Friday, 31 March 2017

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

💐💐Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

💐💐Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

               💐💐     Sejarah perkahwinan🍁🍁

💐💐Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua.

💐💐Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama.

💐💐Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”. Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar.

💐💐Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.”

💐💐Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.. Jenis-jenis perkahwinanSunting Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini.

💐💐Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

💐💐Poliandri merupakan perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya.

💐💐Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.  Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan Kristus untuk sepanjang zaman.

💐💐Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

 🌹   Hukum hukum perkahwinan dalam Islam.🍁

💐💐Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya.

💐💐Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek. Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

💐💐Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

                 🌹   Hikmah perkahwinan. 🌺

🌾Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.

🌾Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.

🌾Memelihara kesucian diri.

🌾Melaksanakan tuntutan syariat.

🌾Menjaga keturunan.

🌾Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak.

🌾Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab.

🌾Dapat mengeratkan silaturahim.

🌾Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

            🌹  Ciri-ciri bakal suami. 🍀

🌾Beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t.

🌾Bertanggungjawab terhadap semua benda.

🌾Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.

🌾Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar.

🌾Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya.

🌾Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

                 🌻  Ciri-ciri bakal isteri.🍃

🌾Beriman & solehah rupa paras yang sedap mata memandang.

🌾Dapat menyejukkan hati suami.

🌾Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.

🌾Menentukan mas kahwin yang rendah.

🌾Wanita yang subur berasal dari keturunan yang baik bukan keturunan terdekat.

🌾Tidak memandang harta semata-mata.

               🌹Sebab haram nikah.🍃

🌾Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara lelaki bagi adik-beradik perempuan.”: Ibu Nenek sebelah ibu mahupun bapa Anak perempuan & keturunannya Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu.

🌾Anak perempuan kepada adik-beradik kandung lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa) Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

🌾Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:

🌾Ibu susuan Nenek dari sebelah ibu susuan.

🌾Adik-beradik perempuan susuan Anak.

🌾Perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah: Ibu mentua dan ke atas Ibu tiri Nenek tiri Menantu perempuan Anak tiri perempuan dan keturunannya Adik ipar perempuan dan keturunannya Emak saudara kepada isteri Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya.

💐💐Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan.

💐💐Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan.

💐💐Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja. Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang: "Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah).

💐💐Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai) Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang: "Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan.

💐💐Akad nikah lazim diadakan di masjid

🌹Rukun nikah:🍀

🌾Pengantin lelaki.

🌾Pengantin perempuan.

🌾Wali.

🌾Dua orang saksi lelaki.

🌾Ijab dan kabul (akad nikah).

                  🌹 Syarat bakal suami.🍃

🌾Islam.

🌾Baligh.

🌾Berakal.

🌾Lelaki yang tertentu bukan lelaki mahram dengan bakal isteri.

🌾Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut.

🌾Bukan dalam ihram haji atau umrah.

🌾Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan.

🌾Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.

🌾Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri.

                      🌹Syarat bakal isteri.🍀

🌾Perempuan yang tertentu bukan perempuan mahram dengan bakal suami.

🌾Bukan seorang khunsa.

🌾Bukan dalam ihram haji atau umrah.

🌾Tidak dalam idah.

🌾Bukan isteri orang.

                   🌹 Syarat wali Islam.🍀

🌾Bukan kafir dan murtad.

🌾Lelaki dan bukannya perempuan.

🌾Baligh.

🌾Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan.

🌾Bukan dalam ihram haji atau umrah.

🌾Tidak fasik.

🌾Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya.

🌾Merdeka tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya.

💐💐Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini.

💐💐Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

                       🌹Jenis-jenis wali.🍀

💐💐Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan).

💐💐Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

💐💐Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu.

                         🌹Syarat saksi.🍁

🌾Sekurang-kurangya dua orang Islam.

🌾Berakal.

🌾Baligh.

🌾Lelaki.

🌾Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul.

🌾Dapat mendengar, melihat dan bercakap Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil).

🌾Merdeka.

                          🌻 Syarat ijab.🌺

🌾Pernikahan nikah ini hendaklah tepat tidak boleh menggunakan perkataan sindiran.

🌾Diucapkan oleh wali atau wakilnya.

🌾Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak ).

🌾Ikatan suami isteri yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam (persetujuan nikah muataah).

🌾Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan) Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

                       🍃Syarat qabul.🍀

🌾Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab.

🌾Tiada perkataan sindiran.

🌾Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu).

🌾Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak).

🌾Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan) Menyebut nama bakal isteri Tidak diselangi dengan perkataan lain Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai" ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

🌾Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari 2 (dua) orang saksi perkahwinan dengan menanyakan adakah JELAS? Sekiranya para saksi mengakui / mengiktiraf bahawa mereka mendengar dengan jelas, maka Wali itu sendiri akan mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.

🌾Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri.

🌾Aktiviti ini diteruskan dengan isteri mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu. Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung.

💐💐Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

                        🍀Wakil Wali/ Qadi.🌷

💐💐Seorang ustaz bertindak sebagai jurunikah Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami. Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu.

💐💐Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar. Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.

💐💐Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara. Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya. Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

                           🍀   Mahar.🌼

💐💐Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

💐💐Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

💐💐Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya.

💐💐Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya.

💐💐Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

                      🌷 Jenis mahar. 🍃

🌾Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya

🌾Mahar muthamma : mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak

                         🌹Walimatulurus. 🌸

💐💐Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

💐💐Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti :

🌾Dilakukan selepas akad nikah.

🌾Menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan.

🌾Bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran.

🌾Dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

🌾Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.

🌾Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.

💐💐Hal ini akan pasti  menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

        🌻Konsep yang diharamkan dalam Islam.🌳

    🍀   Konsep rahbaniyah.🌷

💐💐Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi. Di dalam Islam, membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang dilakukan oleh agama Kristian (Katholik), Buddha, Jain dan sebagainya.

💐💐Sebagai contoh, agama Buddha ada menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan (membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia masuk ke dalam Nirwana.

💐💐Dalam agama Kristian (Katholik) ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang. Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan.

💐💐Mereka juga berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang kerana perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, “Sekiranya mereka tidak boleh tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan diri dari berkahwin.” Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara moral gereja.

💐💐Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang membina rumahtangga.

                🌹    Konsep ibahiyah. 🍄

💐💐Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti pergaulan seks bebas, homoseksual, lesbian dan sebagainya.

💐💐Gejala sebegini wujud kerana sikap mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.
Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya.

💐💐Namun setelah meluaskan arus pemikiran Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai keruntuhan akhlak wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah), merebaknya pelbagai penyakit merbahaya, banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang, berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh, amalan seks bebas.

💐💐Kegilaan Barat yang memilih cara hidup ‘hidonistik’ iaitu mementingkan keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati.

💐💐Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41% pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan berpisah dengan suami Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita.

💐💐Mereka menjalani hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan sesetengah gereja dan paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua agama termasuk Kristian sendiri.

💐💐 Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch bagi rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel seperti “Homosexuality is not a Sin”menjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh menyakinkan orang ramai.

💐💐Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa pelancaran ‘Women’s Agenda For Change’, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan lesbianisme sebagai tanda masyarakat yang toleran. 

PERTUNANGAN MENURUT ISLAM

💍💍Soalan: Ustaz apakah syarat-syarat pertunangan di dalam Islam? Adakah di kira bertunang apabila seorang lelaki berkata ” saya bercadang mengambil awak sebagai isteri saya, awak bersetuju? Maka jawab si wanita ” saya bersetuju” adakah dengan persetujuan itu mereka sudah bertunang? Jawapan: Ada pendapat yang mengatakan jika lelaki tanya wanita ,”saya berhajat nak ambil awak menjadi isteri saya adakah awak sudi?” Jawab si wanita , “saya setuju datanglah jumpa ayah saya. ” dengan persetujuan tersebut telah menjadi tunang dan orang lain tak boleh masuk meminang.

💍💍Pendapat ini tidak kuat untuk membenarkan wanita ini telah menjadi tunangnya apabila tak melibatkan wali atau mahram wanita tersebut. Dalam Islam apa saja urusan ada adab dan peraturannya, jika tanpa pengetahuan walinya wanita tadi belum sah menjadi tunang orang dan orang lain boleh masuk meminang melalui walinya dan jika walinya setuju secara asasnya boleh terjadi kerana walinya ada hak terhadap anak perempuannya dan dia sendiri tidak mengetahui bahawa ada orang lain yang telah menyatakan hasat hati kepada anaknya melalui anaknya sendiri. Oleh itu kita jangan mudah mengandaikan telah berlaku proses pertunangan jika tak melalui peraturan yang betul.

💍💍Hukum-hakam Dan Adab-adab Pertunangan Menurut Mazhab al-Shafi`i.

                       PENDAHULUAN.

💍💍Dalam coretan yang ringkas ini,kita akan membicarakan berkaitan dengan hukum-hakam pertunangan dan adab-adabnya menurut mazhab Shadi`i. Adab dan akhlak sering diabaikan oleh mereka yang dalam tempoh pertunangan.

💍💍Adakalanya mereka tidak memerhatikan adab-adab serta hukum-hakam yang berkaitan dengannya, sehinggakan pertunangan itu dianggap seperti telah berkahwin. Masalah yang berlaku ini, bukan sahaja berlaku kepada orang awam, malahan mereka yang berstatus ‘ustaz’ sekalipun kadangkala mangabaikan perkara ini.

💍💍Oleh yang demikian, dalam catatan yang ringkas ini, kita akan membicarakan sedikit sebanyak perkara yang berkaitan dengannya, agar ianya menjadi peringatan kepada kita semua dalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar ini. Juga ianya ditujukan kepada pemuda dan pemudi Islam yang kemungkinan ramai di kalangan mereka yang telah bertunang pada masa ini.

💍💍Semoga perbincangan yang ringkas ini, dapat dijadikan panduan dalam mengamalkan Islam yang berdasarkan kepada mazhab Shafi`i.  Pertunangan di sisi Islam adalah sama sahaja hubungannya sebelum berkahwin. Oleh yang demikian, orang yang bertunang masih dianggap ajnabi.

💍💍Dalam hal ini, perbezaan antara bertunang dan sebelum bertunang adalah dari sudut ikatan perjanjian yang dibuat sebelum berkahwin. Namun, dari sudut hubungan antara lelaki dan perempuan, sama sahaja hukumnya dengan orang lain yang masih belum bertunang. Ikatan perjanjian yang dibuat akan berterusan sehingga mereka berdua berkahwin.

💍💍 Apabila hukum perhubungan antara lelaki dan perempuan adalah sama sahaja sama ada sebelum bertunang atau setelah bertunang, maka mereka berdua haram untuk berkhalwat di tempat sunyi, mereka juga tidak boleh bersentuhan tangan, bercampur tanpa ditemani mahram, keluar berdua-duaan ke pasaraya, taman dan sebagainya.

💍💍Dalam hal pertunangan ini, mereka tidak boleh mendakwa bahawa dengan keluar berdua-duaan itu akan lebih mengenali antara satu sama lain. Ini kerana, apabila mereka keluar berdua-duaan itu, biasanya mereka akan berlakon, dan tidak mempamerkan diri mereka yang sebenar.

💍💍Hubungan Melalui SMS : Adakah bermesej dengan tunang menerusi telefon bimbit , dikira sebagai khalwat juga? Berdasarkan kepada karya fiqh mazhab Shafi`i, perbahasan hukum berkaitan dengan hal ini tidak dibincangkan kerana pada zaman dahulu, tidak sama dengan zaman kita sekarang.

💍💍Berdasarkan pemahaman kita dari karya fiqh ulama terdahulu, khalwat itu ialah berdua-duaan di tempat sunyi, yang tidak diperhatikan oleh orang lain. Berdua-dua tersebut pula adalah dari sudut fizikal, bukannya sekadar suara sahaja. Oleh yang demikian, berdua-duaan secara fizikal seperti ini, amat mendekati zina.

💍💍Berlainan dengan sms yang dilakukan kini, ianya tidak melibatkan suara perempuan, ianya hanya dalam bentuk ayat yang ditulis. Oleh itu, penulis berkecenderungan untuk mengatakan bahawa selagi mana sms yang dihantar itu tidak ke arah membangkitkan shahwat, maka selagi itu ianya dibolehkan.

💍💍 Ianya banyak bergantung kepada objektif sms itu dihantar oleh seseorang sama ada untuk menggoda, atau sekadar bertanya khabar dan sebagainya. Ianya bukan haram secara total. Sekiranya sms yang dihantar itu adalah dengan objektif yang baik atau sebaliknya, maka ianya akan membawa kepada implikasi hukum tertentu sama ada haram, makruh, mubah atau sebagainya.

💍💍Oleh itu, sms dan seumpamanya yg ada pada zaman kini yang melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, banyak melibatkan objektif si pelaku. Hukum Lelaki Memandang Wanita. Bagi kes lelaki yang telah baligh, maka haram bagi lelaki melihat susuk tubuh wanita ajnabi, walaupun lelaki yang memandang itu terdiri daripada warga emas sekalipun.

💍💍Ada orang faham bahawa memandang wajah dan telapak tangan wanita ajnabi adalah dibolehkan kerana ianya bukan aurat. Namun menurut mazhab Shafi`i, memandang wajah dan dua telapak tangan wanita ajnabi juga dikira haram sekiranya tiada keperluan untuk memandangnya, walaupun berada dalam keadaan aman daripada fitnah sekalipun.

💍💍Demikian juga wanita haram melihat lelaki ajnabi sekiranya tiada keperluan. Keperluan dalam hal ini seperti untuk bermuamalah dan sebagainya yang memerlukan seseorang lelaki memandang wanita atau sebaliknya. Atau memandang kepada tunang mendorong kepada perkawinan.

💍💍Hukum-hakam yang diistinbatkan seperti ini adalah berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah an-Nur ayat 30, ” Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.

💍💍Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31 maksudnya, “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka..”

💍💍Berdasarkan pandangan yang dikemukakan dalam mazhab Shafi`i, bermakna ianya amat menitik beratkan soal perhubungan antara lelaki dan wanita. Ianya banyak mengambil sikap berhati-hati (ihtiyat) daripada mengambil sikap mudah. Oleh itu, untuk mengamalkan apa yang disebutkan di atas, kemungkinan menjadi begitu sukar oleh sesetengah pihak, kesukaran tersebut disebabkan mereka memandang ringan akan hal ini.

💍💍Selain itu, amar makruf dan nahi mungkar telah diabaikan dalam masyarakat kita sehingga membiarkan sahaja budaya couple antara lelaki dan wanita yang berlaku kepada para remaja. Oleh itu, untuk kembali kepada ajaran agama yang sebenar, telah menjadi kesukaran pula kepada mereka untuk mengamalkannya. Dengan yang demikian, usaha dakwah disusuli dengan amar makruf dan nahi mungkar, perlu dijalankan secara berterusan, agar masyarakat kita kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

💍💍Walaupun kita mengaku bermazhab Shafi`i, tetapi banyak perkara yang telah kita abaikan dalam melaksanakannya, lebih-lebih lagi di kalangan generasi muda yang hanyut dengan arus pemodenan, serta budaya hedonisme yang melalaikan. Beberapa Keadaan Di Mana Lelaki Dibolehkan Memandang Wanita.

💍💍Diharuskan lelaki memandang wanita ajnabi, atau menyentuhnya, sekiranya perlu seperti dalam kes perubatan, walaupun perkara yang disentuh itu adalah faraj sekalipun. Ini kerana sekiranya diharamkan juga dalam hal perubatan ini, maka akan membawa kepada kesukaran. Oleh itu, syarak membenarkannya.

💍💍Perubatan yang dilakukan itu sama ada orang lelaki merawat wanita, atau sebaliknya. Dalam hal melakukan perubatan seperti itu, mestilah dihadiri oleh mahram, atau suami, atau wanita yang dipercayai, dengan syarat, tiada doktor wanita pada masa itu, atau tiada doktor lelaki untuk merawat orang lelaki.

💍💍Doktor berlainan jantina yang merawat itu, mestilah melihat di tempat-tempat yang perlu sahaja, tanpa melampaui batas. Keharusan merawat dalam keadaan seperti ini. Dalam hal muamalah seperti jual beli dan sebagainya, maka diharuskan juga lelaki melihat wajah wanita.

💍💍Dalam hal muamalah ini, mengenali pelanggan adalah begitu penting agar penjual mendapat ramai pelanggan, menghindarkan diri daripada tipu daya, melaksanakan tuntutan akad, mengembalikan barang dan sebagainya. Oleh itu, memandang wajah dan mengenalinya adalah begitu penting dan merupaka satu keperluan yang telah mencapai tahap darurah.

💍💍Selain perubatan dan muamalah, dalam hal pembelajaran pun lelaki boleh melihat wanita dan wanita boleh melihat lelaki. Ini bermakna, lelaki dan wanita perlu menjaga hukum-hakam yang telah disebutkan di atas dalam perhubungan mereka. Penjagaan seperti ini amat penting, untuk menjadikan orang Islam hidup dalam ketenangan dan keberkatan yang bersumberkan rahmat Allah S.W.T.

💍💍Di dalam Islam, tidak bermakna, orang lelaki tidak boleh berhubung dengan wanita secara total. Tidak sedemikian. Perkara yang dilarang ialah perhubungan yang tidak beretika, serta melanggar batas-batas syarak. Islam tidak menghalang wanita keluar rumah untuk mencari pekerjaan, berniaga, belajar dan sebagainya. Apa yang Islam sebutkan ialah batasan yang perlu dijaga, agar diri mereka tidak terjebak dengan perkara fitnah yang boleh membinasakan.

💍💍Oleh itu, dalam hal pertunangan ini, batas-batas agama dalam pergaulan perlu dijaga. Ini kerana, selagi mana mereka masih belum berkahwin, selagi itu mereka seperti orang lain yang ada hukum halal dan haram dalam perhubungan.

KHUNSA

Ï
🍀Apa Itu Khunsa Dan Kedudukannya Dalam   Islam?

🌹Khunsa, berasal daripada perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, pengertiannya ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin.Golongan istimewa ini Allah ciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.

🌹Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua iaitu khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui. Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

🌹Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal. Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

🌹Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite. Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan. Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam.

🌹Samalah juga apabila Islam menetapkan saf perempuan paling belakang, ianya bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan. Dalam solat, Imam yang paling hadapan bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

🌹Khunsa diletakkan di barisan ketiga, melambangkan tanggungjawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa. Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.

🌹Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka. Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.

🌹“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan. “Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” katanya. Katanya, perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga diambil kira mengikut jantina mana yang lebih dominan.

🌹Menurutnya dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini. “Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

🌹 Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

🌹 “ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan.Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk ALLAH lain,” tambahnya.

Saturday, 25 March 2017

Sejarah islam(KHALID AL-WALID)

🌾🌾Khalid ibni al-Walid (Bahasa Arab: خالد بن الوليد‎; Khālid ibn al-Walīd), nama sebenarnya Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah; beliau juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bahasa Arab: بسيف الله المسلول bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh.

🌾🌾Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab.Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.

🌾🌾Khalid bin al-Walid berbangsa Arab keturunan Quraisy yang pernah suatu ketika menentang Nabi Muhammad . Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika tempoh damai berikutan pemeteraian Perjanjian Hudaibiyah, Khalid memeluk Islam dan memohon maaf kepada Nabi Muhammad atas tindakan beliau sebelum ini.

🌾🌾Ketika zaman nabi Muhammad, beliau menyertai tentera Islam dalam Perang Mu'tah dan juga perang-perang lain. Selepas kewafatan Nabi, beliau dilantik penglima perang dan mengetuai ekspedisi menentang tentera Sasan Parsi dan juga tentera Empayar Byzantine (digelar "Rum" oleh orang Arab pada masa itu.

🌾🌾Khalid bin al-Walid dilahirkan  di Makkah, anak kepada Walid bin al-Mughira, ketua Bani Makhzum, sebuah suku daripada suku bangsa Quraisy. Bani Makhzum satu daripada tiga suku yang terunggul di Makkah pada masa itu yang dua lain ialah Bani Hasyim dan Banu Abdul Dar (Bani Abd-al-dar). Beliau sepupu Saidina Umar. Bapanya terkenal di Makkah dengan gelaran Al-Waheed (Yang Satu).

🌾🌾Bani Makhzum bertanggungjawab tentang perkara-perkara berkaitan dengan peperangan. Sejurus selepas kelahirannya, dan dengan mengikut resam orang Quraisy, Khalid dihantar untuk tinggal bersama suku kaum Badwi di kawasan gurun Arabia, dan disusukan oleh seorang ibu susu yang juga membesarkan kanak-kanak dalam suasana persekitaran udara padang pasir yang kering, nyaman dan bersih.

🌾🌾Beliau pulang kepada ibu bapanya semasa berumur lima atau enam tahun. Semasa zaman kanak-kanak, Khalid diserang penyakit cacar; beliau pulih akan tetapi penyakit cacar itu meninggalkan parut pada pipi kirinya. Khalid dan Umar, Khalifah kedua, sepupu dan wajah mereka mirip masing-masing. Mereka tinggi dan Khalid juga berbadan tegap dan berbahu lebar. Beliau berjanggut tebal.

🌾🌾Beliau juga seorang juara gusti. Sebagai seorang ahli Bani Makhzum, satu suku yang pakar dalam peperangan dan dikira antara penunggan kuda yang terbaik di Semenanjung Arab, pada zaman kanak-kanaknya, Khalid belajar menunggang kuda dan mengguna senjata seperti tombak, lembing, busur dan pedang. Dikatakan tombak menjadi senjata kesukaannya. Pada zaman remaja beliau disanjung sebagai seorang pahlawan dan ahli gusti oleh orang Quraisy.

🌾🌾Zaman Nabi Muhammad (SAW) (610–632 M), menunjukkan gerakan rusuk Khalid bin al-Walid menentang tentera Muslim, suatu pergerakan yang membawa kejayaan bagi puak Quraisy Makkah. Tidak banyak yang diketahui tentang Khalid sewaktu dakwah awal Nabi Muhammad (SAW), namun diketahui bahawa bapa Khalid, Walid al-Mughirah, memusuhi utusuan yang dibawa Nabi Muhammad dan diri baginda sendiri.

🌾🌾Berikutan Hijrah Nabi Muhammad, masyarakat orang Islam Madinah dan Quraisy Jahiliah Makkah bertempur buat beberapa kali.Khalid tidak mengambil bahagian dalam Perang Badar—pertempuran pertama antara Muslim Madinah dengan puak Quraisy Makkah tetapi saudara lelakinya, Walid bin Walid tertangkap dan menjadi tawanan orang Islam. Khalid bersama-sama abangnya Hasham bin Walid pergi ke Madinah untuk membayar wang tebusan untuk Walid, tetapi dalam perjalanan pulang ke Makkah, Walid meloloskan dirinya daripada dua saudaranya dan pulang ke Nabi Muhammad di Madinah untuk memeluk Islam.

🌾🌾Kepimpinan Khalid memainkan peranan penting dalam mengubah perjalanan pertempuran semasa Perang Uhud (625 M) dan hampir-hampir memastikan kemenangan Quraisy dalam pertempuran itu.Pada tahun 627 M beliau mengambil bahagian dalam Perang Ahzab (juga dikenali sebagai Perang Khandaq) menentang Muslim Madinah. Perang Ahzab merupakan kali terakhir Khalid menentang Islam.

🌾🌾Sebuah perjanjian damai selama 10 tahun dimeterai orang Islam dan Quraisy Makkah dengan [Perjanjian Hudaibiyah] pada tahun 628. Dicatatkan bahawa Nabi Muhammad memberitahu saudara Khalid, Walid bin Walid, bahawa: "Seorang lelaki seperti Khalid, tidak akan dapat menjauhkan dirinya daripada Islam buat masa yang lama".Walid mengirim surat kepada Khalid untuk memujuknya memeluk Islam.

🌾🌾Khalid, yang sebenarnya tidak beberapa tertarik dengan berhala yang terdapat di Kaabah, membuat keputusan untuk memeluk Islam dan dikatakan telah berkongsi keputusannya dengan rakan zaman kanak-kanaknya, Ikrimah bin Abu Jahal. Ikrimah tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil Khalid.

🌾🌾Abu Sufyan bin Harb mengugut Khalid akan tetapi beliau ditahan Ikrimah yang dilaporkan telah berkata: "Bertenang ya Abu Sufyan! Kemarahan anda mungkin juga mendorong saya untuk menyertai Muhammad. Khalid bebas untuk memilih mana-mana agama yang dipilihnya. Pada Mei 629 M, Khalid bergerak menuju ke Madinah. Dalam perjalanannya ke kota itu beliau bertemu Amr al-As dan Uthman bin Talha, yang juga dalam perjalanan ke Madinah untuk memeluk Islam.

🌾🌾Mereka tiba di Madinah pada 31 Mei 629 dan pergi ke rumah Nabi Muhammad. Khalid disambut oleh abangnya Walid bin Walid dan merupakan orang yang pertama antara yang tiga untuk memeluk Islam. Perang Mu'tah Tiga bulan selepas ketibaan Khalid di Madinah, Nabi Muhammad menghantar seorang utusan kepada kerajaan Ghasan Syria, sebuah kerajaan ufti di bawah Empayar Byzantine, dengan sepucuk surat yang mempelawa raja Ghasan untuk memeluk Islam.

🌾🌾Semasa melintasi Mu'tah, utusan ini dipintas dan dibunuh seorang ketua Ghasan tempatan yang bernama Syuhrabil bin Amr. Secara resamnya, utusan diplomatik terselamat daripada serangan dan berita tentang serangan ini menimbulkan kemarahan Madinah. Sebuah ekspedisi ketenteraan ditubuhkan untuk menghukum pihak Ghasan. Rasulullah (SAW) melantik Zaid bin Harithah sebagai panglima pasukan Muslim.

🌾🌾Sekiranya Zaid gugur, tampuk pemerintahan akan diambil alih Ja'afar bin Abi Talib, dan sekiranya Ja'afar juga gugur, tentera Islam akan dipimpin Abdullah bin Rawahah. Dan sekiranya ketiga-tiga orang ini juga terbunuh, maka anggota ekspedisi ini harus memilih seorang daripada mereka sebagai ketua. Kesemua yang dinamakan sebagai panglima itu gugur semasa pertempuran dan Khalid dipilih tentera Islam sebagai pengganti.

🌾🌾Beliau berjaya memimpin angkatan ekspedisinya seramai 3,000 orang menentang ketumbukan besar Empayar Byzantine dan Ghasan seramai 200,000 orang dalam apa yang disebut pertempuran Mu'tah. Khalid mengambil alih tampuk pimpinan tentera Muslim pada saat yang genting, dan mengubah apa yang berkemungkinan menjadi penyembelihan orang Islam kepada satu pengunduran strategik dan berjaya menyelamatkan pasukan Muslim daripada kemusnahan total.

🌾🌾Khalid menghantar sebahagian pasukannya ke belakang ketumbukan utamanya pada waktu malam. Pada keesokan hari mereka diarah menyertai ketumbukan utama dalam kumpulan-kumpulan kecil, menimbulkan tanggapan bahawa pasukan Islam sedang diperkukuhkan dan sekaligus menurunkan semangat tentera musuh. Pada hari pertempuran, Khalid berjaya mengekalkan barisan depannya dan tentera Muslim berundur ke Arabia pada waktu malam hari pertempuran.

🌾🌾Pasukan Byzantine tidak memburu tentera Muslim kerana mempercayai bahawa mereka akan diperangkap tentera Muslim.[15] Dikatakan bahawa Khalid berjuang dengan berani pada Pertempuran Mu'tah dan telah mematahkan sembilan bilah pedang semasa bertempur. Beliau diberi gelaran Saifullah al-Maslul kerana berjaya menyelamatkan tenteranya daripada dimusnhakan musuh dan membawanya pulang agar dapat berjuang pada hari lain.

🌾🌾 Gelaran Saifullah (Pedang Allah) dikurniakan Nabi Mohammed, justeru Khalid sudah terkenal dengan gelaran ini lama sebelum pertempuran Mu'tah berlaku. Pembukaan Kota Mekah, Perang Hunain, Pengepungan Ta'if, dan Perang Tabuk Setahun kemudian, pada tahun 630 M, tentera Islam mara dari Madinah menuju ke kota Makkah (juga dieja "Mekah"). Dalam gerakan membuka Makkah, Khalid menjadi panglima satu daripada empat pasukan tentera Muslim yang memasuki kota Makkah melalui jalan-jalan berbeza, dan menewaskan pasukan berkuda Quraisy.

🌾🌾Kemudian pada tahun yang sama beliau terlibat dalam Pertempuran Hunain dan Pengepungan Ta'if. Khalid menyertai kempen Tabuk di bawah perintah Nabi Muhammad, dan dari tabuk, beliau dihantar ke Daumat al-Jandal di mana beliau berjaya menawan Raja Arab Daumat al-Jandal dan dengan itu memaksa Daumat al-Jandal menyerah kalah.Pada tahun 631 M beliau bersama-sama Nabi Muhammad semasa baginda menunaikan haji terakhir.

🌾🌾Dikatakan Khalid dapat mengumpul beberapa helai rambut Nabi Muhammad pada ibadat haji tersebut dan dikatakan Khalid percaya bahawa rambut Rasulullah (SAW) tersebut membawa berkat dan dapat membantunya dalam pertempuran.Ekspedisi Khalid bin al-Walid (Nakhla), Ekspedisi Khalid bin al-Walid (Banu Jadhimah), dan Ekspedisi Khalid ibn al-Walid (Dumatul Jandal). Pada bulan Januari 630 M (8 H, bulan kesembilan takwim Islam),Khalid bin al-Walid dihantar untuk memusnahkan patung berhala al-Uzza, yang disembah oleh orang yang mengamalkan politeisme.

🌾🌾Beliau melakukan ini,dan membunuh seorang wanita Habsyi.Khalid bin al-Walid juga dihantar untuk menjemput Banu Jadhimah ke jalan Islam. Mereka mula berkata, "Saba'na, Saba'na" (kami menjadi Saabien) (Bahasa Arab: صابئة‎ ‎), jadi Khalid menawan mereka dan mula membunuh beberapa orang oleh sebab permusuhan lama, sehinggalah beliau ditegah melakukan demikian oleh Abdul Rahman bin Awf.

🌾🌾 Sebelum ini, beberapa orang lelaki daripada Jadhimah telah membunuh Al-Fakih bin Al-Mughirah Al-Makhzumi, bapa saudara Khalid, dan juga Awf bin Abd-Awf, bapa Abdul Rahman bin Awf. Nabi Muhammad SAW menjadi marah apabila baginda dimaklumkan tentang perbuatan Khalid; kemudian baginda membayar pampasan kepada para waris mangsa dan juga untuk kerosakan harta benda dan baginda berkali-kali berkata: "Ya Allah, aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan Khalid bin al-Walid!"Pada masa itu Khalid telah menjadi Muslim hanya selama enam bulan dan masih terbawa-bawa perwatakan zaman jahiliahnya.

Sejarah islam(PERJANJIAN HUDAIBIYAH)

🍀Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani .

🍀Rasulullah saw bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah.

🍀Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu. Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar kepada "Perjanjian Hudaibiyah".

🍀Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".

                🌷  Perjanjian Hudaibiyah

🌌Gencatan senjata selama 10 tahun.

🌌Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.

🌌Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.

🌌Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.

🌌Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.

            🌷  Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

🌻Berkembangnya syiar Islam.

🌻Kehidupan masyarakat aman dan damai.

🌻Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.

🌻Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.

🌻Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

              🌷Kesan Perjanjian Hudaibiyah :

🍂Pembukaan Kota Mekah Musyrikin Quraisy semakin lemah.

🍂Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.

🍂 Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.

Sejarah islam (PEMBUKAAN KOTA MAKKAH)

🌺🌸Pembukaan Kota Mekah (bahasa Arab: فتح مكة, Fathu Makkah) bermaksud pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab jahiliyah.

🌺🌸Setelah lapan tahun berhijrah ke Madinah, Muhammad beserta 10.000 pasukan tentera Islam kembali dan menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah pada 10 Ramadan 8 H bersamaan Januari 630 M. 

🌺🌸Mengikut catatan sejarah, setelah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun keenam hijrah (628 M), Islam berkembang dengan meluas. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Quraisy berasa iri hati. Mereka juga telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaáh yang memberikan kesetiaan kepada Rasulullah s.a.w.

🌺🌸Apabila Rasulullah mendapat tahu hal ini, lalu baginda bersama-sama 10,000 orang tentera Islam terus menuju ke Mekah. Dalam perjalanan, tentera Islam telah bermalam di 'Marun zahrán', Rasulullah mengarahkan tentera Islam supaya mendirikan khemah dan menyalakan obor api yang banyak untuk menggerunkan masyarakat Quraisy.

🌺🌸Rasulullah juga telah mengutus Abbas bin Abdul Mutalib untuk berunding dengan Abu Sufyan. Untuk memasuki kota Mekah Rasulullah memerintahkan tentera Islam supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Mekah melalui empat penjuru.

🌺🌸Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Mekah dan telah mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang masyarakat Quraisy.

🌺🌸Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentang Islam.

ISLAMIC QUOTES