makan Minum" untuk umat Islam.



Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa. Namun bagi yang bukan berada dalam ihram, mereka disunatkan berpuasa pada hari wukuf.


[1]Hari penting Islam pada bulan Zulhijah



09 Zulhijah, Hari Arafah
10-13 Zulhijah, Hari Raya Aidiladha dirayakan oleh seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji mahupun yang tidak, perayaan ini sebagai satu simbolik dalam peristiwa penyembelihan Nabi Ismail a.s. oleh ayahdanya Nabi Ibrahim a.s., namun Allah telah menukarkan penyembelihannya kepada seekor kambing biri-biri.
26 Zulhijah, kematian Khalifah Ar-Rasyidin Saidina Umar Al-Khattab.




Fadhilat 10 hari pertama bulan Zulhijjah


Sepuluh hari pertama yakni (1-10 Zulhijah, kalender Takwim Hijrah) merupakan hari-hari yang terbaik untuk beramal soleh (beramal dengan kebaikan) kerana Allah Taala mengikut perspektif Islam, lebih menyukainya jika dibandingkan mengerjakan amalan-amalan baik pada hari-hari lain dalam tempoh sepanjang satu tahun bagi setiap tahun di dunia. Perkara ini dijelaskan mengikut Hadis Sahih yang lafaznya diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, ia juga dapat dipertemukan dalam Sahih Bukahri no; 969 dan [[Jami' at-Tirmizi]; no 757.



Hadisnya berbunyi: “Tidak ada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?, Nabi menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali dengan sesuatupun."


” Dalam riwayat yang lain, ada juga hadis yag menjelaskan Nabi Muhammad , melakukan puasa sunat sembilan hari pada bulan Zulhijah. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 2129 dan Sahih Al-Sunan al-Sughra oleh Imam Nasa'i, no. 2236.



[2] “Adalah Rasulullah  melakukan puasa sembilan hari bulan Zulhijah.” Sheikh ul Islam Ibnu Taimiyyah r.a pernah ditanya tentang mana yang lebih utama antara sepuluh hari pertama bulan Zulhijah ataukah sepuluh hari terkhir bulan Ramadan?. Beliau Ibnu Taimiyyah menjawab, "Siang hari sepuluh hari pertama bulan Zulhijah lebih utama dari siang hari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, dan sepuluh malam terakhir bulan Ramadan lebih utama dari sepuluh malam pertama bulan Zulhijah." (Majmu' Fatawa, 25/287)


[3]. Kenyataan Ibnu Taimiyyah ini juga disokong oleh anak muridnya iaitu Ibnul Qayyim.

Peristiwa Di Sebalik Nama Bulan Islam

BULAN-BULAN ISLAM 
PERISTIWA DI SEBALIK NAMA BULAN ISLAM

🌹MUHARAM -

👇

Muharam telah di tetapkan sebagai bulan yang pertama dalam kalendar Islam oleh Sayyidina Umar al Khattab r.a atas cadangan Sayyidina Uthman bin Affan r.a pada tahun 16 Hijrah.

- Pengiriman surat kepada Raja-raja dan Pemerintah. Rasulullah S.A.W mengirim surat kepada Raja-raja pada zaman baginda pada tahun 7 Hijrah setelah pulang dari Perjanjian Hudaybiah.
Baginda telah mengutuskan 6 lelaki kepada Raja Najasi, pemerintah Abyssinia (Eutopia), Kaisar pemerintah Rom, Kisra Anu Shirwan pemerintah Parsi, Muqawqas yang memerintah Qibti di Iskandariah Mesir, al Harith bin Abu Shamir al Ghassani raja Balqa' (di Syria) dan Hawadhah bin Ali al Hanafi dari al Yamamah.


🌹SAFAR

👇

- Rasulullah S.A.W berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid r.a.
Kebenaran berperang kepada umat islam.
Hadith dan riwayat dari para sahabat membuktikan bahawa permulaan dan penguatkuasaan perang berlaku setelah peristiwa Hijrah (dari Mekah ke Madinah).


🌹RABI'UL AWAL -

👇

Bulan Rasulullah S.A.W di lahirkan dan menerima wahyu pertama kenabian. Pada bulan ini juga berlaku peristiwa Israa' dan Mi'raj (dari Masjidil al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsa di Palestin). Ia juga bulan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah ke Madinah dan bulan kewafatan baginda.

- Ekspidisi tentera Safawan atau Peperangan Badar berlaku.
- Ekspidisi tentera Buwat berlaku pada bulan ke 13 selepas Hijrah.
- Ekspidisi tentera Dawmat al Jandal berlaku pada tahun 5 Hijrah.
- Ekspidisi tentera kepada Bani Lihyan bin Hudyl bin Mudrikah berlaku pada tahun 6 Hijrah.
- Bai'ah taat setia kepada Sayyidina Abu Bakar r.a sebagai khalifah Islam yang pertama pada 12 Rabi'ul Awal tahun 11 Hijrah.
- Abu Bakar r.a menghantar tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid r.a menghadapi tentera Rom di Syam pada 11 Hijrah.
- Tanah al Hijrah di Iraq di tawan oleh Khalid bin al Walid r.a dan perjanjian di buat pada tahun 12 Hijrah.



🌹RABI'UL AKHIR -

👇

-Ekspidisi tentera ke Najran berlaku pada tahun 3 Hirah.
- Ekspidisi tentera pimpinan Abu 'Ubadah ke Dzul Qassah pada tahun 6 Hijrah.
- Pengepungan Damsyik oleh tentera Islam pada tahun 14 Hijrah.
Kepungan ini berlaku lebih kurang 70 malam di bawah pimpinan Abu "Ubadah dan Khalid bin al Walid r.a.


🌹JAMADIL AWAL -

👇

-Ekspidisi tentera al 'Usairah berlaku pada bulan ke 16 selepas Hijrah di mana Rasulullah S.A.W telah membuat perjanjian dengan Bani Muldij dan sekutunya Bani Dhamrah.
- Peperangan Dzat ar Riqa' berlaku pada tahun 2 Hijrah. Rasulullah S.A.W menuju ke Najd (kawasan Timur Arab) untuk menghadapi Bani Maharib dan Bani Tha'labah dari Ghatfan, namun tiada pertumpahan darah yang berlaku.
- Peperangan Mu'tah berlaku pada tahun 8 Hijrah. Mu'tah ialah satu tempat yang berhampiran dengan al Balqa' di Syam (negeri yang terdiri dari Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan).
- Peperangan Ajnadin berlaku pada tahun 15 Hijrah antara tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin al 'As, Abu 'Ubadah dan Surahbil r.a dengan tentera Rom di bawah pimpinan al Qubuqlar. Tentera Rom dapat di kalahkan dan pemimpin mereka di bunuh.



🌹JAMADIL AKHIR -

👇

-Ekspidisi tentera ke Dzul Qarad pada tahun 6 Hijrah. pada masa itu Rasulullah S.A.W telah melakukan solat Khauf (solat ketika takut).
- Penghantaran tentera Dzat as Salasil berlaku pada tahun ke 8 Hijrah.
- Abu Bakar as Siddiq r.a meninggal dunia pada hari Jumaat, 8 hari terakhir dalam bulan Jamadil Akhir, tahun 13 Hijrah. Pada ketika itu, beliau berusia 63 tahun. Zaman pemerintahannya sebagai khalifah berlangsung selama 2 tahun, 3 bulan dan 10 malam.
- Umar al Khattab r.a telah di beri sumpah kesetiaan (bai'ah) dan di angkat sebagai khalifah pada tahun 13 Hijrah.
- Peperangan Yarmuk berlaku di antara tentera Rom dan tentera Islam yang pada ketika itu di bawah Khalid al Walid r.a dan Abu 'Ubaidah r.a.
- Rombongan tentera pertahanan Islam di bawah pimpinan az Zubair bin al Awwam r.a, al Miqdad bin al Aswad r.a, Ubadah bin as Samit r.a dan Maslamah bin Mukhallad a.s tiba di Mesir.



🌹REJAB -

👇

-Berlaku hijrah yang pertama ke Habsyah. Apabila tekanan ke atas orang-orang Islam di Mekah menjadi bertambah kejam, Allah telah membenarkan mereka untuk berhijrah ke Habsyah. Uthman bin Affan r.a adalah orang Islam pertama yang berhijrah. Para Mujahirin ini berhijrah ke Habsyah pada tahun ke 5 selepas kenabian Rasulullah S.A.W.
- Penghantaran tentera pimpinan Abdullah bin Jahsh al Asadi r.a ke Nakhlah berlaku pada bulan ke 17 selepas Hijrah. Ini adalah peperangan yang pertama di mana harta rampasan perang di ambil, satu perlima darinya telah di berikan kepada yang memerlukan, pembunuhan telah berlaku dan orang-orang Islam mengambil tawanan perang.
- Penghantaran tentera Tabuk berlaku pada tahun ke 9 selepas Hijrah. Ianya juga di panggil ekspidisi al 'Usrah (kesusahan).
- Rasulullah S.A.W telah mengumumkan tentang kemangkatan an Najasyi kepada orang-orang Islam dan Baginda telah menjadi imam kepada mereka ketika mengerjakan solat jenazah pada hari kemangkatanya.
- Damsyik telah di tawan oleh tentera Islam melalui perjanjian yang telah di buat. Abu 'Ubaidah dan Khalid bin al Walid r.a telah mengepung kota ini dari bulan Rabi'ul Akhir hingga Rejab.


🌹SYAABAN -

👇

-Pada bulan ini kiblat (arah solat) telah di tukar dari Baitul Maqdis ke Kaabah, pada bulan yang ke 16 atau ke 17 selepas Hijrah. Ini adalah perkara pertama yang telah di batalkan dalam Syariah.
- Puasa Ramadhan telah di fardukan pada tahun ke 2 Hijrah.


🌹RAMADHAN -

👇

-Dalam bulan ini, kitab suci al Quran telah di turunkan. Firman Allah,"Bulan Ramadhan yang padanya di turunkan al Quran." (Al-Baqarah:185). Dalam bulan ini jugalah ayat pertama dari al Quran telah diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Ayat pertama ini di turunkan pada 17 Ramadhan. Khadijah r.a telah menerima Islam dan menjadi orang pertama yang beriman dengan apa yang di bawa oleh Nabi. Beliau juga wafat dalam bulan Ramadhan.
- Penghantaran tentera pimpinan Hamzah r.a dan lambang bendera perang yang pertama telah di pilih oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku pada bulan ke 7 selepas Hijrah.
- Zakat Fitrah (yang di berikan dalam bentuk makanan pada akhir Ramadhan) dan zakat ke atas harta telah di wajibkan dalam bulan Ramadhan. Solat hari raya juga telah di wajibkan dalam bulan ini. Kesemua peristiwa ini berlaku dalam tahun ke 2 Hijrah.
- Perintah supaya berjihad juga telah di turunkan dalam bulan ini tahun ke 2 Hijrah.
- Perang Badar telah berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah.
- Hari ini di sebut di dalam al Quran sebagai Hari Pemisah antara yang hak dan yang batil (Yaum al Furqan). Mekah telah di tawan pada 10 Ramadhan, tahun ke 8 Hijrah.
- Delegasi Thaqif telah menerima Islam pada tahun ke 9 Hijrah.
- Fatimah r.a, puteri Rasulullah S.A.W telah wafat pada tahun ke 11 Hijrah.
- Ummul Mukminin, Aisyah r.a telah wafat pada tahun ke 58 Hijrah.


🌹SYAWAL -

👇

-Bulan pertama di antara bulan-bulan haji iaitu Syawal, Zulkaedah dan 9 hari pertama dari bulan Zulhijjah.
- Penghantaran tentera Batan Rabigh berlaku di bawah pimpinan 'Ubaidah bin al Harith r.a.
- Abdullah bin az Zubair telah di lahirkan pada tahun pertama yang di lahirkan selepas hijrah ke Madinah.
- Perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Ummul Mukminin Aisyah r.a.
- Penghantaran tentera Bani Sulaim di al Kudr dalam tahun ke 2 Hijrah.
- Penghantaran tentera Bani Qunaiqa' berlaku pada tahun ke 2 Hijrah. Bani Qunaiqa' merupakan puak Yahudi Madinah yang pertama terlibat dalam peperangan menentang Rasulullah S.A.W.
- Perang Uhud berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke 3 Hijrah. Perang Hamra' al Asad berlaku sejurus selepas Perang Uhud.
- Perang Khandak (parit/terusan) atau Ahzab berlaku pada tahun ke 5 Hijrah.
- Perang Hunain berlaku pada tahun ke 8 Hijrah selepas penawanan Mekah.
- Penghantaran tentera Thaif berlaku pada tahun ke 8 Hijrah selepas Perang Hunain. Rasulullah S.A.W telah menyerang Kota Thaif untuk memerangi orang-orang Musyrikin yang telah melarikan diri semasa Perang Hunain.



🌹ZULKAEDAH -

👇

-Rasulullah S.A.W telah memperkenalkan dirinya semasa musim haji dan Baginda telah mengadakan pertemuan sulit dengan 6 orang daripada kaum al Khazraj di al Aqabah. Peristiwa ini berlaku 11 tahun selepas kenabian Baginda.
- Penghantaran tentera menentang puak Yahudi dari Bani Quraizah berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. - Perjanjian al Hudaibiyah berlaku pada tahun ke 6 Hijrah.
- Abu Musa al Asy'ari r.a dan Muaz bin Jabal r.a telah di hantar ke Yaman dalam bulan Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah.
- Kesemua umrah Nabi berlaku dalam bulan ini kecuali umrah yang Baginda kerjakan semasa melakukan Haji.
- Rasulullah S.A.W telah mengerjakan Haji Perpisahan (Hajjat al Wada').
- Kota Hims dan Ba'labak telah jatuh ke tangan Abu 'Ubaidah melalui perjanjian pada tahun ke 14 Hijrah.
- Muawiyah bin Abusufyan telah di berikan sumpah kesetiaan dan di angkat sebagai khalifah pada tahun ke 37 Hijrah.


🌹ZULHIJJAH -

👇

-Rasulullah S.A.W membuat lawatan kali ke dua ke Syam.
- Perjanjian (bai'ah) Aqabah ke 2 berlaku pada tahun ke 13 selepas kenabian Muhammad S.A.W. - Ekspidisi tentera Sawiq berlaku pada tahun ke 2 Hijrah.
- Rasulullah S.A.W telah menyerang Bani Quraizah pada tahun ke 5 Hijrah. Lahirnya Ibrahim, puteri Rasulullah S.A.W pada tahun ke 8 Hijrah. Ibunya adalah Mariya al Qibtiyah.
- Rombongan Haji khalifah Abu Bakar a.s bersama dengan pengikut-pengikutnya pada tahun ke 12 Hijrah.
- Perang Dathin berdekatan Gazza berdekatan Gazza di sempadan Palestin. Ini adalah peperangan pertama antara orang Islam dengan tentera Rom. Perang ini berlaku pada tahun ke 12 Hijrah.
- Amirul Mukminin, Umar bin al Khattab r.a telah di bunuh. Beliau telah di tikam oleh Abu Lu'Lu'ah al Majusi pada 25 Zulhijjah, tahun ke 23 Hijrah.
- Uthman bin Affan r.a telah di pilih sebagai khalifah. Amirul Mukminin, Uthman bin Affan a.s telah di bunuh pada hari Jumaat, 18 Zulhijjah, tahun ke 35 Hijrah.
- Ali bin Abu Talib a.s telah di berikan sumpah kesetiaan (bai'ah) sebagai khalifah pada 25 Zulhijjah, tahun ke 35 Hijrah.